Monday, July 20, 2009

Not Enough at all

since last june untill now-Fath teramat la sibuk.sampai tidur,makan dan masa tidak cukup sepenuhnya dalam 24 jam sehari.Seperti mana yang Fath beritahu sebelum ini Fath melakukan 3 kerja dalam 1 masa yang sama.kerja full time,part time dan extra.Akan tetapi tidak lah sampai tahap stress mahupun ke peringkat migrain.Cuma penat yang terlampau dengan kesemua aktiviti-aktiviti ini.Mesti ada yang tertanya kenapa Fath sanggup lakukan semua ini dan tanggung risiko. Fath tidak mahu masa yang dapat dibuang begitu sahaja tanpa gunakan ia dengan baik.Kerja adalah segala-galanya untuk diri sendiri dalam waktu ini, secara tidak langsung ia berkait dengan orang-orang disekeliling Fath termasuk lah keluarga,Deng, saudara mara,rakan-rakan dan para kenalan.Fath bekerja keras sekarang adalah untuk memajukan diri dan untuk masa depan Fath nanti.Fath hendak senangkan keluarga dan ingin berkeluarga suatu masa nanti.target ini yang akan makan masa amat panjang, oleh itu Fath mulakan dari sekarang.Fath akan sambar apa sahaja peluang yang baik an bagus untuk Fath.Rintangan yang sukar ditangini sekarang adalah masa yang bersangkut paut dengan pelbagai perkara yang seiring.Rasa syukur tidak pernah padam dalam hati ini dengan adanya orang-orang tersayang yang sentiasa mengambil berat, memahami dan sentiasa memberi sokongan dalam apa sahaja yang Fath lakukan.Kepercayaan mereka membuatkan Fath tabah harungi setiap rintangan yang melanda.Putus asa tidak ada dalam kamus Fath.Susah macam mana pun Fath akan lakukan juga sedaya mungkin.Kemampuan Fath dalam bidang yang pilih ini adalah kunci paling kuat untuk Fath lakukan dengan lebih baik dari apa yang Fath rasakan.Ada masanya timbul pula perkara yang remeh ,Fath pantang untuk semua itu oleh itu perkara yang kecil sebegitu jangan diperbesarkan dan permudahkan ia.Perkara besar pula senangkan ia.simbol koma bukan penggunaan Fath.full stop kan sahaja.Jalani hidup yang lebih mudah dan aman.Itu cara Fath.Hari ini Fath dapat rehat sehari maka Fath akan gunakan dengan berehat dirumah dan disusuli meluangkan masa bersama Deng.Terima kasih semua.LOVE.

No comments: