Thursday, October 23, 2008

Bercuti di Puncak Genting!!!-15/10/2008


Holiday!!!akhirnya dapat juga pergi bercuti dengan mereka ini..Haziq,Liya dan Asri...rancangan menjadi, mana tak nya di saat akhir Liya ada kerja tapi nasib menyebelahi..terima kasih banyak2 ye Liya dan Asri. Terutamanya Haziq :-). Sayang korang!!

Tepat pukul 9.00 pg sampai di rumah Liya dekat Bangi tak jauh dari rumah Fath pun..Setelah selesai Liya bersiap kami bertolak terus ke kg.Pandan terlebih dahulu untuk Liya ambil skrip(untuk drama akan datang) kemudian baharu lah gerak ke rumah Asri di Setapak Jaya. Disana kami berkumpul lalu kami bergerak dengan 1 kereta sahaja ke kedai makan mak Asri untuk menikmati sarapan pagi+makan tengah hari. Sedap nasi ayam nya...selapas kenyang tahap cipan terus menuju ke Genting.

Setiba disana kami berhenti untuk menunggu 'photographer' kami,Kecik. Kecik datang dengan awek dia dan kawan. Kalau dia 'inform' awal-awal boleh beli tiket lebih..tiket apa?sila baca cerita Genting ni sampai habis. huhu....

Kemudain Kami berjalan sekumpulan seramai 7 orang kesemuanya. Tanpa rasa kekok seramai itu pun, timbul rasa senang berkerjasama dengan juru kamera dan rakan2 Kecik membuatkan percutian ini lebih bermakna dari apa yang Fath jangka kan. Good Job Kecik!!!.


Tidak lengkap jikalau kami tak menikmati permainan di Theme Park outdoor. Tapi agak malang sikit 8 permainan tak dapat digunakan atas alasan di 'service' .Balun apa yang ada je la....masih tetap seronok walaupun pada awalnya Fath dan Liya tak berapa sihat dari rumah lagi di serang pening kepala yang teramat. Kawal selagi boleh bagi menikmati percutian terindah ini....



Antara gambar terbaik Kecik rakam kan...terbaik2....antara aktiviti yang lain,erm...berehat selama 2 jam di awana hotel dan makan malam terus disana. Kemudian Fath dan Haziq membuat kejutan untuk Liya dan Asri dengan menyaksikan pertunjukkan 'magic & musical(DREAMZ)'. Walhal kejutan tak menjadi .hahaaaaa....sebab Fath terlepas cakap semasa mama talifon menanyakan khabar kami.adeh...huhu...kejutan tersebut sebagai hadiah untuk pertunangan Asri dan Liya 26/10/2008 nanti.

Kami bergerak pulang hampir pukul 11 lebih...itu sahaja..haha!!terima kasih semua...



No comments: