Sunday, April 4, 2010

AF 8-Konsert minggu ke-3

Juan , Ashraff, Fath & Syazwan

03/04/2010(Saturday)- 'Menuju Puncak, gemilang cahaya...bla bla...', Fath kau biar betul menyanyi sambil menari tu..biar benar sih??, For the 1st time Fath layan betul AF kali ni, demi kamu MAULANA 'cos kenal & kawan baik Deng and 1st time juga Fath vote pelajar AF! AFUNDI MAULANA send to 32999. dunia terbalik kah? lihatlah dunia!! Fath terlibat mengundi.Buat pertama kalinya(semua jadi pertama kali) si minah ni datang ke konsert AF untuk menyaksikan secara LIVE.1st I wanna say THANKS to Cherap 'cos kalau dia tak beria nak pergi masakan Fath boleh attend sekali. To JUAN juga yang reserved-kan seat special (media punya tempat).

Alhamdulillah kami dapat hadir seperti yang dirancangkan tanpa sebarang masalah pun, lepas kerja terus ke gym(workout la kejap keluarkan peluh) ,bersiap disana terus marathon jemput Cherap dirumah, terus ke saloon....Fath nak wavy hair ye..sawan ke apa? Kamu punya rambut lepas sattle shooting nanti baru boleh bikin, ini untuk Cherap..pergi duduk di sofa. tangan terus pantas make-up ye puan2 & tuan2 ...

cermin besar ada ,cermin kecil tu juga nak tatapnya

make it hair nicely ya...

klon Sarimah Ibrahim & Jimmy Shanley (baju dah sedondon)

tiket untuk di kerusi media ye...

snap dulu sebelum mula show...

Cherap bikin photoshoot for JUAN

kami jumpa lagi!!!!teruja mak!

kami dibarisan kedua dari depan

wajib ke bergambar dengan ini?kihkih

happy semalam sambung ke hari ni..lebih dari berbaloi-baloi.dating 2 hari berturut2 dengan Cherap je kan, kesian kat Deng ..tak dapat join kami sekali, even lepas konsert AF8 pun 'cos kerja.Next time pun boleh.


p/s: walaupun ramai merasakan kurang hangat AF kali ni, tapi Fath berpuas hati persembahan MAULANA(kipas3)..actually ada yang tak kena dengan AF8 ni, mungkin pelajar terlalu berhati2 dan tak keluar dari kotak. Everybody wanna something more & different than before. Masih lagi tak nampak bintang yang dicari.Maulana ,u can do it!!!!

Saturday, April 3, 2010

Ole-Ole Bali kali ke-2


02/04/2010(Friday)-.........sambungan dari http://sitifathiyah.blogspot.com/2010/04/shu-uemura.html, sepatutnya ada appointment dengan kawan ku Abang Halem, tapi he's totally forgot. It's ok la...next time pun boleh...dalam masa yang sama Si Cherap tak keluar rumah seharian, kesian dia. I'm so sorry 'cos so busy, Deng pula letih, terus menuju fetch him out.


Sudah 5 hari Si Cherap @ nama glamour nya ASHRAFF RANNIL di KL 1st trip for this year.. Satu2nya Artist Brunei yang Fath kenal, tapi datang Malaysia jadi orang Biasa la.hahaha.Macam biasa pasti kami dinner berdua juga.hahaha!!! Fath sebagai ms.Fooooood!!wajib bawa dia tempat makan yang bernas lagi sedap lagi menarik untuk pelancong sorang ni...nah !ke restaurant OLE-OLE BALI, Soho KL, Jalan solaris ,Mont Kiara.kalike-2 bagi Fath ,last on 2008.

Puas hati makan di OLE-OLE BALI ni, sedap banget!!!after this Fath nak bawa Deng pula.hihi..so...layan la gambar2 sepanjang kami makan di sana.

Cherap with grilled pasta nya.

menu ku Baliness memanggang!!!

banana milk shake!!!


limegrass mojito!!!


muka kenyang tahap melampau!!!

p/s: teramat gembira!syukur. nantikan post akan datang yang lebih menarik!!!!!!

Friday, April 2, 2010

SHU UEMURA

Intan , Me & Shiela Mohammad

02/04/2010(Friday)-Sebut Shu Uemura 1st Fath terbayangkan bulu mata palsu la, cantik sih semua bulu2 mata Shu Uemura, yang pastinya ku hadir ke Shu Uemura di Mid Valley ni kerana Intan Zulaikha. She's my best friend masa sekolah rendah dulu...banyak kenangan manis lagi kelakar gitu.Kiranya baru dapat beramah mesra balik 'cos lost contact since kami form 3, Intan tukar sekolah & pindah segala-galanya.Thanks to FB!!hahhaa!!

According status si tinggi ramping ni "nak jumpa Emma Mustafa di Mid Valley megamall,3 pm demo make up Shu Uemura" on FB, terus reply dengan pantas ye..bukan senang nak jumpa sahabat lama ku ni.Alhamdulillah dia dah kahwin, click link ni if mahu tengok gambar2 masa dia bersanding. http://sitifathiyah.blogspot.com/2009/12/3-weddings-on-1-day.html , sekali gus making my day & damn sooooo happy for whole day!!!!Thanks to Allah s.w.t.

Ingat jumpa gitu je, tapi dijemput sekali serta demo Shu Uemura ni..suka kenal ornag baru terutama Shiela Mohamad & Emma Mustafa, yang pasti ketemu kembali Kak Su @ Surya Zainul.Suka3!!!Dia lah yang make up kan Fath untuk INTREND Magz issue January 2009 yang lalu, leh tengok hasilnya di sebelah page Fath ni (ruangan gambar2 ku -modelling) Fath tak prepare molek untuk datang ,janji i'm so happy!!!!ganti beberapa hari lepas yang murung.

Demo selama 1 jam ni mengajar sedikit sebanyak cara make-up yang betul dengan menggunakan produk Shu Uemura ni.Borak sambil makan tu pasti..hahaha!!!bawah ni gambar2 semasa berada di sana.


ternyata makan tu penting..

With Kak Surya Zainul


with Intan

Emma Mustafa buat demotrasi

Yummy!!!ours high tea

snap it again


antara produk Shu Uemura


hasilnya...

candid

jurucakap produk

mana Fath??

Hadiah buat kami yang hadir.THANKS!!!


P/S : Seronok 1 jam seperti seminggu rasanya.SYUKUR.Moga kita jumpa lagi!

Thursday, April 1, 2010

Ku DIRISIK!!!!!!



01/04/2010(Thursday)- Special semacam bulan APRIL ni boleh pekena kan orang, objektifnya untuk lawak semata je..AWAS...jangan kena belasah@sepak terajang pula.melawak berpada la ye anak2. Trend yang tak pernah lapuk & ramai pula yang ingat, setahun sekali kan.

Tak rela nak tipu pun, tipu dalam 10 minit je..tipu gurau je then mengaku balik, what eva pun thanks pada yang wish me back.hahahahah!!!'ku DIRISIK' status hari ni, kasi kecoh je tau. Honestly tak berapa nak APRIL FOOL-kan orang dengan something yang bad, kang terkena balik ,padah eden nanti.

Amboi bukan main ketawa ye kamu Fath. semalam status pelbagai..(hati huru hara), ketawa sorang2 depan Dong Dang tadi.Tapi kan status 'tak nak' (semalam) tu masih boleh pakai lagi untill back to my way as normaly.

Ku taip blog ni dalam keadaan migrain, redah dan tebus juga kalau nak berceloteh, fikir...fikir...fikir... apa nak taip lagi... ermmm.tak leh fikir si Migrain ni kacau...esok2 continue lagi...daaa...

p/s:I've got a tight grip on reality but I can't let go of what's in front of me here and I'm on my way to believing.

Wednesday, March 31, 2010

Let's draw-potrait





31/03/2010(Wednesday)- Cepat juga masa berlalu,bukan setakat lalu, pantas berlari lagi...2 hari lepas tetiba terfikir nak buat video tips lagi, dan juga atas video request NURUL ATI'QA , thanks! beri support kepada ku. Kerja ku berlambak secara tetiba di kantor sampai toilet pun tak sempat nak pergi,dalam 2 video ni korang pasti perasaan ada stop then continue balik -bukan edit tapi pause kejap sebab talifon asyik berdering je...fax mesin pula asyik berfungsi je...*padahal rosak tetiba & ada orang datang service(busy nya) deal dengan pelbagai jenis orang lagi..sorang2 di kantor ni macam boss dah.cehceh...pandangan orang kat luar pasti nak ketawa berguling2 , sebab si minah ni dah la cakap sorang2 dengan phone then berlari2 comel dalam kantor gitu. Walau bagaimana pun(skema pula)....niat semalam untuk hari ni harus diteruskan juga. Alhamdulillah berjaya.hihi...

1st Fath nak minta maaf la kalau quality tak berapa jelas dan simple sangat. Kepada yang berminat dengan potrait ni boleh tempah @ berlajar dengan Fath( ada tips mudah), tak susah hantar sahaja gambar (good quality, jelas dan nyata) ,& bagi yang nak berlajar juga sila tinggalkan mesej melalui email fath_thiyah@yahoo.com .(promote tetap promote dik)




Fath tak boleh record lama2 sebab tengah kerja, tengah kelam kabut sebenarnya,ku gelarkan setiap video ku adalah XPRESSVIDEO (coz pakai xpressmusic) apa pun harap korang semua enjoy.


p/s:Terima kasih kepada yang menyokong ku. InsyaAllah Fath akan kongsi lagi tips2 lain bila ada masa terluang.Jika korang ada idea yang menarik nak dikongsikan apa salahnya.

Tuesday, March 30, 2010

SUSTAGEN TVC casting

wajah keibuan..hihi

30/03/2010(Tuesday)-Kepuasan tidur memang penting ye, ku tak pandang ringan perihal ni sedangkan doktor2 pakar pun dah habaq tidur yang cukup membantu segala urusan harian berjalan dengan lancar+muka segar+ badan cergas=sihat mental & fizikal.

Gangguan tidur hari ahad memang jahat ye.Ku ada kesabaran lagi dan terima kasih pada yang menyokong ku!!(saja nak ulang)-gangguan tidur tu sangat jahat.

Alhamdulillah Fath sihat hari ni atas kurnian-NYA.Sebelum terlupa nak kongsi cerita , Din Beramboi sakit, Fath terbaca dalam http://twitter.com/GengMurai , hope he get well soon.amin.

Schedule adalah yang kita dapat sebagai tanggungjawab dan hanyalah bergantung apa yang dirancang, mungkin boleh terganggu, tu yang tak best sangat tu. Alhamdulillah jadual hari ni baik dan tak nakal. Casting SUSTAGEN TVC memang dah masuk dalam senarai last week. Fath talent pertama yang di-casting.suka3.THANKS to GARY for the info.Ini projek TVC paling besar yang pernah Fath dapat. maksud Fath payment paling tinggi.Casting je.Lakonan watak ibu ye.

Si Ibu Muda


Nak kongsi sedikit infomasi dari TV, siapa kat TV tu menghayalkan? tu yang hiburan je kot..pagi2 ku dah layan Asto Oasis, walaupun rancangan ulangan motivasi Dato Dr.Fadzilah Kamsah, tetap sangat berguna. say YES to MOTIVASI!!,

Aura.Apa yang korang faham pasal aura? dulu..apa yang korang nampak pada MAWI? haha!!kenapa mawi?& kenapa dulu bukan sekarang?-sendiri paham la ye. Aura Mawi buat ramai tergila-gilakan dia.Dia sorang je ke ada aura? Semua ada aura sebenarnya. Tapi....korang tak leh nampak dengan mata cantik korang tu. Orang lain yang dapat rasa dan dapat nilai.Tapi...aura seseorang tak boleh kekal lama dan boleh lebih menebal @ mengurang.-tu apa yang Fath dapat dari rancangan Dato tadi.

Ada 3 bahagian katanya, 1-AM (mental-harus positif,sihat,waras &etc), 2-AF (Fizikal-hati mesti bersih, ceria, setia,sabar & etc), 3-AS (speacial-beribadat, maafkan orang, menolong orang & etc), Kalau korang cukup 3 bahagian ni ,sah!memang ada AURA!, aura yang boleh membuat makhluk2 lain juga mahu dekat dengan kita, senang cerita pernah tengok situation baby tak nak pada seseorang. Dia kurang aura untuk menarik minat baby tu. ada juga situation kenapa kucing tu senang manja dan rapat dengan sesorang tu? orang tu ada aura yang dapat menarik minat kucing tu.makna nya? dia ada diantara 3 bahagian tadi.

Bagus kan? bukan susah nak jadi BAIK pun, nak, tak nak je. Kalau dok asyik mengata, jealous, fitnah dan pelbagai, sampai mati pun tak ada AURA. yang ada JAHAT dan BUSUK.Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya dan akan dibalas. Harus lah kita memajukan diri sendiri terus ke depan jangan pandang yang KACAU dekat kiri dan kanan tu, perbaiki kelemahan diri -tabahkan hati dan jadi terbaik dari yang terbaik-tolak terus yang TAK BAIK TU.

Habis topik motivasi terus nak cerita perihal semalam, jalan2 cari barang, wah!!!hati senang ke makcik?, bukan selalu pun, teramat jarang....dari 2 bulan lepas lagi hasrat nak beli seluar jeans baru tapi lusuh a.k.a season.fav tuu..


lihat menarik bukan??tapi nipis benar dah macam legging...

ku beli yang ini, suka2.

Semalam temankan Si Deng jumpa client di sekitar Bangsar...punya la boring tunggu orang...hobi ku..melukis dan menconteng.kihkih...

p/s: pening dengan jadual yang pelbagai sebenarnya. tindih dan tindih lagi, buat setakat ni alhamdulillah boleh diatur..begini lah...kalau dah buat 2 kerja.

Sunday, March 28, 2010

Special !!!!!-video of me-casting

dalam production house

28/03/2010(Sunday)- Selamat hari Ahad semua!!! sounds happy nya Fath ni, seperti yang Fath katakan semalam ada 1 benda yang Fath nak kongsi dengan korang semua. Ini merupakan 1st time Fath upload-kan journal video Fath.Key word-nya-saja je.

Video yang singkat dan simple je pasal casting. Kepada yang tak tahu atau kurang faham pasal casting ni. Casting yang Fath maksudkan bukan casting barang logam ke sebagainya, tapi casting yang disama ertikan dengan audition. Model @ pelakon lebih faham.

Tahun ni rezeki peluang casting Fath agak kerap juga. Alhamdulillah.Ala...casting baru kan...ye la..kalau tak datang di uji dan tunjuk muka ,macam mana orang nak tahu kebolehan kita. Tak bermakna pergi casting terus dapat, kepada yang baru nak jadi model ke, memang model ke atau pun pelakon, jangan putus asa, balun je semua casting yang ada. Standard la keluarkan modal sikit( petrol, tol,@ tambang teksi@bas), rezeki tak kemana. insyaAllah pasti sangkut 1 punya.Tapi kena buat betul2 la, jangan ala kadar je.

1st casting hari ni untuk SWAN AQUA-TVC , jenama apa tu???Masa casting baru tahu-jenama mineral water, dan TVC ni untuk Indonesia Adv.dan shooting nya di South Africa.1st time Fath dapat watak ibu.Ibu muda la.2nd casting pula untuk promo iklan di ASTRO. kira projek baru buat ASTRO. if Fath selected , i will let u all know la ye. dan akan bikin rambut baru.hihi.kalau senyap tu kita cerita benda lain la...lalalalalala....

Dalam video tu Fath bagi tahu beberapa tips penting, mungkin berguna untuk korang. tak untuk casting untuk jumpa boyfriend pun ok what.haha! tak pun jumpa keluarga mertua.hahaha!!!






video atas tu 1st video, yang bawah ni 2nd video, memang saja juga upload 2 video, tanpa potong & tanpa edit. rekod pakai nokia xpressMusic (5800) je..







p/s : amacam..enjoy tak..sikit2 dah la ye. lain kali Fath kongsi tips lain pula.xoxo