Lain pula dipagi ahad dikala mendung ini. Setiba di kawasan serdang hingga cheras, Jalan dituruni hujan yang tidak begitu lebat, teruskan perjalan seperti biasa ke kantor, Jiwa agak biasa dan ada sedikit ruang kekosongan sementara.Malam tadi beradu awal walhal tidak lena seperti biasa, sesuatu mengganggu keselesaan menyebabkan acap kali bangkit dari kamar. Tepat jam 5 pagi bagun sekali lagi tapi untuk sahur bersama keluarga, kemudian sukar pula bagi melelapkan mata, terlena lewat sejam dan malas untuk bangkit mandi pula.Mengantok dirasai. Biasa melawani dengannya. Mencari eye liner setelah siap mandi. Mengapa tidak ketemu setelah dicari 15 minit, salah letak mungkin. Terus tidak perletakkan apa-apa make-up pada wajah. Kelihatan seperti lebih muda dari umur sebenar. Bagus juga sebenarnya.Hari ini kakak dan abang ipar akan datang rumah berbuka bersama satu keluarga.gembira rasanya. Akan tetapi mesej yang Fath terima baru tadi mengatakan ada meeting dan berbuka puasa bersama orang penting dalam business yang Fath uruskan sekarang ini. Nantikan sahaja buletin terkini pilihan mana akan diutamakan dahulu , ia adalah mengikut persetujuan dari mereka.
Sunday, August 30, 2009
without make-up
Lain pula dipagi ahad dikala mendung ini. Setiba di kawasan serdang hingga cheras, Jalan dituruni hujan yang tidak begitu lebat, teruskan perjalan seperti biasa ke kantor, Jiwa agak biasa dan ada sedikit ruang kekosongan sementara.Malam tadi beradu awal walhal tidak lena seperti biasa, sesuatu mengganggu keselesaan menyebabkan acap kali bangkit dari kamar. Tepat jam 5 pagi bagun sekali lagi tapi untuk sahur bersama keluarga, kemudian sukar pula bagi melelapkan mata, terlena lewat sejam dan malas untuk bangkit mandi pula.Mengantok dirasai. Biasa melawani dengannya. Mencari eye liner setelah siap mandi. Mengapa tidak ketemu setelah dicari 15 minit, salah letak mungkin. Terus tidak perletakkan apa-apa make-up pada wajah. Kelihatan seperti lebih muda dari umur sebenar. Bagus juga sebenarnya.Hari ini kakak dan abang ipar akan datang rumah berbuka bersama satu keluarga.gembira rasanya. Akan tetapi mesej yang Fath terima baru tadi mengatakan ada meeting dan berbuka puasa bersama orang penting dalam business yang Fath uruskan sekarang ini. Nantikan sahaja buletin terkini pilihan mana akan diutamakan dahulu , ia adalah mengikut persetujuan dari mereka.
Saturday, August 29, 2009
Nothing else i can say

Mendung di luar sepanjang hari ini, Bersiap dengan pantas untuk melakukan segala aktiviti wajib hari ini termasuk untuk service kereta di Perodua Service. Tidak dirancang pada mulanya oleh kerana masalah yang dialalmi kereta Fath tidak boleh diambil mudah begitu sahaja maka Fath membuat keputusan terus pagi tadi. Kesanggupan ayah dan adik Fath menemani sepanjang berada disitu amat dihargai. Kami terpaksa menunggu giliran selepas 20 kereta di service sebelum kami. Tertidur juga la. Tiba giliran kereta Fath, tersenyum pula apabila kereta kesayangan itu membuat bising setelah ditekan butang hijau oleh mekanik terlatih. Akhirnya mereka akur setelah tidak ketemu punca masalah kereta Fath tadi. Selepas 5 minit kemudian, Fath didatangi oleh salah seorang staff mereka dimana datng untuk menerangkan bahawa kereta tersebut harus di check semula dengan lebih teliti pada wiring khususnya. Memerlukan Fath meninggalkan viva tersebut seharian nanti untuk dibaiki dengan baik.Bukan senang Fath untuk bercuti. Fath akan pilih satu hari yang sesuai nanti.Bersedia membuat persiapan berbuka pula.
Friday, August 28, 2009
what should i do..

Jangan samakan hari ini sama dengan semalam mahupun esok atau sebagainya.Setiap hari adalah berlainan.Hari yang biasa sahaja sebenarnya hari ini, cuma bezanya sesuatu berlaku pada kereta kesayangan Fath. Seperti biasa ayah akan menggunakan kereta Fath untuk menghantar adik ke kantor di Bangi itu pun jikalau Fath ada dirumah. Tiada masalah sebenarnya cuma apabila Fath memeriksa air dan minyak hitam kereta dan ia berlaku apabila tiba di stesen minyak. Semasa Fath keluar dari kereta dan terus menekan butang hijau untuk 'lock' kereta sejurus menutup pintu kereta.Tiba-tiba kereta Fath berbunyi seperti ada sesuatu yang tidak kena. Fath tidak menghiraukan 'lock' sahaja ia dengan menggunakan kunci supaya ia diam.Setiba di kantor Fath parking kereta seperti biasa dan ia berlaku sekali lagi setelah menekan butang hijau untuk mengunci kereta.Mood Fath berubah secara langsung.Apa-apa yang berlaku terhadap kerta Fath secara tidak langsung effect mood Fath satu hari. Hampir lupa pula ada photoshoot di showroom dengan Majalah Apartment untuk keluaran Oktober. Terima Kasih Faizal Oda @Oda. Semasa photoshoot mood tiba-tiba sahaja ada, selepas itu mood kembali malap.Harap tidak ada yang yang rosak mahupun sebagai nya terhadap kereta Fath .Jikalau benar silap Fath akan bateri remote yang lemah ataupun sesuatu yang tidak rapat pada kereta, Fath boleh terima dengan baik, jikalau tidak muram memanjang. Kalau mengenai perkara lain tidak mengapa, jangan pada second boyfriend Fath (viva). Balik nanti Fath akan check semula apa yang tidak kena setiba dirumah ayah akan membantu jikalau ia masih bermasalah.Hati sudah tenang diwaktu ini.Ikut hati pasti kecil perkara yang berlaku tadi.
Wednesday, August 26, 2009
Hari puasa ke-5
26/08/09(wednesday)- Hari cuti bagi Fath selama ini ia tersimpan sahaja, Hari yang dipilih untuk berehat dan bersama keluarga semata. Dari sahur bersama sehingga la terawih. Puasa yang le-5 menjadi bererti buat Fath akan kerana hari pertama Fath berbuka bersama keluarga dalam Ramadhan 2009 ini. Bermula dengan sahur bersama jam 5.15 pagi selesai sahur solat subuh pula tiba-tiba Fath menyuarakan hasrat ingin menyantap badak berendam sebagai salah satu juadah berbuka nanti .Tidak terfikir pula tepat jam 10 pagi , ayah sudah memetik buah kelapa didepan rumah untuk dijadikan inti dan kuah untuk kuih itu nanti.Juadah itu untuk hari ini. Gembiranya. Tepat jam 12.30 tengah hari Fath dan ayah ditemani adik bongsu Fath pergi ke Tesco, kajang membeli barang keperluan daput untuk juadah berbuka utama kami, Tomyam.Lebih kurang jam 4.30 petang Fath dan mama sudah mula membuat kuih bdak berendam bersama-sama sehingga selesai. Tidak lama kemudian Enya datang bertandang bersama Ana untuk membawa bekalan badak berendam tersebut untuk berbuka semasa dalam perjalanan ke LCCT.Enya ke Sabah untuk melancong.Baik-baik ditempat orang.
Dalam waktu yang sama ayah menyediakan bahan-bahan untuk tomyam.Kemudian kami masak beramai-ramai.Tepat jam 7.23 p.m azan berkumandang ,menandakan sudah tiba waktu berbuka bagi kawasan Hulu Langat dan Wilayah Persekutuan.Bacaan doa dialunkan oleh adik lelaki Fath,Alhamdulillah rezeki hari ini enak dengan buatan tangan sendiri.Kenyang pula menyantap seulas kurma,segelas air kiwi+epal dan 2 badak berendam.Tomyam akan dimakan kemudian nanti setelah pulang terawih.Sekarang Fath hendak solat maghrib dan bersiap ke surau untuk terawih pertama Fath dalam Ramadhan kali ini. Seronok hari ini dapat beribadat.Alhamdulillah.Jom kita pergi sembahyang terawih!
Tuesday, August 25, 2009
Been here all along

Kecerahan pagi tidak dapat menembusi kegelapan bilik kamar.Kesejukkan air-cond tidak dapat melawan kehangatan di kala tengah hari.Kemeriahan suasana shopping mall Semakin susut yang dirasai kini kerana apakah ia? tidak dapat menangani suasana sebenar yang dirasai. Kepenatan bukan juga penghalang untuk berpuasa.Lagu-lagu ceria berkumandang tidak cukup menawan hati seirama dengannya.Mengharapkan sesuatu?menunggu sesuatu? Mencari sesuatu? ataupun merasai sesuatu? Cukup ketawa kah beberapa hari ini? kurang mungkin. Inginkan sesuatu untuk melengkapkan hari-hari. Ada masa ada juga rasa yang lain. Lain itu lumrah hidup.Sama sahaja itu bosan sebenarnya. Sebenarnya rasa ikut hati, fikir sendirian dan berseorangan. Nanti adalah yang teman jangan fikir yang bukan-bukan. Bukan hendak jaga hati jaga suasana supaya seindah biasa.
Gadis dengan Dress nya..
Monday, August 24, 2009
Thinking Of Something
Both hands tied behind my back for nothing,These times when climb so fast to fall, again Why gotta fall for it, now...panjat menggunakan kedua-dua belah tangan atau sebelah sehinggakan hampir jatuh...Dengan bekalan tenaga yang cukup tidak memadai sekiranya ada yang menggangu konsentrasi dalam sesuatu keadaan itu.Mungkin juga kerana terlalu berat bekalan yang dibawa sehingga membebani badannya ketika itu.Sehingga kepenatan tidak terkata.Memerlukan pula rehat yang cukup akan kesakitan dan kepenatan yang dialaminya selama dipertanggungjawabkan.Bermula kembali tanggungjawab itu dalam kekurangan masa yang masih tidak cukup untuk hati yang ramai.Mengharapkan semua mengerti akan apa yang dirasai. Sabar juga perlu ada pada yang lain dengan apa yang tercatat dalam jadual yang padat.Ramadhan dipilih untuk berehat seketika daripada segala tanggungjawab tambahan seperti lepas.Secara tidak langsung menghampakan sedikit hati beberapa insan yang terpilih.Bukan sengaja cuma masa tidak mengizinkan dan terikat dengan tanggungjawab wajib.Bila dipusingkan sama seperti tanggungjawab yang lain dimana masa yang lain juga kadang-kadang tidak mengizinkan untuk diluangkan.Ia tidak menjejaskan apabila aktiviti kosong terus diisikan dengan sesuatu yang berfaedah untuk diri sendiri.Mengerti dengan ikhlas sangat dihargai.
Sunday, August 23, 2009
Paparazi by Lady Gaga
Got my flash on, it's true
Need that picture of you
It so magical, we'd be so fantastical
Leather and jeans, garage glamorous
Not sure what it means
But this photo of us it don't have a price
Ready for those flashing light
'Cause you know that baby, I
I'm your biggest fan, I'll follow you until you love me
Papa, paparazzi
Baby, there's no other superstar, you know that I'll be
Your papa, paparazzi
Promise I'll be kind
But I won't stop until that boy is mine
Baby, you'll be famous, chase you down until you love me
Papa, paparazzi
I'll be your girl backstage at your show
Velvet ropes and guitars
Yeah, cause you're my rock star in between the sets
Eyeliner and cigarettes
Shadow is burnt, yellow dance and we turn
My lashes are dry, purple teardrops I cry
It don't have a price, loving you is cherry pie
Cause you know that baby, I
I'm your biggest fan, I'll follow you until you love me
Papa, paparazzi
Baby, there's no other superstar, you know that I'll be
Your papa, paparazzi
Promise I'll be kind
But I won't stop until that boy is mine
Baby, you'll be famous, chase you down until you love me
Papa, paparazzi
Real good, we dance in the studio
Snap, snap to that shit on the radio
Don't stop for anyone
We're plastic but we still have fun
I'm your biggest fan, I'll follow you until you love me
Papa, paparazzi
Baby, there's no other superstar, you know that I'll be
Your papa, paparazzi
Promise I'll be kind
But I won't stop until that boy is mine
Baby, you'll be famous, chase you down until you love me
Papa, paparazzi
Stranger Calls


He text me just now, n he said " hi siti, i want to invite u a breakfast in restaurant.pls inform me when u will be ready.",argh!!! What the HELL is that?!Not enough just that,he keep calling me up.Gosh!Cerita nya berlaku semalam dimana showroom @ kantor di datangi seorang customer bukan warganegara.Sebagai design dan sales consultant Fath bertanggungjawab menjawab dan menerangkan segala persoalan dari customer( perihal kerja sahaja), Semakin rancak berbincang akhirnya customer tersebut meminta business card untuk mendapatkan nombor talifon showroom dan email address, Tidak terfikir pula yang ia akan disalah gunakan untuk peribadi.Diluar perihal kerja.Sebab itulah Fath suka merahsiakan nombor talifon sebagai privasi.Dugaan untuk hari kedua ini pun boleh tahan.Silap ye kalau mahu mengayat,mengorat ,memikat atau sebagai nya dengan cara sebegini.Ini adalah salah satu cara yang paling Fath benci.Mengganggu ketenteraman Fath.Memang mudah untuk berkenalan dengan Fath tetapi sukar untuk didekati. Jauh terpesong selalunya tanggapan orang. ni bukan lah kali pertama orang menggangu dengan cara ini cuma ini menyalah gunakan data information yang diberi.Harap ia tidak akan berulang lagi.
Saturday, August 22, 2009
1st day fasting

Sejuk dirasai pagi ini kira-kira jam 5 pagi tadi.Riuh awalnya suara bonda membangunkan anak-anaknya untuk bersahur bersama.Masakan siap dimasak tengah malam tadi disedari setiba ku dirumah jam 12 p.m,Kurma ayam menu utama membuka selera semua.Ditambah beberapa lauk yang lain.Santaplah dengan bismilah dalam kuantiti yang memadai sebagai sahur.Segelas air kosong diteguk membasahi tekak di akhir santapan.Alhamdulillah tanda syukur.Solat subuh kemudianya lalu tertidur pula dikala berborak dengan bonda dengan pelbagai cerita yang dikira tidak pernah ada penghabisannya.Terjaga tepat jam 7.30 pagi merelakan badan ini untuk beribadat mencari rezeki halal dan terus bersiap. Seperti biasa mulakan perjalanan jam 9 pagi ,selamat tiba pula jam 9.20 a.m. Mood adalah seperti biasa tetapi berubah disebelah petangnya.Terima Panggilan dari 'genit' itu mengubah suasana tetapi berjaya dikawal perasaan dengan sabar.Entah apa yang dimarahi sangat dari mula bualan hingga akhirnya nadanya tidak berapa enak didengar.Layani sahaja.Bukan setakat itu malahan tempoh hari pun 'genit' itu melontar kata-kata yang tidak sepatutnya.Sungguh mengecewakan.Maksudnya kini 2 kes 'genit' cari pasal dalam minggu ini.Memang menguji tahap kesabaran.Hari pertama berpuasa ada dugaanya.Tenang seketika memikirkan santapan untuk berbuka nanti oleh kerana berbuka sendirian di kantor untuk hari pertama puasa ini tetapi bukan buat pertama kali dalam sejarah hidup, biasa sudah akan ia.Sambung menyiapkan kerja-kerja yang tergendala tadi.Selamat berbuka kepada semua umat islam.
Friday, August 21, 2009
Ramadhan menjelma kembali
Menjelma kembali kini,jelmanya pula hanya setahun sekali,penantian harus ditanggung bagi sang penanti.Mulia sekali yang dimaksudkan itu.Itu adalah Ramadhan.Tenang hati sepanjang Ramadhan semulia bulan bagi umat Islam dari dulu,kini dan selamanya dengan beramal dalam apa jua bentuk dan perkara.Beramal tidak perlu kira masa,duit mahupun kebendaan semata, Pelbagai akan ia menjadi perkara baik sudah dikira beramal untuk menutup dosa-dosa kecil antara Ramdhan yang lewat sampai dengan Ramadhan yang lewat sampai dengan Ramadhan berikutnya.Senang untuk mendapat ganjaran, khusus bagi yang berpuasa itu disediakan pintu khusus yang bernama Rayyan untuk memasuki Jannah. senang juga dapat balasan bagi yang ingkar.Peluang yang mudah jangan dipersiakan dan wajib dilaksanakan itu yang paling utama.Beribat tidak kira darjat,umur dan jantina tidak kira siapa yang bertutur akan ia.Keikhlasan dialukan daripada yang buruk sangka akan kebaikan.Lumrah makhluk yang istimewa punyai akal fikiran.Dikira ada 'syaitan' jadian dalam Ramadhan.Biasa akan itu. Maka jauhi perkataan dan perbuatan keji dan menjauhi pertengkaran.
Indah dimata,Indah melakukan ,indah lagi dalam hati.Sambut yang baik belaka dengan hati terbuka indah lah dunia itu.Indah dalam semua perkara.Syukur buat Maha-Esa yang telah menentukan segalanya.Penerimaan tidak menyesalkan.Hubungan sesama umat amat membanggakan.Ramadhan lewat lepas adalah yang terindah akan penerimaan sesuatu yang teramat indah.Indahnya hati berbunga tanpa perancangan dan tidak di duga.Ikhlas bertutur dari hati itu dan balasan tuturan itu juga dengan keihklasan yang berbunga.Seperti baharu terbit peristiwa indah itu .Ramadhan saksinya.Kembali ia kini membawa tempoh setahun.Syukur.Harap yang terbaik dan berkekalan dengan tabah akan pelbagai ujian yang mendatang sehingga mencapai keinginan ikhlas selamanya dua insan ini.amin.Indah Ramadhan bagi segalanya.Indah bagi semua untuk merasakannya bersama.Berkongsi cerita liku-liku hidup di akhir zaman.
Business Card!
Ignorance by Paramore
Well, I guess I'll make my own way
It's a circle, a mean cycle
I can't excite you anymore
Where's your gavel? Your jury?
What's my offense this time?
You're not a judge but if you're gonna judge me
Well sentence me to another life.
Don't wanna hear your sad songs
I don't wanna feel your pain
When you swear it's all my fault
Cause you know we're not the same
No, we're not the same
No, well, we're not the same
We're the friends who stuck together,
We wrote our names in blood,
But I guess you can't accept that the change is good
It's good, it's good
Well, you treat me just like another stranger
Well, it's nice to meet you, sir
I guess I'll go,
I best be on my way out
You treat me just like another stranger
Well, it's nice to meet you, sir
I guess I'll go,
I best be on my way out
Ignorance is your new best friend,
Ignorance is your new best friend
This is the best thing that could've happened;
Any longer and I wouldn't have made it
It's not a war, no, it's not a rapture
I'm just a person, but you can't take it
The same tricks that, that once fooled me
They won't get you anywhere
I'm not the same kid from your memory
Well, now I can fend for myself
Don't wanna hear your sad songs
I don't wanna feel your pain
When you swear it's all my fault
Cause you know we're not the same
No, we're not the same
No, well, we're not the same
Yeah, we used to stick together,
We wrote our names in blood,
But I guess you can't accept that the change is good
It's good, it's good
Well, you treat me just like another stranger
Well, it's nice to meet you, sir
Well, I guess I'll go,
I best be on my way out
You treat me just like another stranger
Well, it's nice to meet you, sir
Well,I guess I'll go,
I best be on my way out
Ignorance is your new best friend,
Ignorance is your new best friend.
Ignorance is your new best friend,
Ignorance is your new best friend.
Well, you treat me just like another stranger
Well, it's nice to meet you, sir
Well, I guess I'll go
I best be on my way out
Ypu treat me just like another stranger,
Well, it's nice to meet you, sir
I guess I'll go,
I best be on my way out
Wednesday, August 19, 2009
sepatu TOPSHOP ku

Sepatu kini yang ingin digambarkan sebagai pengganti cerita hari ini yang menampakkan seakan seperti sama seperti hari sebelumnya, walhal ia tidak sama seperti kalian fikirkan,Sepatu tidak dipakai dengan sebelah sahaja harus disarung kedua-dua belah.Lengkap perjalanan dan harian nanti..Tenaga dipagi hari digunakan dengan mengemas bilik kamar dengan baik ,rapi dan cantik,mandi pula langkah seterusnya dan kemudian pemilihan baju untuk ke kantor harus difikirkan dengan baik biar bersesuaian dengan keadaan kesihatan sekarang. Dress kelabu berlengan panjang menjadi pilihan teringin pula dipadankan bersama sepatu silver.Sesuatu diluar fikiran akan seperkara hari ini,sesuatu yang bermakna bagi ku dijumpai kembali setelah ia selamat disimpan didalam kotak untuk sekian lama. Sepatu silver TOPSHOP ini lama tidak disarungkan serta digunakan.Digunakan untuk melangkah kemana mengikut kemahuan hati dan kaki.Melangkah dengan selesa sekali tanpa kesakitan.Sayang sepatu ini yang ada kenangan nya 3 tahun lalu.3 tahun dipenuhi pelbagai cerita dan liku-liku jalan yang ditempuh.Kini ia disarung kembali tersenyum pula kelihatan seorang sahaja yang masih menyarungnya dengan baik.Perlulah melangkah jauh seperti dahulu, cubaan akan dibuat kerna tenaga terpaksa disekat untuk sementara sehingga sebetul pulih.Kemahuan ingin melangkah ke tempat-tempat indah sambil menikmati keadaan sekeliling yang tenang.Daya tidak kesampaian.Kesampaian ingin menemui hati-hati baik yang dikenali.Seminggu sudah tidak ketemui Deng, terakhir kalinya pada ulang bulan .August,12.Ketabahan untuk melawan segala rasa dilalui hari-hari.Keluarga sentiasa disisi memberi dorongan dan menjaga sama seperti kecil-kecil dahulu, manja rasanya.apa yang diminta dipenuhi..tersenyum kembali melihat kasut silver yang molek disarung dikaki ini.Melangkah dengan baik masuk didalam kereta ,memandu pula terus ke tempat yang ingin dituju. Tidak lengkang dari kaki bagi melindungi kesejukan kaki dikala terkena sejuk air-cond. Menggigil juga badan ini. Sinaran dari sepatu itu cuba manghangatkan semangat diri.Tidak keruan kini pemanas amat perlu sekarang walaupun kehangatan sudah dirasai dari dalam. Bertahan ditemani sepatu ini sehingga pulang nanti.Menanti pulang.
Monday, August 17, 2009
Kurang Masin Rasa Pahit Hilang Manis Pedas pula
Sunday, August 16, 2009
white vs Black
Apa yang Fath hendak menyuarakan disini bukan lah mengenai aktiviti Fath hari ini tetapi apa yang berlaku didalam chat box Fath.Pertama Fath minta maaf kepada pembaca lain yang tertanya apa yang maksudkan itu tiada didalam chat box pun.Ini kerana Fath terpaksa padam kerana ia mengotorkan ruangan blog Fath.Makhluk itu tidak lah sebijak mana seperti yang dia fikirkan bagi menyembunyikan identitinya.Amaran sudah diberi,tetapi masih berdegil dan ingin buat kotor lagi.Fath tidak akan mengaibkan makhluk itu walaupun orang tidak kenal pun.Hanya orang tertentu sahaja yang tahu.Bukan main pusing-pusing ye cuma ini bukan kes polis pun,sikit lagi je.
Fath sengaja block 'user' dalam chat box sebab Fath tahu dia akan buat perkara yang sama dan kesalahan yang sama.Makhluk ini memang Fath kenal hanya dengan ayat-ayat yang dia taip itu sudah cukup menyakinkan Fath.Serupa dan sebijik seperti sebelum ini , tidak sampai tahap matang nya dan tidak selari dengan umurnya.Maaf ya, 'aku@huhu'.Jaga diri dahulu sebelum jaga orang lain.Jika mahu berkata-kata hikayat zaman batu, zaman firaun ke..silakan..kerana ia membakar semangat Fath secara tidak langsung untuk menjadi lebih baik dan lebih berjaya.mungkin kata-kata kamu itu datang dari hati .lambang diri yang memalukan diri sendiri.Apa yang pasti Fath tetap SEMANGAT!bukan angin tidak tentu pasal...
Siapa-siapa boleh menjadi musuh kepada sesiapa dengan pelbagai sebab yang melibatkan emosi dan mental.Ada musuh maknanya kita berjaya,ini kerana kita ada saingan.kata-kata ini adalah daripada salah seorang kenalan Fath,kepada yang yang kurang mengerti fikirkan betul-betul ye.Masa untuk makan malam bersama keluarga.nyam-nyam...
Saturday, August 15, 2009
Bukan H1N1
13/08/09(Thursday)- Bangun seawal 7.30 pagi terus bersiap untuk menghadiri kursus dan temu duga syarikat bersama PUNB di Plaza Sentral.Setiba disitu jam 8.45 am duduk berhampiran Gloria station sambil menonton T.V di luar Allienz.Asyik mendengar putaran lagu yang berkumandang di dalam Handphone tidak sedar jam sudah menunjukkan 9.15 a.m , Fath tinggakanl tempat duduk tadi lalu terus keatas tingkat 9 blok 1A.Terkejut juga apabila mereka menyatakan taklimat sudah selesai ,tetapi temu duga masih dibuka malangnya Fath baharu sedar Fath tidak bawa dokumen yang mereka mahukan.Tepat jam 9.40 a.m Enya sampai setelah Fath jelaskan apa yang berlaku kami terus ke KL Central untuk menikmati sarapan pagi dan berbincang mengenai syarikat.Enak sarapan di McD, tetapi tidak boleh selalu.Jam telah menunjukkan pukul 11.15 a.m kami terus gerak ke Cawangan KWSP di Jalan Gasing. Setiba disana tepat jam 12.30 tengah hari tanpa disedari hujan gerimis turun.Semasa memasuki bangunan tersebut Fath sudah merasakan badan terasa teramat bahang.Mungkin kerana keluar masuk tempat panas dan sejuk. Setelah selesai urusan disana Kami terus gerak ke Mid .tetapi ada sesuatu yang berlaku dimana semasa mengundurkan kereta tiba-tiba kedengaran bunyi yang kuat dari belakang kereta Fath .Rupanya Fath terlanggar divider.Kepala tengah berdenyut masa itu apa pun tak perasan.Nasib tidak langgar kereta orang.Sampai di showroom Badan Fath terasa panas sangat,tetapi Fath malas nak layan Fath teruskan kerja.Bahang terus dirasai.Lebih kurang jam 7.30 p.m Panas badan semakin panas dan tidak tertanggung.Dengan air-cond yang kuat Fath seperti tidak keruan diatas kerusi.Sambil mengoyangkan kaki tahan sakit.Tepat jam 10 p.m pulang.Fath dengan tabahnya memandu kereta siap terlanggar pondok bayar parking lagi kali ini terkena side-mirror,sah memang tengah tak betul. Setiba dirumah Kak Ton.Fath terus baring atas katil.selepas setengah jam baru boleh mandi dan baring semula.Ikut kan Hati nak pergi ke klinik terus tapi tak terdaya.
14/08/09(Friday)-Bangkit seawal jam 7 a.m,panas badan agak kurang tetapi tenaga tak ada.Nak atau tidak Fath perlu bersiap ke Klinik berhampiran.Oleh kerana Tak tahan menahan sakit Fath berjaya berjumpa doktor.doktor terkejut suhu badan 40*C terus bertanya sama ada selsema mahu pun batuk kerana tekak teramat merah kerana panas.Nasib tidak.Terus doktor beri Fath cuti M.C 2 hari.setiba dirumah Kak Ton Fath sarapan pagi dan makan ubat kemudian tidur..Tepat jam 2 p.m Fath gerak ke Kajang.Dirumah mama dan ayah jaga Fath.Selamat sampai jam 3 p.m , kerana Fath tidak pandu laju kali ini,Lebih kurang jam 5 p.m Shirley tiba dirumah bersama kawan nya ,ayah tolong menjemput mereka di KTM ,Kajang,Shirley datang untuk meminjam baju kurung untuk konvo dia ahad ini di UNITEN,Bangi. Fath tiada masalah meminjamkan kereta Fath pada Shirley kerana dia memerlukan kenderaan bagi mencari hotel untuk family nya.I trust Her.Tiba waktu malam sekali lagi suhu badan naik secara mendadak.Terlantar sehinga tidak boleh bangkit walaupun untuk mengambil air.Lidah kelat makan apa pun tidak enak.Tetapi hanya satu sahaja yang yang masih dapat dirasai keenakkan nya,iaitu kurma.Fath makan 3 biji sudah kenyang.dapat rasa manisnya.Untuk kurangkan rasa panas badan Fath minum 100 plus bukan sejuk,minum madu, makan buah epal dan mandi seperti biasa.mandi 3 kali malam tadi.Baharu dapat tidur walaupun tidak lena.
15/08/09(Saturday)-Bertubi mesej dan panggilan yang Fath dapat dari semalam daripada kawan-kawan.Mereka tidak jemu bertanyakan dan menasihati Fath supaya makan ubat dan rehat.Terima kasih sangat!sayang mereka!Deng juga, tetap mengambil berat pasal Fath.Nasib bukan demam selsema babi (H1N1) cuma demam panas.Fath rasa betul kata salah seorang kawan Fath ,bahawa demam yang Fath kena ni kerana Fath terlampau letih sangat kerana tidak dapat rehat dan tidur yang cukup.Apabila difikirkan balik memang betul kerana Fath bekerja tanpa henti sejak bulan lepas.Ditambah pula cuaca sekarang ini.berpeluh pula badan fath bila makan ubat yang doktor beri ni.Harap Fath dapat sembuh cepat dapat jalani aktiviti seperti biasa.amin.
Friday, August 14, 2009
5 Facts from Siti Fathiyah
Tagged from Husniyyah Al-Husna
Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi tag ini.
1. caring
2. paling agresif dalam adik beradik nya.
3. tidak boleh kawal permakanan.
4. berdikari
5. so complicated..dalam percintaan.
Nyatakan 5 fakta diri sendiri sebelum memilih penerima tag seterusnya.
1. alah dengan bau badan orang yang busuk.
2. jangan call Fath tengah malam sebab Fath mamai.
3. jiwa kosong tanpa kucing
4. suka tangkap cicak!haha!!
5. suka bunga warna putih sahaja
Nyatakan 5 hobi diri sendiri sebelum memilih penerima tag seterusnya.
1. melukis.
2.membaca.
3. layan kerenah kucing-kucing dekat rumah.
4.menyakat orang.
5.melalak semasa memandu.
5 orang penerima tag yang seterusnya.
1. orang yang tidak sengaja membaca.
2. orang yang sudah baca.
3. orang yang tak nak baca.
4. orang yang malas baca.
5. kepada sesiapa je.
Wednesday, August 12, 2009
Lakukan selagi boleh
Tuesday, August 4, 2009
Kesana Kesini
04/08/2009(Tuesday)-Hari yang padat dengan pelbagai. Bermula dengan membeli contact lens di Kajang seterusnya ke PUNB, Plaza Sentral sebelah KL Central.Ada urusan disana.Kemudian gerak ke Warehouse. Bandar Kinrara, Puchong.Terus pula ke Showroom di Mid Valley dan Lunch di Kenny Rogers Roasters. Semunya ditemani oleh Enya.



Tagged from Husniyyah Al-Husna
1. Apakah yang anda sedang lakukan 30 minit yang lalu?
• di soal siasat tentang bacian 'saving account'.
2. 2 jam yang lalu?
• makan kenny rogers roasters dan makan ubat sakit tekak.
3. Minggu lepas?
•busy.(tahap nak pengsan)
4. Tiga lagu yang boleh anda dengar berulang-ulang kali?
1.misery business-paramore
2.semua lagu gamelan indonesia dan malaysia.
3. lucky-jason mraz feat colbie caillat
5. 3 binatang yang anda tak suka?
1. babi
2. lipas
3. Nyamuk
6. 5 fakta tentang anda?
1. suka ketawa!terutama 12 a.m dan keatas.hahah!!
2. suka derma darah.(bukan untuk nyamuk)
3. friendly,talkative....
4. sangat cerewet dan amat memilih dalam fesyen.(ikut selera sendiri)
5. setia
7. Tahun depan mungkin anda?
• berjaya dalam modelling dan business.amin.
• lebih sibuk
8. Saya tak reti sangat…
• mengorat!Fath bukan perigi cari timba.(timba banyak yang mengarut)hahah!!
• swimming!failed.
• bergaduh.prefer to be silent.
• bergosip.suka buat hal sendiri.
• marah orang.
9. Saya pandai …
• Berbicara dengan sesiapa jua dalam apa jua topik.(peramah)
• berfesyen(lahir dari dalam diri)
• bela kucing.
• melukis dan bermain gamelan.
• main-main!hahah!!
10. Kawan saya…
• ramai sangat.
11. Saya ada…
• diri sendiri
• pegangan hidup.
• Yang tersayang (family/Deng/sahabat/kucing)
• talifon! -eh?kenapa?boleh keep in touch..hhaha!!
12. Saya seorang…
• Perempuan tulen
• islam
• waras
13. Adik saya…
•4 orang (seorang lelaki dan 3 orang perempuan)
14. Saya tak pernah bosan dengan (senaraikan 3)…
1. membaca
2. melukis
3. muzik
15. Bilakah pertama kali bercinta?
• pada tahun 2001 dengan penolong ketua kelas (lelaki) sebab Fath ketua kelas.ahahha!!!
16. Perkara yang selalu orang tak percaya tentang anda?
• teringin nak lakukan buggy jumping
17. Saya rindu…
• arwah atuk-atuk dan nenek.
18. Saya tak sabar…
• berkeluarga bersama orang yang dicintai(suatu hari nanti)
19. 5 laman yang anda slalu layari?
• Blog
• Facebook
• Email, Yahoo.
• jomstar
• polyvore
20. Anda mahu tag?
• orang yang pertama baca
• orang yang kedua baca
• orang yang ketiga baca
• orang yang seterusnya
• orang yang terbaca

