
Wednesday, December 31, 2008
Luahan RINDU padanya...

Friday, December 26, 2008
INTREND january 2009-(The Making ....and here got more pictures!!)
Ini hanya ringkasan cerita dari gambar-gambar yang dah dirakam..untuk mengetahui cerita sepenuhnya sila ikuti post yang lepas (Photoshoot dengan INTREND hari ini).

haha!!!ini page Fath..terbaik!!suka sangat pic ni..thanks Intrend!!

Cantik kan hasil yang terhasil ni..tabik arr..dekat BUSTAMAM!!
Make-up!!..1st time alami keadaan photoshoot yang serius.coz Fath suka bersahaja dengan riang ria untuk kekal kan mood..lagi2 photoshoot pagi.

Peneman setia Fath dalam aktiviti modelling,Enya!!!





Fara!!model paling rapat dengan Fath semasa photoshoot.ni pengalaman pertama bagi dia dalam modelling.welcome to the club sweety...
Candid!!mula2 agak hairan apa kena mengena card putih ni untuk tutup muka,hasilnya ada dekat atas ya..
curi2 tengok hasil photoshoot..tapi sayang..diorang tak bagi copy...hak milik terpelihara..
tukar baju dan bersedia untuk pulang...masing2 ramah...
Thursday, December 18, 2008
Launching JOMSTAR.COM di PWTC-17/12/2008
Fath tak suka gambar ni...hahaha!!!!sebab masa ni Fath main2 je nak ambil gambar,tub!!dah diorang snap.lantak la...Kali ni Fath di jemput untuk hadir Pelancaran Majalah Pertama Online diMalaysia di PWTC.. datang dengan Enya gerak sekali dengan Sherly dan Wan, diorang pergi shopping raya.Macam biasa Fath ditemani Enya.Kalau sorang2 mau mati kutu dibuatnya.Fath masih belum bersedia untuk digelar@di panggil@di labelkan sebagai artis walaupun dah masuk bidang ni...model jer.sebab tu la Fath tak naik atas stage untuk sesi bergambar diantara artis dan celebrity.penat dan bengang Enya paksa Fath naik..sorry Enya..Akak masih orang biasa.1 day nanti ya...insyaAllah..
Majlis yang bermula pukul 4ptg sepatutnya akhirnya dimulakan dan dilancarkan tepat pada pukul 5ptg oleh Datuk Shafik Rizaal Shaaban (Datuk S).Majlis ni yang bertema kan 'The Party' meriah dengan hadirin dari golongan koprat,artis,wartawan dan celebrity..Lagi meriah dengan persembahan Jaclyn Victor,Altimate dan Noryn Aziz.haha!!yang kelakar nya si Noryn tetiba turun stage dan jalan cari mangsa untuk menyanyi dengan dia.Fath time tu tengah semangat melahap dessert Noryn tetiba hulur pulak mic dekat Fath dengan spontan nyanyi la 'oh baby..oh baby...' haha!!!sambil mengunyah..layan kan saja apa yang dia nyanyi..memang Fath cari Noryn lepas tu untuk ambil gambar..suka dia coz dapat berborak kejap.she's like me..haha!!like her too...
Lupa pula nak cerita semasa majlis berlangsung terjumpa pula adik angkat ibunda Enya..that guy(koprat) datang bersama bini ke-2 dia(Kak ZUE)nak tengok pic diaorang dan hadiran yang hadir termasuk la Fath layari la www.jomstar.com
Majlis hanya berlangsung selama 1/2 jam jer selebihnya hanya la sesi bergambar..fath jumpa Abg Wan (director) selepas majlis sebab dia yang invite Fath.Thanks Abg Wan!!nanti Fath letakkan gambar2 dari kamera yang kami bawa on that day..thanks Sherly.Balik Darling datang ambil depan The Mall sebab si Sherly pakai kereta. Pergi Pertama Compleks than Pavillion makan dan pulang secara berasingan.
CONTINUE...



Sunday, December 14, 2008
HAPPY BIRTHDAY!!!!& SWEET 23!!!

3.....2.....1.....HAPPY BIRTHDAY!!! tak kira pun sebenarnya..huhu..tapi Enya dan kawan2 dah kira awal2...Thanks!!!!SAYANG KAMU,ENYA!!!Tak sangka Enya,sherly dan Wan akan raikan birthday Fath...walaupun dapat rasakan ada kejutan.Terharu sebab ada juga yang ingat.Kebiasaannya adalah macam hari2 biasa bezanya hanya lah ada kek dan ucapan.KEK yang Fath suka..huhu..Hadiah paling berharga adalah kejutan.
Kali ni betul2 Fath tak sangka Sherly, Wan & Engku ada sekali.Apa yang Fath tahu Enya dah merancang segalanya termasuk jemput Pac, Pendek, Ewat dan beberapa lagi tapi semua tak boleh masing2 ada hal.Apa pun Fath terharu sebab Enya cuba raikan birthday Fath semeriah yang boleh..Tak mengapa Enya ,tak ramai tak apa janji meriah.Kita berempat dah cukup gila.haha!!!Gila melalak 2jam.
Cerita nya begini...tak tahu la kenapa hari sabtu ni(13/12/08) tak best,dan tak ada mood..jiwa kosong je...mungkin sebab meeting dekat Melaka cancel,Su cuti,Marelyn kena gum dengan boss dalam gallery dia.family sudah gerak Senawang,Darling dekat Johor.Kawan2 busy..Balik kerja malas pulak nak workout dekat gym sebab 1 badan sengal2 ubi kayu.Kehulu kehilir dalam Bangsar Village akhirnya pergi MPH beli majalah dan bla dari Bangsar dalam pukul 8.30pm..terus naik Train dan teksi kerumah..terasa penat sangat padahal tak buat kerja apa pun...terus buka tv2 tengok 'I know what U did Last Summer'..sambil2 tu bagi Pucci,D'Leh dan Oren makan,than Fath mandi..baring2 depan tv tengok cerita tu tadi..Enya masej dia dah nak sampai..masa tu jam dah pukul 11pm.sebelum tu Fath dah tertidur.Plan Enya menjadi nak culik Fath ke Alamanda,Putrajaya berjaya,sikit pun Fath tak dapat agak.Rupa2 nya dekat karaoke.Masuk je..boom!!Happy Birthday!!siot!!Sherly dan Wan pun ada...haha!!pergh!!ada CUPCAKE lagi!!!!cantik dan sedap 'gilak'!!Apa lagi melalak la..tetiba Engku sampai..lagi la happy.Lama dah tak jumpa jiran sejati.
Tepat pukul 2 berhenti nyanyi.Memang kami menjadi perhatian..dengan Fath pakai crown nya..gelak tak ingat.Gerak terus ambil kereta sewa Enya than terus balik.Balik pun dah pukul 3am.bersiap nak tidur je sudah sejam..pukul 4am tidur.
Bangun je dah pukul 8 pm than tidur balik dan bangun dan tidur dan bangun balik pukul 11am.siap2 terus gerak ke Senawang dengan Enya.kakak ku kak Yati dan Abang Ipar, Abang Zaki.Datang je macam biasa Fath buat kecoh, makan,bergambar dan balik...sampai rumah lipat baju,Enya tidur, relax..malam pergi keluar minum dengan Enya dekat Marlee,sg.Kantan, Kajang.Itu sahaja hari ini,sekian...
Terima Kasih banyak2 kepada orang2 tersayang yang wish via sms,Darling Fath,sri, Aten, En.Bahaman,En.Awang, Ekin,Pac,Riena, Pendek,Engku,Tony,Mamie Neny,Hajar,Marelyn,Su Yen,Aziz,Kamil,Nabila dan Amat.
Via ym, Ewat,apis,dan Faridah. via call Darling,Kamil,Pac,dan Tony. dalam facebook,myspace dan friendster tak dapat nak senaraikan..ramai..
Friday, December 12, 2008
Casting Hosting For TEMAN(8tv)-11/12/2008
- Haha!!ketawa dulu sebelum taip.bukan apa..kelakar bila teringat,Bangun pagi macam biasa walaupun agak terlewat selewat pukul 8.30am menggelabah nak bersiap pergi ke kantor. Nak keluar rumah tepat pukul 9.00am kebiasaan nya.
- Nasib sempat tapi mata mengantok la..sebab tidur lewat pukul 3am.Sampai showroom macam biasa buat kerja sampai pukul 1pm.
- Masa tu tetiba dapat mesej dari Kay Maria(make-up artist) ada casting.Mula2 tak excited mana pun sebab tempoh casting tu dari pukul 1pm-3pm je.Bila diberitahu secara detail dekat dengan The Curve ditambah lagi dekat dengan surau berdekatan.Terus rasa nak pergi.Sebab tak payah susah payah cari landmark ke apa lagi..pandu dan sampai je.Surau tu la Fath sembahyang raya aidiladha tempoh hari.Macam biasa bagi tahu Enya & Darling coz diorang tulang belakang Fath dalam bidang ni..
- Oleh kerana Su pun nak tengok macam mane cara orang di-casting maka gerak dengan dia.Sebelum gerak kami buat research sikit,buka page 8tv dan tengok apa sebenarnya Teman ni..baru la faham.Diawal cadangan pergi dengan Enya sepatutnya oleh kerana jem kami gerak dahulu dan jumpa disana sahaja.Sebelum gerak call bro Azmi ni..nasib dia tak kisah kalau datang pukul 3 pun.
Mutiara Damansara-Gerak dalam pukul 2.15pm sampai di destinasi tepat pukul 2.45pm.Masa tersebut Abang Azmi@ penerbit tengah mamam dengan krew2 lain di restoran berhampiran studio@editing mereka.Macam biasa Fath memang banyak cakap sebelum,semasa dan selepas casting. Ini adalah pertama kali Fath casting untuk Hosting.So..kena lebih syok sendiri depan video camera.Masa perkenalkan diri depan video camera cakap macam biasa sebab pergi casting mana pun memang tu yang kena buat.Than bila diorang suruh Fath terangkan sesuatu mengenai restoran fav Fath mula macam nak mengarut,haha!!nasib baik ingat sebab dah tulis dah dekat post yang lepas pasal restoran ole2 Bali.haha!!!kelakar..Fath buat cara Fath la..entah diterima ke tak kan..tu belakang cerita janji Fath dah datang dan cuba.Apa yang membuat kan Fath ternganga seketika bila penerbit nak tengok pergelangan tangan Fath .Pelik kan.Rupa2 nya sebelum ni ada talents yang banyak kesan calar dekat tangan.emosional-mental tak ok la tu..Lepas tu diorang nak kan gambar2 free hair,direct buka facebook dan copy dalam laptop diorang.15 minit berlalu bagi sesi casting ni baru la kami turun ke restoran tadi dimana krew2 tadi makan untuk minum.Turun je Enya sampai dengan Ana.Lepak sekali.Dalam pukul 3.45pm kami gerak pulang ke showroom semula dengan selamba nya dalam keadaan hujan lebat.
- Sampai showroom buat selamba..haha...pukul 6.pm gerak naik gym..balik pukul 9pm sampai rumah pukul 10.00pm..mandi dan tidur pukul 11pm.zzzzz
- SELAMAT ULANG BULAN KE-3...TO US.HAHA!!!
Thursday, December 11, 2008
Di Hari Raya Aidiladha of 2008.-08/12/2008
Enya,Fathiyah,SyiraSelamat Hari Raya semua umat Islam 1 dunia ni...hari raya korban yang memerlukan sikit pengorbanan dimana Fath tak dapat ikut family pulang ke kampung.Nama pun dapat cuti sehari je so penat la nak ulang alik dari Kajang dan Kuala Pilah walaupun tak jauh tapi tak cukup masa.Ada hikmah nya..Fath dapat beraya dengan my fav auntie (mak cik uji@adik mama) dan anak2 perempuan kesayangan dia. Kali ni saja pakai tudung biasa ni..nampak innocent kan..haha!!!
Fathiyah & Mak Cik Uji
Rumah mak cik Uji@ummi Enya dekat Mutiara Damansara.Walaupun suasana bandar tapi kami pergi sembahyang raya di surau Damansara, lupa la nama surau tu..bangun seawal 6 pagi untuk solat subuh sebenarnya semangat raya yang lebih sampai kejutkan Marelyn dengan sms.haha!!cian dia bangun pagi2 buta ,tu la buat ringtone lagu panjang lebar lagi...
Mengantok asalnya sebab malam raya tolong mak cik uji masak untuk juadah pagi raya,kuah kacang(my fav) dan kuah spaghetti..lagi yang membuatkan rasa penat sebab baru balik dari kerja dan penat workout dekat gym..sampai tertidur depan tv,ramai pulak call nak wish raya nasib la.. Fath kalau sudah tidur memang angkat phone amai2 la...merepek saja.buruk betul perangai..
Apa yang best kali ni kami beraya all girls tau..haha...yang tak best nya tetiba Fath kena turun showroom..sebab Su ada hal..nak tak nak wajib turun..terpaksa Kak Umai hantar Fath ke kantor. Than macam biasa keluar lunch dengan Su dan Marelyn.Kami kalau keluar makan memang kuat makan.adeh..Balik kak Umai datang jemput.Balik baget nak tidur..angan2 la..mulut nak berborak lebih..sampai la maghrib solat than makan lagi..lepas tu buat kecoh lagi sampai boleh tertidur pulak dekat bilik mak cik uji..bangun je bilik gelap diorang tinggal kan Fath..wahaha!!Mak cik uji dan Enya pergi hantar Syira dekat Shah Alam minah tu ada kelas esok pagi.Tersedar dari tidur tadi terus pergi mandi dan layan cakerama, lama tak tengok tv..Pukul 10.15 diorang pulang than dalam pukul 12 Darling sampai..keluar minum dekat Mc'D sebelah Ikea.pukul 1 pulang dan siap tidur.zzzzzzz...........
Saturday, December 6, 2008
Holly2 di Genting lagi..

Tak ada persiapan apa pun melainkan bawa baju dan kelengkapan asas.Sebelum gerak on9 dari pukul 9 pagi sampai la 4 petang bukan apa nak beli tiket Dreamz Show untuk kawan2 Enya. Last minute Enya ajak.Kawan dia dari Uniten juga. Gerak dari rumah pukul 4.30 ptg ke Uniten untuk ambil dan hantar kereta sewa Enya. Tepat pukul 5 ptg kawan Enya, Reeza sampai kami gerak dengan 1 kereta gerak ke Cheras Jaya ambil kawan Enya seorang lagi,Nisa.
Kentang tak kentang sangat la..show Dreamz tu start pukul 9mlm tapi kami gerak dari Mc'D Taman Melati (tapau lapar la...) pukul 8.30mlm boleh sampai 9.10mlm dengan naik kelisa je.
Terus ke kaunter ambil tiket pada masa yang sama Darling call.wah!!meloncat kegembiraan la...seharian tak dengar khabar berita dia.Lepas teman Reeza dan Nisa tengok Dreamz kami jalan2 sambil cari ice-cream beli earing dan turun juga kami ke Awana tepat pukul 12.30pg.
fathiyah & Nisa :-)

Dapat bilik yang best macam yang lepas di tingkat 5. bilik nombor apa yek..ha..5508.haha!!!ni kira first time la bermalam dekat Awana tapi sudah 3 kali check in.haha!!sebelum tidur call Darling kejap than sms kemudiannya.Lelap pula selewat 4pg sebab buat sketching design sikit.
06/12/2008(sabtu)-Bangun seawal 8pg cuci muka dan gosok gigi je terus turun breakfast.Gila la jumpa pancake!!sebab sudah 2 hari mengidam nak makan Pancake,apa lagi balun 3 round.kira2 12 keping pancake kecil.haha!!!benda lain tak pandang pun.lepas kenyang tepat pukul 9.30 kitaorang jalan2 dekat sekitar awana,lapang fikiran..pergi singgah swimming pool ambil towel dekat kaunter tapi tak mandi pun sebab sejuk gila nak terjun.haha!!!Layan pula kepala gila si Reeza memang bingit la orang dengar gelak tawa Fath.haha!!Than pergi dekat Lobi layan Internet Kiosk.on9 jap.sempat lagi..pukul 11.30 naik bilik balik nak bersiap untuk check out, lepak tengok tv lebih kepada berita terkini pasal tanah runtuh dekat Bukit Antarabangsa.bayangkan 14 biji rumah banglo mewah kena.Dasyat bencana alam.Bersiap mandi dan gerak turun pukul 1ptg dengan selamba nya.
Wednesday, December 3, 2008
Girls aloud!!!-29/11/2008
Soho KL,Jalan Solaris,Mont KiaraTepat pukul 5.30pm kami sampai.disini la tempat kami(Fath,Marelyn &Su Yen) bertandang selepas Fath dan Marelyn bertandang ke majlis pertunangan Kak Anil a.k.a Kakak Haziq dirumah mereka sebelum tu.Terdapat nya bazar baju,fashion show dan live band.Jualan sebegini tidak setempat dan tidak tiap2 hari.Maka hanya orang yang tertentu sahaja yang tahu.Fath tahu pun sebab kawan@rakan model,Kak Shulya turut serta dalam business sebegini.Bukan tu sahaja Fath juga ahli kelab 'Butonmybutton' dalam facebook.no wonder la kan..huhu...tapi sayang Fath tak sempat jumpa owner Butonmybutton',dapat jumpa bapa die pn jadi la..



Monday, December 1, 2008
squiting day!!
- bangun pagi seawal 9.3oam dah dapat called dari office dengan macam2 kerja yang menanti.
- on the way nak pergi ke kantor pun Su call lagi..mengenai sistem computer.
- cadangnya nak cergaskan badan dekat gym,terbantut sudah hasrat ku hari ni..nasib kekasih hatiku tak kisah dan dia pun ada hal.lagi pun dia baru pulang dari sarawak cian terkejar2 la dia.
- sampai je office@showroom terus punch card dan terus duduk depan computer arrange kan schedule staff2 Bainhouse.mahu tak pusing kepala nak letak kan cuti budak2 ni(Tomy&su) tambah lagi cuti Xmas diorang lagi.Dah la Jaclyn(manager) nak A.S.A.P. than kena terus email dekat dia before 3pm.
-bukan tu je kerja ku hari ni,kena lengkap kan monthly report sebelum pukul 4 ptg.Neny(our sweet mama) datang collect.dengan menggunakan 2 tangan ni sahaja akhirnya siap juga.
-sebelum mulakan kerja lain kuar lunch pukul 5pm dengan Su &Marelyn.lewat gila lunch.tak pe sebab breakfast pun pukul 12.30pm.
-sebelum soru pergi gym kejap bukan nak buat work out tapi nak bayar la..sebelum lupa.nantikan tak pasal2 kena tolak dari akaun darling Fath..haha!!
-Ada lagi kerja ku.jam sudah menunjukkan pukul 6pm.maka kena la lengkapkan pula membership file yang belum di up-grated kan lagi.mahu tak naik juling sebab semua folder member dalam computer admin,up grated file pula dalam 1 lagi computer(internet). dah la sistem admin tak boleh di-copy, maka biji mata ni kena active gerak kekiri kekanan.
-Fath kalau buat kerja memang tak ingat orang sekeliling,tak ingat nak makan,layan talifon,tak tengok jam.toktek..totek..pukul 8pm sudah..baru nak rasa ke toilet than sambung kerja balik.
-sampai tak sedar sudah pukul 9.30pm, tetiba Darling Fath depan pintu,dia baru lepas work out.
-senyum lebar Fath dapat tengok dia depan mata.hilang penat kejap.rindu benar.entah kenapa rasa rindu sangat.peluk erat rindu akan baunya yang sememang melekat dalam ingatan.Fath memang lebih ingat seseorang tu hanya dengan bauan nya sahaja.sampai mati Fath ingat.
-jumpa dalam 5 minit pun amat bermakna, sudah menampakkan sayang dia dekat Fath.LUV U HONEY.lepas dia pulang Fath sambung balik kerja2 yang Fath tangguhkan tadi.tepat pukul 9.45pm siap!!akhirnya.tapi tak sempat nak send via email terus ke Jaclyn.mau pulang hari sudah larut malam.tak akan Fath sambung kerja2 tu dirumah.rumah bukan office.
-sebenarnya ada 1 lagi kerja yang Jaclyn mahukan.. 2 sketches design.masa pun tak cukup maka tangguhkan lagi ke esok hari.Harap Jaclyn tak marah.Nak buat design mana boleh cincai dan kena cari ilham lagi.otak kena cool.
-sampai umah tak mandi lagi terus on9.haha!!nak bercerita dengan blog ni la..
-Darling ku sudah pulang dari Shah Alam pun Fath tak mandi2 lagi.huhu...
-mata ku sudah mengantok .Nak mandi dan tidur.
-nite.
Sunday, November 30, 2008
Macam2 ragam

Sampai nanti,sampai mati
Lepas tu Fath dan Marelyn terus gerak ke Soho Kl,Jalan Solaris,Mont Kiara dan jumpa Su Yen disana. Ada bazar fashion,toys collector,live band dan fashion show. Best! coz banyak baju2 yang up to date,unik,murah. boleh tawar menawar lagi. Punya la cari baju yang dapat menarik hati akhirnya jumpa juga, yang menariknya owner dia emilda(actres) cantik dia termasuk la koleksi baju2 yang dia jual. Disana baju boleh dibeli dengan harga rm10-rm60, murahkan. Kalau dekat kedai agak mahal. Lagi satu sebab nak kesana sebab Kak sulya pun ada jual baju juga. Siapa Kak Sulya? dia seorang ibu muda kepada 2 orang anak dan seorang model. Nanti Fath letak gambar kami tadi dalam blog ni k.
Macam biasa mesti akan terjumpa kawan, lama tak jumpa kamu Dan. Lepas tu kitaorang pergi makan dekat Ole-Ole Bali.Terbaik!!Nanti Fath cerita for next post k.Sekali dengan gambar2.
Selesai sudah Marelyn kena jemput adik dia dari kerja dekat Mid Valley tak sempat nak singgah mana2 lagi.Seterusnya pulang.
Banyak cerita lagi nantikan post berikutnya k.zzzzzzzzzzz...........
Saturday, November 29, 2008
Lunch together...25/11/2008

Thursday, November 27, 2008
Photoshoot dengan Intrend hari ini!!
Trimas dekat Enya yang bawa dan teman Fath. Oleh kerana Fath talents pertama yang sampai dulu, Fath dan Enya pergi lepak sarapan pagi dekat cafe sebelah studio.Kira2 pukul 10am baru mula make-up.Dalam pukul 12 tgh baru start shoot. Fath seorang sahaja yang tak memerlukan khidmat hair stylish memandangkan kali ini Fath perlu memakai tudung maka ada kelainan antara talents yang lain dan paling cepat siap.
Trimas pada Kak Surya Zainal sudah mencantikkan muka Fath hari ini. Macam biasa dapat kenalan baru Fara,Kak Zaiton dan Rina. Korang sporting.Keep in touch ya girls.
Trimas juga dekat my Honey jemput Fath bawa tengok wayang dan hantar pulang.
p/s: gambar semasa dan selepas shooting tidak boleh disiarkan lagi dimana2 nanti kitorang kena saman beb. Nak tahu macam mana rupa nya. Tunggu sehingga keluaran Intrend issue January, 2009.
Wednesday, November 26, 2008
Glamour vs Reality
"Kenapa nak ceburi bidang seni ni?",soalan yang sangat subjektif. Dan tidak hairan jawapan Fath banyak sama dengan talents sebelum ni.Berjeler la jawapannya.Bukan pertama kali disoal sebegini.Sesuatu yang selalu menjadi bualan orang sekeliling bila kita dah menceburi bidang seni ni. Glamour yang mereka tafsirkan pada pendirian dan targed Fath dalam isu ini. Baik buruk tanggapan diorang belakang cerita,pokok pangkal pada diri sendiri bagaimana handle kan nya.
Memang orang akan kata pendirian akan teguh pada awalnya dan akan dimond selepas famous serta lupa diri, mungkin ia akan terjadi pada semua celebrity yang kejarkan glamour. Bukan glamour yang Fath inginkan sebenarnya. Minat sahaja pun tak menjanjikan sepenuh impian kita. Kalau tak ada usaha dan pengetahuan dalam dunia seni ni.
Sedikit sebanyak Fath belajar selok belok dan benda2 yang tersirat disebalik dunia seni yang penuh cabaran.LOW PROFILE lebih sinonim dengan Fath walaupun Fath nampak lebih kecoh pada luarannya. Hidup ni singkat dan pelbagai ragam kena kita lalui.Fath tak akan sia2 kan masa yang telah Fath perolehi.Biar sibuk dengan aktiviti,biar tak dikenali orang,biar tak jutawan, tapi hidup biarlah bermakna untuk sekali ini. Pengalaman hidup yang Fath cari bagi mengisi memori kepala ni.Harungkan sahaja."bersedialah untuk tidak bersedia".
Tak semestinya peluang dapat lebih dari sekali.Maka buat la sesuatu tu kena pada diri berlandaskan kemahuan dan pendirian. Buat la dengan rasa senang dan suka bukan kerana lain. Lagi2 sekarang ZAMAN DUIT banyak benda yang berkait.Masuk toilet pun kena bayar kan apatah lagi yang lain.Hati boleh beli dengan duit ke?, mungkin boleh bagi sesetengah orang tapi sampai bila?
Wednesday, November 19, 2008
photoshoot with Intrend Magazine coming soon...
Nampak tak map dekat atas ni? jangan buat tak nampak pulak..pelan ni baru sahaja dapat 15 minit lalu..photoshoot ni untuk Intrend Amazing Make Over (hair & make up step by step) issue January 2009. Rasanya ni la tempat shooting paling senang dan dekat nak pergi.. hopefully tiada ada masalah sebelum ,semasa dan selepas photoshoot tu nanti..sebab pagi subuh tadi dapat mesej dari Kak ton (Zaiton collections) bahawasa nya photoshoot untuk majalah perempuan hari ni terpaksa dibatalkan dan postpone to next wednesday, maybe.... kalau nak rasa bengang memang tak patut la sebab ia adalah bersebab yang kita tak dapat elakkan..ibu kak Ton selamat ke ramatullah..innalillahiwainnailahirojiun..takziah untuk Kak Ton.Al-Fatihah..
Mengikut information yang Cik Nurul Huda(writer) berikan..Fath adalah dari 3 orang yang mereka pilih dan Fath satu2 nya talents yang bertudung nanti..;-). Photoshoot bermula pukul 9 pagi (27/11/2008). sebenarnya Fath pembaca setia Intrend dari tahun 2005 until now..so..agak seronok bila dapat tawaran untuk shooting dengan mereka. Majalah untuk remaja(remix) sudah..untuk muslimah(dara.com) pun sudah,untuk wanita (perempuan) minggu depan shooting, untuk majalah online (jomstar.com) pun sudah shoot tapi belum interview dan belum keluar lagi.Dengan sukacita nya untuk majalah fesyen pula nanti..Intrend.
Saturday, November 15, 2008
Business card!!
Dapatkan segera!!haha!!ni business card Fath yang satu lagi under Barnie Redzan Production, abang Barnie punya company.partner dia. abang Nass yang ajak join sekali. Company ini adalah sebuah syarikat event management so..Fath terlibat pun sekadar part time sahaja buat masa ni..sebab sekarang ni 3 kerja Fath buat dalam 1 masa yang sama.Gila tak gila sangat la...nak kata masyuk tu tak juga sebab baru permulaan dan bergantung pada projek apa yang Fath dapat..
Dengan hasil kerja Pendek untuk buat design card ni maka ini la hasilnya, walaupun tak jadi sebiji dengan yang asal tapi ermmm...boleh la 90%..berapa lama Fath tunggu untuk card ni sahaja, card yang 1 lagi pun tak tahu bila pula nak dibikinkan.neway trimas diucapkan.
Wednesday, November 12, 2008
Welcome Martin Oosterlaar...-09/11/08
Martin Oosterlaar, Marelyn Yap, Siti Fathiyah, Hazwan HaziqThanks dekat brother yang snap kan gambar ni..huhu..Apa yang nak diceritakan disini sebenarnya saja nak kenalkan boyfriend si Marelyn ni..Diorang first time jumpe padahal dah lama bercinta dalam facebook dan dalam phone. Walaupun hanya jumpa 10 hari sahaja ,nampak mesra la...siap dah bertunang ni..wahaha!!Fath tumpang gembira la..congratulation for you,sweety..
Sementara tunggu James Bond beraksi..lepak sekajap dengan diorang ni..cuba tengok betul2 muka Fath dalam gambar ni,letih dan agak tak bermaya kan..memang pun..penat semalamnya dengan aktiviti dari pagi ke tengah pagi,
(05/11-08/11/2008)bayangkan ye hari rabu penuh dengan aktiviti rushing,pergi gym,lari ke Damansara ambik Cheque,boleh lagi lari ke Mid Valley beli barang padahal tengah kerja tu,balik kerja je terus pergi lepak minum dengan Enya dan Ana dekat restoran Nim's sesudah tu terus balik dan packing barang nak pergi Johor pada pagi hari khamis.....Hari jumaat petang sampai rumah terus keluar pergi Alamanda dengan Enya,Ana dan Engku beli barang lagi..Malam ambik kawan2 Enya(Sherly dan Wan) bawa balik rumah sebab family tak ada,so..girls aloud la..Tak buat apa pun hanya layan Anugerah Skrin yng membosan kan sampai tidur..Keesokkan pagi seawal pukul 9 pagi Fath dan Engku sampai di Desa Pandan (office jomstar.com), breakfast dulu sama2 dengan Ridzuan dan Man than gerak ke tempat shooting..merata2..selesai shoot je balik ke office jomstar nak tukar baju lepas tu terus gerak ke Uniten jumpa Enya dan Ana disana kitaorang pergi terus ke Kuala Pilah cousin Fath kahwin.Sampai sana sudah pukul 3ptg makan dan lepak2 sampai pukul 4 ptg, singgah sebentar dekat Ulu Bendul saja bawa budak2 ni tengok orang mandi...after that gerak pulang ke Kuala Lumpur sebab Fath ada client wedding dekat Bukit Bintang, handle kan sikit je..Engku yang teman kan..Enya dan Ana pergi jalan2 dekat Pavillion. Sesudah Majlis selesai kami semua gerak pergi minum pula dekat Danau Kota..disana Maton dan Aziz menanti...jumpa borak2 sebab lama tak jumpa...lepak sampai pukul 2pg sampai rumah pukul 3 pg, esok pagi pergi kerja..penat tau...tapi seronok...penuh dengan aktiviti..
Itu yang muka macam cipan tu..apa pun thanks dekat 'Honey'..trimas banyak2..;-), luv u so much..muah!!!Thanks yang teramat kat Enya,Engku dan Ana yang banyak tolong dan spent time dengan Fath on that day. Luv u guys.
Tuesday, November 11, 2008
Photoshoot Jomstar.com-08/11/2008

Ha....ni bukan aktiviti yoga yee..Ini adalah antara gambar candid yang sempat engku rakamkan..dan tak termasuk dalam senarai pilihan gambar yang diperlukan untuk ruangan jomstar.com pun. Suka dan minat sangat photoshoot dan tak pernah rasa penat walaupun sehari suntuk.That's natural in me..Semua akan jadi mudah..hasilnya...

Gambar ni pun candid tapi diambil oleh Ridzuan(director) dan Man, jomstar.com. Photoshoot ini dijalankan di sekitar Cheras je..ikut kepala director la..dia nak gambar nampak bersahaja dan semula jadi..so..idea diorang konon Fath tgh bersukan la....Anda diluar sana boleh la melayari www.jomstar.com untuk tengok lebih gambar2 menarik lagi..tapi kena beli la..huhu...
Tuesday, November 4, 2008
hahahaaa!!!!!!
Saja je nak cuba photoscape ni...best...ini adalah hasil nya, buat kerja sambil 'minum air la'...kerja ku sekarang sudah tak bosan banyak aktiviti baru selain boleh main photoscape ni, masa Fath akan banyak habis di gym(Celebrity Fitness) pula ...Baru je daftar tengah hari tadi. Honey' yang join Celebrity Fitness dulu,memang kami akan bersama sentiasa,bahagia nya...wah..!Fath esok 11 pagi start la..Kena la bangun seawal 8 pagi bersiap hampir 1 jam, 1/2 jam lagi nak makan ubat la,kemas katil la,bagi D'Leh & Emillio Pucci makan la,baca newspaper la,b'fast kalu sempat dan x lupa bagi masej 'murnink' kat dia,pagi2 memang kelam kabut. keluar rumah pukul 9.30pagi macam biasa transport tetap ,train.Tapi esok kene singgah beli barang dekat Mid Valley dan KL Central.Lepas tu baru gerak ke gym,Sesudah rasa letih macam cipan nanti ,baru boleh gerak terus ke Damansara Utama, ambil cheque. Esok memang busy sampai la hari sabtu...nantikan kisah berikutnya .
Monday, November 3, 2008
staff Bainhouse yang sengal
Saturday, November 1, 2008
Aktiviti ke-2 di showroom@office
Motif utama gambar ini bukan nak tunjukkan kecomelan kami,haha!!! Tapi nak menjealouskan staff2 Home treasures( Mid Valley & 1 Utama) ,kami masing2 tayang muka2 kat display image dalam yahoo massenger(YM). Gambar kami terbaik!!huhu...
Antara aktiviti kt showroom@office.
1st of november,2008
Dear Diary....
Whenever I'm alone with you
You make me feel like I am home again
Whenever I'm alone with you
You make me feel like I am whole again
Whenever I'm alone with you
You make me feel like I am young again
Whenever I'm alone with you
You make me feel like I am fun again
However far away
I will always love you
However long I stay
I will always love you
Whatever words I say
I will always love you
I will always love you
Whenever I'm alone with you
You make me feel like I am free again
Whenever I'm alone with you
You make me feel like I am clean again
I will always love you,*****
written by 311.....
Friday, October 31, 2008
Penutup untuk october n pembuka bg november...

falling in love hari2...padahal dah nak masuk 2 bulan,gosh!!1st time dalam hidup rasa macam ni, ada nya 'dia', following word dr blog 'org 2'.., sebenarnya selain luah kt blog fath ada buat dalam journal book..personal things memang tiada dalam blog ni...sorry ya...huhu...nak tulis lagi,tapi sudah mengantok bangat sih....murnite.mahalo.






