Showing posts with label topic. Show all posts
Showing posts with label topic. Show all posts
Tuesday, March 8, 2011
Rehat Seketika
Hola semua!! Kabare? Maaf Fath menyepi ,dan akan berlarutan sampai march,24th. Mungkin ada yang tahu dan mungkin tak, Fath di Sarawak selama sebulan lebih bermula pada feb,17th...untuk pengambaran drama remaja bersiri baru 'Nilai Cinta Diana'-TV1. Cerita ni mengisahkan seorang remaja yang tabah menghadapi dugaan hidupnya dengan kisah lampaunya,perebutan cinta, konflik persahabatan,kematian bapanya dan pelbagai lagi.Fath sebagai Diana, sama-sama menjayakan drama ini bersama Ryzal Jaafar sebagai Junaidi(hero), Roslan Saleh sebagai Rahim, Riduan Hashim sebagai Arshad dan ramai lagi.....So..nantikan tayangannya nanti,bila?nanti Fath akan maklumkan.xoxo.
Tuesday, December 28, 2010
Nama serupa tapi orang berbeza

Keratan ni dipetik dari blog Zabidi Mohamed iaitu penulis skrip drama HANI tv3.Fath akui ramai yang keliru dengan nama NUR FATHIA & SITI FATHIYAH. Apa yang lagi mengelirukan kami berdua berlakon cerita yang sama iaiu drama bersiri HANI di TV3. Secara tidak sengaja sebenarnya. Nur Fathia sebagai HANI & Siti Fathiyah sebagai ALIAH. Dan mungkin ada yang tak tahu , kami sememangnya sudah kenal antara satu sama lain sejak tahun lepas semasa photoshoot untuk majalah 'Perempuan'.Ini lah yang dikata seronok dapat berlakon bersama dengan kawan.
P/S: Nur Fathia memang happy-go-lucky & berbakat.she's so sweet.
Thursday, November 11, 2010
10 Teknik Mengurat
Mengurat lah walaupun Dia memang pasanganmu..Ini Idea Fath, tak kisah la usia hubungan cinta baru 5 tahun,5 bulan, 5 minggu, mahupun 5 hari. Mentang-mentang ikatan sudah terpateri, tiada lagi mainan mata, goda mengoda atau sedikit kejutan seperti dulu. Benarlah bagai dikata, " belum dapat memanglah. Sudah dapat, seorang ke hulu, seorang lagi ke hilir'. Indahnya saat pikat memikat..cuba ingat balik.macam-macam ragam.Semua tu Fath pernah lalui.Lain orang lain cara.Cara paling bagus, Kekalkan hubungan dari awal sampai bila-bila dengan indah.
1-Kad Cinta
Teknik ni dari zaman sekolah lagi Fath tak jemu buat.Hasil tangan sendiri paling 'superb'! sebab U all sanggup meluangkan masa & memerah otak untuk hasilkan something special untuk si dia. Tak kisah la cantik atau tak, kalau si dia terima U all seadanya ,100% si dia tak akan menolak.
2-Kejutan Dini Hari
'good morning sayang!', 'good night abang!'...Fath percaya ramai buat perkara seperti ni, Biarlah ia datang dari hati U all sendiri untuk ungkapkan kata2 indah, bukan sekadar dimasa2 yang sama, tapi dimasa2 yang tidak diduga..contohnya..pukul 3 pagi.'I LOVE U', cuba lah.hihi!pasti si dia akan memBelut!
3-Rakam gambar
Tiap kali dating mesti tangkap gambar bersama kan?!biasalah tu..Fath pun buat juga.Apa kata U all kasi membara lagi hubungan dengan rakam/tangkap gambar restaurant untuk next dating ke..tempat bakal majlis perkahwinan U all ke..then e-mel/MMS/etc dengan pesanan paling ringkas tapi tepat seperti.."you & me,Here.Tonight."..sweet kan!*selamat mencuba!
4-Malam Kita
Kalau dah tahu si dia pulang lewat, jangan la buat bodoh je, apa kata,U all balik awal then siapkan dinner dengan penuh romantis, pasang lilin siap ada taburan bunga2...wah!pada yang belum kahwin lagi tu simpan je dulu tips no.3 ni ye.Kalau nak buat boleh juga, reserve mana2 restaurant terbaik untuk saat romantis U all ok.
5-Kongsi mimpi Seksimu
Buat secara bersahaja, ceritakan mimpi U all semalam padanya..Kalau mimpi bercanda dengannya di atas kapal indah, disaat itu U all memegang tangannya agar tidak jatuh ke laut dibawa pergi ombak deras. Tapi jangan pula U all cerita dia lemas then U je yang terselamat..tu namanya cari nahas ok.
6-Bekal Kasih Sayang
Ini antara cara paling sweet dan simple je..Si dia sibuk bekerja,apa kata U all buat sandwich ke..pesan makanan kegemaran dia ke..& letak sekeping kad di dalam lunch box tu. Secara tak langsung menunjukkan sifat ambil berat terhadapnya, jangan lupa pemanis mulut & minta penghantaran segera ke pejabatnya.Oh ye jangan lupa pesanan ringkas lagi sweet ok.
7-Percutian Hebat
Pergilah jauh di luar negeri, Tak payah jauh sangat pun, untuk beberapa hari pun boleh, 1 hari pun tak apa. Luangkan masa bersama jauh dari kesibukan kota.Secara tak langsung mengeratkan lagi hubungan yang terjalin & otak pun sama2 relax.
8-Rakam sejarah bersama
Jika U all pandai melukis, lakarkan gambar berdua pada helaian kertas, Lukis kisah berdua setiap hari pada setiap kejadian. Ni memang Fath tengah buat.contoh pada pix 1st atas tu.hihi!Kemudian kumpul & jadikan 1 buku sejarah kamu berdua. Kalau tak pandai melukis pun tak apa, kumpul gambar berdua lebih kurang 20 keping . Susun mengikut cara romantis & lekatkan pada sebuah buku. Selepas dah siap hantar kepadanya.
9-Indah berjauhan
Jika salah seorang daripada U all dihantar bekerja diluar, inilah peluang mengundang rindu-rinduan. Seminggu sekali kamu hantar hadiah berbeze-beza. Pos laju kan ada. Kalau nak hantar hari-hari pun lagi bagus, membuatkan si dia tidak lena tidur teringatkanmu.
10-Telefon sahaja
Paling mudah, telifon sahaja si dia & terus ucapkan kata-kata rindu yang terpendam dalam hatimu itu. Kamu hanya perlu bisikkan sepatah 2 patah je di telinga nya kemudian putuskan talian.haha!kejam tapi sweet!!!Usah berbual lama,nanti jumpa boleh borak lama,tak percaya cuba lah!
Simple but sweet. Lakukan tips ni sampai la bila2 pun.Seronok dapat bahagiakan hubungan sesama pasangan.Sebenarnya Fath ada 30 tips!hahaha!tapi yang ni paling Best! selebihnya tips bila dah kahwin nanti.i mean untuk pasangan dah kahwin.hihi.Selamat mencuba!
p/s: Love
Friday, October 8, 2010
Resepi Kuih Batik
07/10/21010(Thursday)-1st..let me wish to my lovely sister ever!!! Kak Yati! HAPPY BIRTHDAY!! & Sweet 27.Athiyah tahu mu selalu sibuk, so ku bikin sendiri ini kuih Batik special sempena hari jadi mu, tapi dari jarak jauh la.Kalau mahu, sila datang rumah ok.
followers twitter Fath jadi gila kejap dengan gambar2 kuih batik ni.*twitter sentiasa. so seperti yang Fath janjikan...nah resepi kuih batik buat semua pengunjung blog ni.senang je!
5-lenyet2kan biskut tadi mengikut perasan sampai ia padat dalam loyang & masukkan kedalam peti ais sehingga keras
p/s:Semua orang boleh buat kan!so ...selamat mencuba!!!
followers twitter Fath jadi gila kejap dengan gambar2 kuih batik ni.*twitter sentiasa. so seperti yang Fath janjikan...nah resepi kuih batik buat semua pengunjung blog ni.senang je!
1 bungkus biskut marry (ikut suka la nak banyak mana pun)
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan milo
2 biji telur
1 cawan air
3/4 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan milo
2 biji telur
1 cawan air
3/4 cawan gula pasir
5-lenyet2kan biskut tadi mengikut perasan sampai ia padat dalam loyang & masukkan kedalam peti ais sehingga kerasp/s:Semua orang boleh buat kan!so ...selamat mencuba!!!
Monday, October 4, 2010
A wedding of fairytales (Nadia & Hamzah)
Terdiam terpaku seketika tonton video perkahwinan TERBAIK ni, ni boleh dikategorikan wedding of the year! impian ramai orang. Termasuk la Fath.*kaki berangan, tangan menaip. Dari bersiram, akad nikah, malam berinai sehingga la majlis resepsi.Bling2 mata I. U all tonton la sambil berangan habis..
p/s: Fath impikan majlis santai tapi penuh dengan keindahan alam.macam mana tu?tunggu je la.*yakinnya.amin.
Zabidi Mohamed penulis Skrip yang Hebat!

Makin lama makin suntuk masa untuk Fath menjengguk blog sendiri, apatah lagi nak jengguk blog orang lain. Boleh dikatakan seminggu 2 kali je Fath bising-bising pasal aktiviti Fath yang boleh dikongsi bersama. Baru -baru ni Fath agak terkejut +teruja apabila Zabidi Mohamed iaitu penulis skrip bagi banyak drama, tele-movie di tanah air kita ni. Mungkin ada yang tak tahu. Antara hasil karyanya adalah skrip drama Mencari Nur Khadijah, tele-movie :Sood, Chee Yong & Associates yang telah pun mendapat pengiktirafan menerusi beberapa anugerah. Beliau memang HEBAT!paling Fath dapat rasakan sangat dalam tele-movie Aku bukan Rabiatul *sebab Fath sebagai Farhana dari hasil karya beliau.
Kalau korang nak tahu lebih lanjut lagi boleh lah click baik punya pada nama beliau yang Fath dah highlight kan di atas ni.
p/s:Thanks En.Zabidi cos sudi buat entri perihal Fath.sangat3 dihargai.Semoga kita semua sukses dalam bidang yang kita pilih.amin.
Thursday, September 30, 2010
Rahsia Bibir
Bibir kaum hawa memang penuh tarikan. Disebalik keindahan yang dipaparkan ,terdapat suatu misteri atau rahsia tentang watak si pemiliknya, Begitu juga la dengan pilihan rona pengilat bibir.
Bibir yang biru (pucat)
Tak kira apa jua bentuk bibir wanita, cahayanya kelihatan kebiruan. Biasanya wanita ini tidak begitu boleh diletakkan kepercayaan. Kata-katanya tidak boleh dipegang, selalu bersifat ingkar & cuai terhadap satu tanggungjawab & kewajipannya. Cerewet & suka menimbulkan perselisihan dengan pasangannya. Korang ingin menjadi kekasihnya? korang hendak la seorang yang boleh mengatasi & mengawalnya.*hati2 dengan si pemakai lipstik biru.hihihi
Pengilat bibir warna merah jambu berkilat
Lambang seksi & pesona. Seorang yang romantis & berjiwa penyayang. Wanita sebegini tidak gemar mencari masalah dengan orang lain.Tetapi awas! mereka mudah tersinggung meski gelagat mereka serba sederhana.
Bibir yang tipis
Tipis bukan bererti nipis!Wanita yang memiliki bibir tipis pada umumnya banyak mulut dan suka membicarakan hal-hal yang kadangkala boleh bersifatkan sebagai tidak wajar. Suka melakukan sesuatu dengan caranya sendiri tanpa pedulikan kata orang lain. Wanita ini pandai memujuk rayu & tahu juga berpura-pura dalam memainkan peranan demi kepentingannya. Wanita ini juga mempunyai nafsu yang cukup besar & memerlukan belaian yang penuh kehangatan dari pasangannya. Wanita ini bersikap optimis dalam menjalankan kehidupannya.*tak payah tutup bibir mu itu...hihihi
Pengilat bibir warna coklat
Bakat & keupayaan diri adalah isu yang lebih penting.. Berkeyakinan tinggi & stabil dari segi emosi. Simbol kesetiaan & boleh dipercayai.
Bibir yang mungil
Wanita ini secara umumnya mempunyai gaya dan pesona yang mendebarkan lelaki. Selalu mempamerkan gaya keanak-anakan dan bersifatkan manja. Suka didampingi dan dibelai oleh pasangan. Wanita ini juga suka bergantung kepada orang lain, tidak mempunyai pendirian yang mantap lantaran selalu bersikap ragu2 dengan apa yang dilakukan. Lelaki mudah mengambil kesempatan untuk menggodanya. Wanita jenis ini juga mudah dijinakkan jika pandai membaca kelemahannya. Wanita ini boleh diharap menjadi ibu yang baik dan suri rumah yang bertanggungjawab. Namun suka merungut dan berleter jika tidak mendapat apa yang diingininya.*tutup telinga.
Pengilat bibir warna ungu
Sofitikated & memiliki daya pertahanan diri yang amat jitu, Teguh kepada prinsip dan tidak mudah gentar.
Bibir Segar & kemerahan
Wanita yang mempunyi bibir segar dan kemerah-merahan secara semula jadi menandakan dia mempunyai badan yang sihat & pandai menjaga kesihatan diri. Sifat mereka juga terbuka & periang. Ramai yang suka berkawan dengan wanita ini kerana pandai menyesuaikan diri dan ramah dalam pergaulan.Wanita ini juga mampu memberi keriangan kepada pasangannya dengan sifat semula jadinya sebagai wanita. Dia manja & kehidupannya yang ceria sungguh menyenangkan sekali. Secara umumnya, wanita ini suka dimanja dan mahukan kasih sayang yang penuh kehangatan. Dia akan kecewa sekiranya mendapat pasangan yang kaku dan tak tahu memanjakannya. Biasanya juga mereka mempunyai raut wajah yang menarik,selari dengan kecantikan bibirnya yang sentiasa mengundang rasa senang & mesra kaum lelaki.*cepat tengok bibir masing2.
Pengilat bibir tanpa warna
Personaliti pemaikainya cukup mudah. Mereka gemarkan hidup yang aman & damai. Lokasi bersenario tenang tentunya menjadi pilihan mereka bersantai.
Bibir Yang Tebal
Wanita berbibir tebal dikatakan mempunyai nafsu yang kuat. Sukakan kemesraan & kehangatan. Dia juga bersikap agak bebas & terbuak apa lagi jika dikaitkan dengan persoalan cinta & kesenangan kepada pasangannya, namun boleh juga menimbulkan suasanan yang sebaliknya lantaran sikapnya yang suka mencemuh & memalukan di khayalak ramai. Wanita ini tidak suka sikap yang berpura-pura. Jika diamanahkan suuatu rahsia, dia boleh menjaganya dengan baik & mengunci rapat. Bagaimanapun jika dia mula membenci seseorang, kata-kata yang dihamburkan menyinggung perasaan orang dan terburailah segala rahsia orang yang dibencinya. Begitu mementingkan kecantikan & bersolek lama. Banyak wang yang dihabiskan untuk tujuan kecantikkan serta bersikap pemboros. Tidak pandai menguruskan rumah tangga & anak-anak. Jika korang sebagai suaminya, seharusnya mempunyai sifat kewibawaan untuk membimbingnya.Jika tidak....wanita ni jadi Queen Control!!*bibir mu tebal ke?saya gerak dulu ye...
Pengilat bibir warna jingga
Cukup dedikasi kepada kerjaya atau pelajaran. Berperibadi lemah lembut tetapi keras hati. Sanggup bertengkar demi pertahankan pendapat.
Bibir sentiasa terbuka
Mempunyai keinginnan yang tinggi dari segi kehidupan & juga seks. Dalam soal kerja atau tanggungjawab, mereka cukup berdisiplin & mencapai pretasi yang membanggakan. Ramai wanita jenis ni perolah kedudukkan yang baik dalam kerjaya dalam setiap bidang yang diceburinya. Optimis dan bermatlamat. Dia juga mudah jatuh cinta & berusaha sedaya upaya untuk memiliki atau menenagi hati lelaki yang dincintainya. Tidak segan atau malu untuk meminta apa saja yang dihajatinya ddalam perhubungan. Dia pandai merangsang pasangan dengan gaya pesonanya yang hebat dan erotik. Pandai memanfaatkan keistimewaan diri.*boss..sila ambil dia bekerja.
Pengilat Bibir warna merah
Suka menjadi tumpuan ramai & berkeyakinan tinggi. Tidak suka diperlekehkan orang lain & agak berani bertindak balas. Tetapi mereka sebenarnya seorang yang baik hati.
Tengok cermin dan tenung sedalam-dalamnya..antara yang diatas ni, mana satu bentuk bibir mu.Tapi tak la 100% betul ia sebagai personaliti korang cuma ia secara basic je.Apa lagi, para jejaka diluar sana boleh lah menilai serba sedikit personaliti bibir kekasih mu,kawan ,jiran sebelah , minah lalu lalang tadi tu ke..Untung lelaki kali ni. GOOD LUCK!!
P/S:Kalau korang bijak bistari, cerdik lagi pandai, geliga & superb...manakah golongan bibir ku?ngeeeeeee.thanks for da comment ya.muah!

Sunday, September 5, 2010
Shooting Tele-movie raya Kemaafan yang Tertangguh for TV3
Shooting kali ni paling tak rasa apa pun, lenggang je datang ke set, maksud Fath lenggang hati. Crew2, ass director, director ,para pelakon & tuan rumah (lokasi set) memang sempoi dan funny. 2nd time shooting di rumah orang ala kampung gitu..kali ni relax habis..siap boleh tidur & guling2 depan tv.Thanks to everyone di situ yang siap join sekali.hahaha!!
Tele-movie raya ni arahan oleh Fairuz Loy, sinopsis nya Fath kurang pasti..hahaha!cos Fath dipanggil untuk watak Fath je..Fath sebagai Azah ,isteri kepada Baharin (Zazly), kami anak saudara kepada Khatijah (Kak mon) ,ada sesuatu berlaku antara watak2 lain iaitu, Ana (Era Syazira), Zamarul,& etc..sehingga terjadinya peristiwa tragis menimpa keluarga ni..nak tahu apakah ia? saksikan tayangan nya di hujung raya nanti di TV3..
Alangkah bahagianya!!!!!selesai segala kerja di bulan Ramadhan ni..terus chill sambil 'cuci mata' mengikut dalam kamus Jiwa Raga ..'window shopping' ye. Tak pasal2 shopping juga..saya dah mula gila Beg & kasut!!Tak nak cakap pasal shopping..Fath lebih senang cerita pasal CUTI!!
Penting sangat ke cuti ni?Fath...mu tu dulu mana tahu erti cuti.KERJA tahu la kan? please..please cuti.untuk diri sendiri & yang para yang di cintai.*pujuk diri sendiri.Semalam mimpi pasal cuti.Kelmarin terbayang pasal cuti, Lusa nak cuti lebih-lebih..Masa mandi tadi Fath dapat senaraikan antara 5 sebab dari 50 sebab MESTI CUTI.
1-Hadiah buat diri sendiri setelah penat bekerja, tak kira la walaupun kerja sejam je..
2-Bebaskan diri dari Stress bukan bermakna lari dari kerja tapi beban yang over dikepala tu, Bercuti lah untuk ketenangan dari segala masalah.
3-Medan mengeratkan hubungan Percutian adalah medium untuk mengeratkan hubungan bersama keluarga & rakan2, agar hubungan lebih rapat & lebih kukuh.Bila tak ada kerja itu lah Cuti Fath.
4-Merawat Kecederaan JIWA percutian adalah paling hebat untuk merawat kekecewaan.Tinggalkan cerita lama, mari bikin cerita baru & bukan haru biru.
5-Lebih Sihat Masa untuk cas bateri dalam badan tu yang dah penat bekerja , pergi la hirup udara segar dari sedut asap kereta je..
ada banyak lagi sebab yang munasabah, tapi saja nak bagi korang keep membaca blog ni nanti..so..tunggu topik '50 sebab mesti cuti' ni jadi tajuk utama entri akan datang.*sungguh honest.
p/s:Thanks kepada yang terlibat semasa shooting tu.Macam banyak je lagi entry baru menunggu di belakang ni...
Friday, August 27, 2010
Qalas-Qalas

18/08/2010(Wednesday)-Qalas-Qalas??alas mengalas kah??Fath ingat sekadar nama je..rupanya...bermaksud Pink @ merah jambu dalam bahasa Sarawak & Brunei.Kalau Engkodok means purple,gadong means green...what else ya...Best belajar bahasa baru ni..Dulu Fath tahu 'Deng' je..sekarang 'buku' baru belajar nama2 ikan.contohnya tomanuna..hahah!kahkah!karut gila!Balik ke pangkal cerita...
Qalas-Qalas ni jenama Kek Lapis Sarawak.3 words for them. SEDAP! MURAH!CANTIK! Fath salah seorang pelahap kek Lapis Sarawak paling gila!Jap?!macam mana Fath tahu wujudnya Qalas-Qalas ni?Thanks to owner Qalas-Qalas ni Ee Anuar & juga to Mr.Cherap la..ataupun Ashraff Rannil yang ajak Fath join perasmian Qalas2 ni.

Sebagai pengemar Kek Lapis Sarawak ni,& sebagai kenalan kawan kepada kawan..fath dengan rela hatinya nak promote baik punya kek ni..Sumpah sedap! ada perisa OREO lagi tau!! & CHEESE!!!adoi..terliur hari2 macam ni...harga gila murah..yang saiz standard 8'X2'X2' berharga RM15-RM18. Kalau saiz 8'X8'X2' pula dari RM55-RM90. Kalau kat kedai berapa harga korang dapat?korang leh ambil no contact Qalas-Qalas ni di FB ok.
Bukan 3 4 kali ulang makan kek ni, lebih selebihnya..yummy gila!!!!Fath sarankan Enya buat kek Lapis Sarawak ni sebagai salah satu hantaran pertunangan dia nanti.Berbaloi baloi!P/s:Nak kek ni free jemput la datang raya rumah nanti.*kipas kapal terbang aku pakai ni.
Thursday, August 12, 2010
Dessert or Disaster

12/08/2010(Thursday)-Jeng jeng jeng!Exclusive pertama kalinya Fath membuat entry khas buat 'individu',Bukan untuk berbincang mahupun untuk mengungkit kisah lama. Cuma untuk menerangkan serba sedikit 'salah faham' yang telah wujud disebalik entry2 yang sedia ada dalam blog ni. Perlu di ingatkan sekali lagi..blog ni blog peribadi buat Fath dan umum buat yang yang membacanya.
Hampir semua idea berlegar dikepala Fath terapkan disini untuk renungan bersama. Terang lagi nyata 'ayat-ayat' Fath agak slumber bukan skema semata.So..mungkin agak kasar dihati sesetengah individu. Perlu di ingatkan lagi & lagi...Fath tak dapat menjaga hati SEmua pihak if keBETULan entry2 blog ni terkena sikit ataupun tepat kepada sesetengah individu.
Sedikit sebanyak, isi-isi dalam setiap entry adalah hasil kajian Fath sendiri, BANYAK lagi isu yang Fath nak kongsi bersama dengan pembaca/kawan-kawan, tak kisah lah sama ada ia DESSERT mahupun DISASTER.
Perlu di ingatkan lagi & lagi & lagi..U all boleh bertanya mahupun suarakan dibahagian comment mengenai entry yang dipaparkan.Fath jadikan blog ni sebagai teman bercerita ,lagi-lagi bila sesetengah isu tu tak dapat dibincang bersama di dunia 'luar' sana.Kiranya lepaskan 'beban' disini.
Terpulang kepada U all, terima atau tidak. Fath tak pernah paksa sesiapa pun untuk membaca blog ni. If tak suka ,it's ok. If suka ,terima kasih.
p/s:My Blog is my Home
Kekasih merajuk

09/08/2010(Monday)-Pandang menjeling,menikam berahi,Maraknya amarah panas membara,usah merajuk lagi berjauh hati, senyum lah sayang....buat penawar gundah di jiwa.Pergh!!!Fath pujuk anak siapa ni???gosip3! ngeh3! Khas buat Abang Lan & Kak Umai.hihi, saya membantu sikit je.
Adat gelanggang asmara ibarat rimba pusaka yang penuh misteri. Ceritera perhubungan umpama kembara dan teroka yang tidak berpenghujung. Dalam asyik merandai kasih bersulam cinta, mendung, sendu dan ceria suria bersilih ganti bertamu. Hanya medan kasih yang kebal, kukuh saja bisa melewati titian penuh ujian.Standard la di kala memupuk dan menyemai cinta, ada saja kekacauan yang melanda. Lantaran sikap & laku berbisa tidak sengaja, hati si dia yang tersayang akhirnya terluka. Maka prahara rajuk pun menerpa. Mendinginkan kobar asmara yang marak membara.*tengah emo memang hebat kata2 ku.
Kenapa merajuk ni??
Apa yang pasti, sebelum korang memulakan langkah memujuk, saran Fath la kan..ada baiknya korang kenal pasti punca utama pasangan merajuk. Ini bagi memudahkan proses memujuk kembali hati pasangan & jalan pintas kepada sembuhnya kembali hubungan korang dan si dia.Ada 3 kes rajuk pasangan yang kerap berulang dalam perhubungan.
1-Cemburu
Sebab utama yang kerap menjadi punca rajuk pasangan. Rasa cemburu yang terbit dari sudut hati membuatkan emosi pasangan terganggu. Lantaran keyakinan diri yang tercabar & merasakan saingan sengit (kawan-kawan,keluarga, hobi atau pekerjaan) mampu membawa korang jauh dari dirinya, maka rajuk pun menerpa.*jangan bagi berulang sampai mati
2-Kehendak Tidak Kesampaian
Tampak remeh tetapi kerap berulang dikalangan pasangan belia yang bercinta. Pencanggahan pendapat ,selera & keinginan kerap kali menguji titian hubungan. Sedia maklum, tidak semua pasangan punya kemahuan @ selera yang sehala. Apa lagi jika korang menentang @ enggan akur dengan permintaanya?*guys....please take this serious
3-Cabaran & saingan
Taktik paling efisyen meraih perhatian. Ada individu merajuk semata-mata ingin mendapatkan perhatian daripada pasangannya.Kadangkala, si dia merajuk disebabkan subjek yang membuatkan dia berasa marah dan tak selesa. Untuk mengubat & menjelaskan perasaanya itu, korang secara tidak langsung diperlukan disamping dirinya tetapi dengan cara yang sangat berbeza-merajuk.
11 Helah memujuk berkesan
1-Senyum
Lumrah sebab utama rajuk kebanyakkan pasangan tentunya berpunca daripada pergaduhan atau perbalahan pendapat. Jika anda pasangan tidak mahu ketegangan & ketidakselesaan hubungan terus berlarutan, apa kata korang & si dia menamatkan gangguan @ kekacauan itu dengan melemparkan senyuman. Senyumlah dengan seceria mungkin. Tetapi awas! jangan sesekali mengucapkan apa saja kata-kata. Pasti pasangan korang yang seang muram & masam bertukar tenang balik.*cuba la!
2-Terangkan Perkara sebenar
Adalah lebih mudah berkata BENAR dari BERDUSTA. Ceritakan kepada si dia apa yang berlaku pada korang dan tanya pada si dia kenapa dia merajuk. Berterus teranglah dalam perhubungan korang. Janganlah berselindung. Dengan mewujudkan budaya bertanya & berkata benar ni, dapat mengeratkan perhubungan kerana, korang mengambil berat tentang si dia. Ini juga bermaksud korang menunjukkan bahawa korang menyayangi dia.
3-Bertolak ansur & bijak membuat keputusan
Memang sukar untuk kita BERTOLAK ANSUR tetapi TAK bermakna kita KALAH sekiranya kita MENGALAH. Dalam situasi sebegini, korang haruslah bijak dalm membuat sesuatu keputusan . sekiranya si dia merajuk & korang tidak berjaya memujuknya, gunakan daya korang yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, korang kelihatan bijak dalam membuat keputusan.*pastikan ada pendirian
4-Jenaka
Langkah ini harus korang fikirkan dengan mendalam & tepat. Ringkasnya, awasi situasi & rajuk pasangan. Pastikan jenaka yang bakal korang persembahkan kepada si dia tidak sesekali menjadi punca kemarahan @ menambahkan lagi kesan rajuk yang sedia ada. Tetapi, jika langkah ini korang laksanakan dengan jayanya & pasangan korang mula ketawa, ini bermakna pasangan korang mengebahkan rajuk yang sebelum ini merasuki jiwa pasangan.
5-Hadiah
Adakah kejutan tatkala berpeluang menemuinya. Sebagai contoh, berikan hadiah idaman pasangan (untuk tu, korang harus menjadi perisik-bertanyakan teman2 rapat si dia akan hadiah idaman yang selama ini menjadi igauan) atau setidak-tidaknya sejambak bunga dengan kiriman kad ucapan maaf yang comel. Pasti hati sidia akan tersentuh dengan kekesalan & usaha orang untuk kembali menjalinkan hubungan.*100% tu la Abang Lan buat siap dengan coklat tau.
6-Kiriman SMS/MMS @ Voice Mail
Jika pasangan korang seorang yang cepat meradang @ mudah naik berang, ada baiknya korang memastikan amukan rajuk si dia benar2 tenang. Pada kesempatan ini, apa kata korang kirimkan SMS/MMS @ voice mail & memujuknya kembali bersama berdua. Selain ucapan maaf, idea menyelitkan jenaka2 ringkas antara usaha terbaik memusnahkan tunas2 rajuk yang melata dalam hati.
7-Luahkan perasaan
Sudah adat tatkala rajuk merajai hati, perasaan tentu menjadi tawar dan hambar. Pancing perhatian si dia dengan luahan perasaan korang. Contohnya, akui betapa korang tidak mampu bertahan menempuh hari2 tanpa senyum & tawanya @ betapa terseksanya korang kala berjauhan dengan si dia.*cakap kasi semangat tau

8-Mengusik nakal
Mungkin agak sukar untuk memulakan perbualan apatah lagi jika wajah si dia masam mencuka @ muncungnya sudah panjang sehasta. Jadi, sebelum telinga korang pekak dengan bebelan @ pipi korang menjadi mangsa tamparanya, apa kata korang ambil hatinya dengan usikan nakal. Sebagai contoh, menegur wajahnya semakain cantik ketika marah @ jelingan menyampahnya antara godaan hangat yang berjaya memaut hati korang selama ini. *buat bagi ikhlas ye
9-Helah cedera
Langkah ini kedenganran agak bodoh tetapi apa salahnya jika korang berani mencuba? Jika si dia bersikap dingin,marah2 dan selanjutnya disusuli dengan fizikal ringan seperti memukul, mencubit & seumpamanya, apa kata jika korang berpura-pura cedera & kesakitan. Jika si dia terpedaya dengan helah korang. tentu si dia akan merasa bersalah & mendekati korang dengan penuh simpati. Tatkala si dia dihantui rasa bersalah & ketkutan, kejutkan si dia dengan tawa korang. senario ini pasti akan membuatkan si dia juga ketawa lebih2 lagi pabila mengenangkan korang sebelum ni.*ada bran??
10-Bekukan perasaan
Langkah ini agak berisiko tetapi kebarangkalian berkesan juga agak tinggi. Jika si dia marahkan korang kerana rajuknya, apa kata korang berdiam diri & bersikap dengin. Dan jika si dia tetap meneruskan rajuknya, korang teruskan dengan bersikap sedemikian. Lama-kelamaan, si dia pasti lengit & kembali seperti sedia kal lantaran tiada sesiapa lagi yang ingin melayani kerenahnya selain korang. Oh ye, langkah ini hanya layak menjadi amalan pasangan LELAKI sahaja. *girls ..do not do this ok.hahaha!
11-Merajuk semula
Antara langkah paling berkesan & paling efektif.Apa kata kalau korang pula yang merajuk? Tentu si dia akan mengalah kerana merasakan bersalah lantaran sikap rajuknya yang menjadi punca korang merajuk!.*tengok orang juga takut merajuk tak sudah.
Bila Fath merajuk dulu tak pernah ambil serious cara2 nak memujuk ni, sebab Fath sendiri akan pujuk diri sendiri.Sadis punya statement.hahaha! Bila kawan dalam situasi macam ni memang faham la sangat2 lagi2 kalau perempuan yang merajuk, guys..sekeras mana pun hati si girls ni..kalau kena caranya lembut juga nanti.Trust me.
tapi lebih afdal berjumpa, settle-kan terus tapi make sure jujur, lelaki harus dalam keadaan tenang.Selamat mencuba ye.
*Dari The Curve terus ke Taman Melati, saja nak buat surprise kali ke berapa entah.Siap bawa 2 ice-cream kit kat untuk dimakan bersama.Merajuk juga ke Si Toman ni?haha!absolutely not.Sudah jadi Kebiasaan fath bikin surprise.
p/s: Kawan2 merajuk pun boleh bikin juga.
Wednesday, August 11, 2010
Vintage
06/08/2010(Friday)-Demam sebenarnya since dari khamis on 05/08/2010,tapi terus sihat je adanya kawan2 dalam twitter & facebook yang sentiasa caring, Love my sweeties followers! memang tak pernah reti duduk diam, agak2 dah macam boleh bersuka ria, keluar ber-chill bersama teman. Seharian berjalan dari Bangi ke Cheras last ke Kajang.
Kali ni Fath tak nak cerita perihal 'korang & si dia', mari kongsi pendapat tentang VINTAGE. Trend & gaya yang dah menjadi kegilaan orang mengikut arus fesyen yang bertukar bagaikan roda.Fath sangat teruja akan Gaya baru tampil dengan ciptaan koleksi pakaian lama.Vintage menjadi pencentus gaya ku serba sedikit.
Membeli barangan vintage sudah menjadi trend kini, lambakan jenama & majalah fesyen sebagai rujukan kepada peminatnya.Siapa tak nak cantik, tak kira usia mahupun status,orang ramai mencuba sehabis baik untuk menjadi trendsetter & mencipta kelaianan, termasuk I ok.
Fath kongsi tips sikit disini yek, salah satu cara mudah untuk mencipta gaya baru ialah dengan membeli barangan vintage. Seperti kata pereka fesyen BRUCE OLDFIELD, stail & trend tidak akan berubah secara drastik, ia lebih kepada pengulangan gaya & idea.
Mengapa barangan vintage yang jadi jalan penyelesaian?
kerana tidak semua orang punya pakaian lama & satu kelebihan untuk korang menyuai padan lantas mencipta gaya baru.
Mana datang perkataan Vintage ni?????
Merujuk kepada pakaian yang dihasilkan sebelum era 80-an, manakala barangan terpakai (second hand).Namun tak semua orang yang membeli pakaian vintage atas alasan untuk bergaya. Sebahagiannya menjadikannya sebagai hobi & pelaburan.
Sebelum membuat sebarang pembelian, lengkapkan diri dengan ilmu tentang barangan vintage. Ini penting supaya korang tahu nilai & berapa yang sepatutnya anda bayar untuk sehelai pakaian vintage. Agar berbaloi dengan apa yang korang gayakan. Kualiti sesuatu pakaian vintage berdasarkan kepada pasaran, kualiti, keadaan pakaaian itu sendiri. cara terbaik unuk mengetahui nilai sesuatu pakaian vintage adalah dengan merujuk buku-buku pakaian vintage atau lebih mudah gunakan sahaja internet sebagai sumber maklumat.Laman e-bay adalah yang terbaik untuk kajian.
Beli di kedai
Kelebihan membeli di kedai ialah korang akan berpeluang untuk membelek pakaian/aksesori yang ingin dibeli, berbanding membeli secara online, dikedai korang dapat ukur dibadan sendiri, hihi, boleh lihat & sentuh material, kemasan & mencuba sendiri. Dan jika korang bijak..korang boleh la tawar menawar. *100% I puas hati beli di kedai
Gaya
Sebelum keluar membeli,perhatikan pakaian/aksesori korang dalam almari. Selongkar apa yang sudah ada & apa yang tiada. Cari pakaian yang boleh di suai padankan. Dengan cara itu korang bakal mendapat idea tentang gaya yang ingin ditampilkan, Dan tentunya memudahkan lagi pengembaraan korang mencari vintage yang di idamkan.
Kajian
Rajin-rajinkan diri berjalan, & biasanya dikedai-kedai vintage terletak disekitar kawasan yang sama. Gunakan kemudahan internet sepenuhnya dengan mencari maklumat tentang kedai vintage di kawsan korang mempunyai laman blog.*sekarang boleh beli secara online disini
Waktu di kedai
ketika dikedai korang perlu sabar mencari pakaian /aksesori yang di impikan. Selongkar setiap rak satu persatu. Jangan malas! kerana sebahagian kedai tidak mengasingkan barangan mereka mengikut jenis.& jangan pula malu bertanya sebab kadang2 tu sebahagian barangan tidak diletakkan di rak.
Mencuba pakaian/aksesori
Sebelum membuat pembayaran, korang WAJIB mencuba dahulu sebelum beli. Jangan jadi malas lagi ye, sebab korang perlu ingat saiz pada pakaian tak tentu sama dengan saiz pakaian korang yang lain.
Polisi pemulangan
Risik-risik juga pada tuan kedai berkenanaan polisi pemulangan sekiranya berlaku kerosakkan. sebelum ni ,pernah terjadi pada Fath, sekali kan boss kedai bagi 50%! class nok!.
Tuesday, August 10, 2010
Kekasih Sempurna
06/08/2010(Friday)-Hari segala penghulu hari ni adalah terbaik, & menjadi kegemaran ku tersenyum melihat para jejaka menunaikan solat jumaat, yang tak "hensem" pun nampak kacak, macho, cool, segak & etc.*kipas baiknya.... saja la intai sikit...tengok2 kalau ada calon suami sebagai ketua keluarga nanti (kasi garu sikit mata hati tu,ngeeeeeee).Berangan la dulu sebelum melangkah selangkah kedepan & terus kedepan serta pandang depan. Sounds like nak cari MR.RIGHT je makcik?
Perfect?Mahukan yang sempurna memang tak dapat la wahai kawan2, If korang mahu kekasih/suami/isteri tu sempurna paras rupa & perilakunya lagi menepati kehendak hati U all.. Tetapi, tiada kesedaran diri tatkala tercari-cari idaman hati? Kata kunci & mangga nya, sebelum angan-angan terus meninggi menggunung, apa kata korang 'CERMINKAN DIRI' tu dulu ye,nak je cari Miss world..taste melampau, tapi diri tu Maskulin ke?Jom berkias..hahaha!!!!
Mereka Bukannya Koleksi Piala Juara
-Korang tidak la sehebat mana pun.. sekiranya gagal mendampingi seseorang 'cewek' atau 'cowok' sebagai pasangan. Sepertimana yang pernah I nyatakan pada seorang member ala bagus kononnya,"kalau kau cari pasangan yang sempurna..mu tu macam Aaron Aziz ke?cukup cantik?, so tak payah la memilih ber-demand sangat,ok".Renungi kembali kebuntuan yang bersarang dalam kepala otak U all tu. Korang nak perkatakan rontaan jiwa akan keinginan memikat pasangan sempurna. Ini menggambarkan diri U all tu yang sebenar iaitu individu yang hanya menghargai kecantikan luaran berbanding dalaman.Last2 kesunyian la ala loser.
U all membazirkan masanya
-Tiba2 korang dihambat kekesalan tak sudah kerana pasangan yang U all dampingi tu tidak lah sehebat pasangan impian korang tu..*tengok la cermin betul2 wei. Fath nak tanya sikit, Mengapa korang mempelawanya untuk 'dating'? Mengapa korang memulakan hubungan dengannya? & mengapa juga korang membazirkan masanya? jadi..,jalan terbaik yang korang pilih adalah dengan meninggalkannya.BSK!!! (Bagus Sangat Ke!!!), Sungguh menyedihkan sebab korang cuma memandang keinginan sendiri semata-mata. Yang pasti lepas tu menyesal bila tarikan dambaan yang U all impikan juga GAGAL membahagiakan korang.* Tragis nya aku yang BAHAGIA.weeee.
Pertimbangan akal yang wajar
-Sebelum korang membuat keputusan yang drastik, tanyakan pada diri dulu, adakah pasangan U all menarik? Tidak hangat tetapi menarik.Adakah korang menarik pada matanya?, Jika sama2 ok, teruskan la hubungan baik korang tu. Faktanya, korang tak akan dapat 'sejiban orang' ber-status 'A' kerana korang kena berpuas hati yang di depan mata tu ber-statuskan 'B'. Keputusan di tangan korang.* dah tua nanti korang berkedut sama2 juga.ingat tu.
Beralah kepada tuntutan Keinginan
-Korang dikira bertuah jika berjaya menjalin hubungan dengan ramai teman istimewa. Sama ada sedar atau tidak, sejujurnya korang KABUR dalam berdepan dengan apa juga isu yang bakal ditimbulkan oleh teman istimewa U all tu. Akhirnya, jika korang berhasrat untuk meninggalkan si dia kerana kekurangan perkara kecil, sepatutnya korang perlu menyematkan di minda 1 perkara je, Tiada sesiapa yang perfect termasuk la korang juga. *Kalau nak yang baik, jadikan diri tu baik dulu, baru adil, sebab Allah swt Maha Adil.
Thursday, July 29, 2010
Dadih

Resepi 'ADADEH'
1-Agar-agar 250 gm (cap burung layang-layang terbaik!)
2-Air
3-1 Tin susu cair
4-1 tin susu pekat
5-1 Tin susu pekat
6-garam7-perisa (Jagung ,Strawberry, coklat, dll)-brand NUR sedap!

cara-caranya:-
1-Agar-agar dibahagikan kepada 3 bahagian (bahagi 1/3)
2-Masukkan air sebanyak 250 ml
3-Masakkan agar-agar sehingga hancur dalam air tadi.
4-Kecilkan api then masukkan 1 tin susu cair & susu pekat
5-bubuh sedikit garam
6-kemudian tuang kan perisa yang korang pilih.
7-tuangkan kedalam mangkuk2 comel ke..mangkuk hayun pun boleh..
8-sejukkan secara semula jadi then masukkan dalam peti ais.
9-Siap untuk dimakan!

p/s:Ayat biasa..Selamat mencuba!!!
SINGLECIOUS
29/07/2010(Thursday)-Mencuba bertahan dalam hidup yang penuh dengan pancaroba ni memang menguji diri dalam semua segi.Segi tiga?segi empat?Segi kolej?uik?!bukan ye.Umpama Cerah, mendung, Gelap keadaan cuaca ,sama la juga lurus ataupun liku-liku perjalanan yang kita tempuh ni, tak bermakna membayangkan mati je.
Bahagia dalam status 'bujang' tu pelik tapi benar!Mungkin ada setuju mungkin tak, cos mungkin korang adalah mangsa keadaan @ korang la Pemangsa. Ada caranya kalau u all nak 'bujang' dari relationship,Elok datang kene la elok pergi juga.Ikut dalam kamus "jiwa Raga", bermaksud...bertindak mengikut atas budi bicara la.*aku reka statement ni.haha!
Break off/Break down/Break heart/Break out without this, is $%^&&@$^$&$%!!!
-Buat temu janji: Sebelum memulakan proses memutuskan hubungan, elok membuat janji temu dulu sama ada melalui khidmat ringkas (SMS) atau telefon. Minta si dia luangkan waktu untuk membicarakan sesuatu yang penting antara korang berdua. *jangan gopoh!relax sudah.
-Temui Si Dia:Cara terbaik menyampaikan hasrat memutuskan hubungan itu adalah bersemuka kerana ia menampakkan KEDEWASAAN korang dan si dia. Ia juga memudahkan korang berdialog & merungkaikan permasalahan bersama.Putus kasih menerusi SMS, telefon,e-mel atau surat hanya akan membuat pasangan keliru malah menganggap korang PENGECUT & TIDAK BERTANGGUNG JAWAB terhadap komitmen. Secara tak langsung ia akan meninggalkan kesan negatif.*100% aku dapat melalui telefon.so negatif ,kan.
-Jujur:Sampaikan secara jujur apa yang korang rasakan terhadap hubungan korang saat itu sama ada BOSAN atau TIDAK SENANG dengan perhubungan selama ini. Apa pun, Ia haruslah ditutur dengan cara berhemah. *mulut cakap lain, otak fikir lain, dalam hati lagi la lain.haiya!
-Sampaikan alasan khusus:Alasan yang disampaikan harus mengkhusus dan sangat kuat untuk menyokong keputusan korang. Kalau perasaan sudah jitu untuk memutuskan perhubungan, jangan goyah atau membuka peluang semula. Sampaikan ALASAN KUAT tanpa pengaruh setan-setan atau mana-mana pihak.*Ini tidak ,disebalik alasan tu ada alasan lain.Cisdel!

-Bercakap baik:Jangan ungkapkan kata yang mengecewakan perasaannya atau berunsurkan sindirian. Meskipun korang memiliki orang ketiga, jangan nyatakan ia sebagai alasan sebenar kerana ia sangat menyakitkan hati. *kalau lepas tangan je lagi sakit.
-Kendalikan Emosi:Emosi harus dikawal pada pertemuan terakhir itu kerana menjerit @ berlawan kata-kata dengan keras tidak akan menyelesaikan keputusan yang bakal diambil itu. Sebaiknya hiburkan hatinya kerana dia mungkin akan menangis ketika mendengar kata-kata korang, profesional la beb. Sekiranya berbicara dengan lembut dari hati ke hati, tanpa emosi membuak-buak, lambat laun si dia akan memahami.InsyaAllah. Berbicara pada alasan yang logik dan gunakan bahasa yang menenangkan seperti..."Saya harap awak mengerti keadaan diri saya saat ni. Saya yakin awak akan bertemu seseorang yang lebih baik daripada saya....", *lepas tu GILA TALAK.ayoyo.
-Ucapkan rasa terima kasih:Sebaiknya, sampaikan penghargaan dengan ungkapan terima kasih untuk hubungan yang sudah anda jalin bersamanya. Misalnya, "Terima kasih kerana sepanjang 2 tahun kita bersama. Saya minta maaf kalau ada kekurangan diri yang tidak menyenangkan awak" atau "saya sudah menganggap awak seperti adik sendiri (uik?! kahkah), jadi kalau ada masalah, jangan segan hubungi saya" * tapi remove from all those things.lawak DAJAL durjana.

p/s:belajar & sedarlah.
Bahagia dalam status 'bujang' tu pelik tapi benar!Mungkin ada setuju mungkin tak, cos mungkin korang adalah mangsa keadaan @ korang la Pemangsa. Ada caranya kalau u all nak 'bujang' dari relationship,Elok datang kene la elok pergi juga.Ikut dalam kamus "jiwa Raga", bermaksud...bertindak mengikut atas budi bicara la.*aku reka statement ni.haha!
Break off/Break down/Break heart/Break out without this, is $%^&&@$^$&$%!!!
-Buat temu janji: Sebelum memulakan proses memutuskan hubungan, elok membuat janji temu dulu sama ada melalui khidmat ringkas (SMS) atau telefon. Minta si dia luangkan waktu untuk membicarakan sesuatu yang penting antara korang berdua. *jangan gopoh!relax sudah.
-Temui Si Dia:Cara terbaik menyampaikan hasrat memutuskan hubungan itu adalah bersemuka kerana ia menampakkan KEDEWASAAN korang dan si dia. Ia juga memudahkan korang berdialog & merungkaikan permasalahan bersama.Putus kasih menerusi SMS, telefon,e-mel atau surat hanya akan membuat pasangan keliru malah menganggap korang PENGECUT & TIDAK BERTANGGUNG JAWAB terhadap komitmen. Secara tak langsung ia akan meninggalkan kesan negatif.*100% aku dapat melalui telefon.so negatif ,kan.-Jujur:Sampaikan secara jujur apa yang korang rasakan terhadap hubungan korang saat itu sama ada BOSAN atau TIDAK SENANG dengan perhubungan selama ini. Apa pun, Ia haruslah ditutur dengan cara berhemah. *mulut cakap lain, otak fikir lain, dalam hati lagi la lain.haiya!
-Sampaikan alasan khusus:Alasan yang disampaikan harus mengkhusus dan sangat kuat untuk menyokong keputusan korang. Kalau perasaan sudah jitu untuk memutuskan perhubungan, jangan goyah atau membuka peluang semula. Sampaikan ALASAN KUAT tanpa pengaruh setan-setan atau mana-mana pihak.*Ini tidak ,disebalik alasan tu ada alasan lain.Cisdel!

-Bercakap baik:Jangan ungkapkan kata yang mengecewakan perasaannya atau berunsurkan sindirian. Meskipun korang memiliki orang ketiga, jangan nyatakan ia sebagai alasan sebenar kerana ia sangat menyakitkan hati. *kalau lepas tangan je lagi sakit.
-Kendalikan Emosi:Emosi harus dikawal pada pertemuan terakhir itu kerana menjerit @ berlawan kata-kata dengan keras tidak akan menyelesaikan keputusan yang bakal diambil itu. Sebaiknya hiburkan hatinya kerana dia mungkin akan menangis ketika mendengar kata-kata korang, profesional la beb. Sekiranya berbicara dengan lembut dari hati ke hati, tanpa emosi membuak-buak, lambat laun si dia akan memahami.InsyaAllah. Berbicara pada alasan yang logik dan gunakan bahasa yang menenangkan seperti..."Saya harap awak mengerti keadaan diri saya saat ni. Saya yakin awak akan bertemu seseorang yang lebih baik daripada saya....", *lepas tu GILA TALAK.ayoyo.
-Ucapkan rasa terima kasih:Sebaiknya, sampaikan penghargaan dengan ungkapan terima kasih untuk hubungan yang sudah anda jalin bersamanya. Misalnya, "Terima kasih kerana sepanjang 2 tahun kita bersama. Saya minta maaf kalau ada kekurangan diri yang tidak menyenangkan awak" atau "saya sudah menganggap awak seperti adik sendiri (uik?! kahkah), jadi kalau ada masalah, jangan segan hubungi saya" * tapi remove from all those things.lawak DAJAL durjana.

p/s:belajar & sedarlah.
Subscribe to:
Posts (Atom)