Monday, February 14, 2011

Shooting Disebalik Nama Jalan- Munshi Abdullah (part 2) & Hang Jebat


25/01/2011(Tuesday)
- Bersambung semula shooting host program ni, setelah cuti 2 minggu. tapi malang tak berbau tapi gelap.haha! minggu hujan la. seminggu hujan ,melepak je la.stress ye bukan suka.Tempat sama lagi, shoot di Melaka tak sudah, Melaka kan banyak jalan yang menggunakan nama tokoh. Shoot host program ni ala santai, sebab shoot ada slot di pantai Siring,Pulai.

26/01/2011(wednesday)-cuaca tak cantik layan pantai tak sudah, kesudahan nya boring.

Rocker sesat memancing?

27/01/2011(Thursday)- interview Che Ad, pemilik homestay a.k.a sponsor penginapan kami.siapa nak dengar pantun non-stop 24/7 jumpa la Che Ad ni tau!





sempat la juga shoot sikit untuk episode jalan Hang Tuah

scene paling kelakar!!!

28/01/2011(Friday)-Mendung,shoot juga, tak ada pilihan dah.oleh kerana hujan dari pagi ke malam, akhirnya director decide kami shoot ke Singapore!! finally ke sana juga. tapi perihal kerja la bukan untuk holiday. 3 hari memang tak sempat nak jalan-jalan & shopping, siang masa untuk bekerja, malam? kedai tutup sudah. Salah hari juga, turun masa Tahun Baru Cina, habuk pun tak ada. sedih je. Bukan rezeki maka next time je la.

31/01/2011(Monday)-Singapore!!! by car & bus. memang letih teramat kendong beg seberat orang.petua kurus juga.

Jejak je di Singapore terus lepak minum di kaafehaus,Bencoolen ,on9 twitter.gila.

berpinar tengok map.

02/02/2011(Wednesday)-Ini lah dia.... Munshi Abdullah Avenue ,sebelah lorong pula ada Munshi Abdullah walk. demi signboard ni Kami sanggup datang negara singa ni, Macam bangang je kan? ops?! silap ye..setiap signboard nama jalan diberi nama ada sebab, apa sebabnya? itu kerja kami. Tengok la tayangannya nanti.


orang kuat host program ni. *mereka gila kuasa 10

sangat teruja! korang cari la benda alah ni di Malaysia, gugur rambut la.*sedap!!!

laluan MRT

Lupa la ni area mana

Kalau di Malaysia ada undang-undang macam ni kan , sihat. *merokok di kawasan tertentu je.


sempat bergambar depan vivo je.. Sentosa ??? menjadi impian lagi.

Back to Melaka, langsaikan hutang shoot Jalan Hang Jebat pula, no skrip, sampai je lokasi Director terus tulis skrip, 5 minit Fath menghafal.Banyak-banyakkan la makan kismis ye.

Jalan Hang Jebat atau dikenali sebagai Jonker walk!! Bangang la kalau datang bandar hilir tak singgah. tapi lagi bangang datang tak beli apa-apa. shoot seharian. Workaholic ke?

serupa macam pelancong dah.

06/02/2011(Sunday)-sehari sahaja kitaorang habis kan episode jalan Munshi Abdullah & Jalan Hang Jebar di KL. hebat!

2 minggu berturut-turut kerja non-stop kehulu kehilir, Melaka-Singapore-Melaka-KL , 1st time agak meroyan berjauhan dengan orang-orang tersayang, lepas ni kerja lagi pulun, tabah & sabar jawabnya.

p/s:baru free untuk bikin entri, ada lagi entri lain lepas ni, huffffffffffff.

Tuesday, February 8, 2011

Miss ya!!!!!!


i'm back!!! sekian lama menyepi bukan lupa diri, tapi menyendiri ...*tak lawak. Kalau Fath tak mention pun, korang lebih genius tahu, Fath sibuk kerja.Thanks kerana memahami *perasan la kau,Fath. 3 minggu senyap bagai 3 bulan. maaf kan beta ya.;) kepada yang setia menanti & rajin lagi baik hati membaca blog Fath, terima kasih sangat2.Tak tahu nak cakap macam mana lagi, *tak bodek,tulus dari hati.

2 minggu lepas Fath shoot host program Disebalik Nama Jalan-Tv2 di Melaka,Singapore & KL. seminggu sebelumnya pula cuti,terus tak ada cerita,.hahaha!*terjujur pula.Banyak pix yang Fath nak upload & banyak cerita sepanjang travel host program 2 minggu lepas, tapi masih tak sempat nak membebel cerita sendiri dekat sini.

Fath ada cerita nak kongsi bersama, arghhhhh.Fath cuba taip sambil tidur.-_- *gelak tutup mulut.Siapa sangka ,blog ni kena bikin entri marathon lagi.mata dah sepet ni.ok.bye.

p/s: jumpa lagi disini nanti.xoxo

Tuesday, January 18, 2011

Shooting TV3 re-branding

menari bersama Syed dalam kategori 'drama'

17/01/2011(Monday)-Sepasang kekasih romantik..keluar dinner.candle light dinner ye. Siap ada live band lagi... dan....sepasang merpati sejoli ni menari sakan bersama lagi....wah3!bukan main rapat lagi.. tapi bukan betul2 pun. Hanya untuk shooting TV3 re-branding je. Agak macam nak berguling bila di beritahu kami kena menari. hahaha! yakin benar la.. I ni sememangnya tak tahu menari, buat poco-poco pun jadi shuffle ,kahkah! Syed pun sama, terkejut cuak dia, tapi best! pengalaman pertama kami menari untuk tvc. Selamat datang ke dunia modeling, syed!first tvc buat dia.nice to meet U.


I suka u make up mata i, cantik!

pagi2 on the way ke set dah start maki hamun.. Signboard Shah Alam saja buat orang sawan. Dah la calltime pukul 6.30 am, tapi pukul 6 am baru gerak dari rumah,sebab tertidur balik. hari isnin pulak tu..lalu LDP lagi. sumpah, serabut! siap sesat berpusing-pusing dekat 2 3 kali tempat yang sama. rupanya i lewat 15 minit je, bukan 1 jam sebab calltime rupanya 7.30am. Kelakar la.

sangat berbakat student Uitm ye. yang tengah tu student Uitm Shah Alam & Syed student Uitm Melaka. Kedua-duanya ponteng kelas.kantoi! I kan kakak.

team work production ni bagus! dalam 7 kategori dan berpuluh-puluh scene dalam 1 hari di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam ni.

scene Fath & Syed dalam 10 minit je untuk shoot tapi kami tunggu seharian untuk second last scene ,kami sebagai featured talent pula tak pasal-pasal. Apa pun I selalu enjoy shoot tvc.

p/s: nantikan tayangan Tv3 re-branding ni pada bulan March nanti. tapi korang kena tengok betul-betul ,jangan sampai kelip mata..sebab ada lebih kurang berbelas-belas kategori dalam masa 15 saat sahaja ditayangkan. gila!.

Sunday, January 16, 2011

Ranggamuffin by Selah Sue




Siapa Selah Sue? sila rajin google, yang pasti gadis berusia 21 tahun ni memang superb talented bagi Fath! dah mula jatuh cinta dengan genre yang dia bawak.so u all layan la video LIVE nyanyian Selah Sue ni.Ada je video clip ranggamuffin ni tapi lebih terhibur yang live.




p/s: Yang pelik tu la menarik

Wednesday, January 12, 2011

video shooting A1 Bihun




Kenapa video ni jadi entri kali ni? kenapa? Bukan ke last year punya shoot ni,Fath nak jawab pun malu.video ni dah lama dalam phone, tapi kenapa baru nak upload????why?tell people why?? berpeluh nak jawab ni, cuba ceciter..(sambil goyang-goyangkan tangan lemah lembut). macam ni lah...Hari tu nak upload video lain, ter-upload video ni. Tak berdosakan..??huhu. Ini lah cara Fath bekerja. macam dalam video ni la..tapi ,apa yang Fath ngarut ,cakap apa entah dalam video ni..layan....


p/s: bukan di Tv3 tapi di Tv9

Tuesday, January 11, 2011

Anugerah Juara Lagu 25


09/01/2011(Sunday)-Akhirnya.... ye,akhirnya Fath dapat datang ke AJL25 , kalau ikutkan Jadual Fath berada di Melaka lagi, shooting host program ' Di sebalik Nama Jalan TV1', last minute director buat rombakkan jadual, happy sampai tergagap.haha! seminggu di Melaka rasa macam sebulan wooo. Rindu orang-orang KL sampai nak nangis, drama nya!haha! Lagi excited Fath ke AJL bersama seseorang yang gila popular di Brunei! siapa? kerabat raja? hohoho.... dia lah..ASHRAFF RANNIL, he's a dj radio, host ,model & actor. Statement berkali-kali ni.Si Cherap ni turun Malaysia terus jadi orang biasa, macam Hannah Montena.kahkah. WAJIB jumpa Fath tiap kali & berkali-kali datang KL. Macam ASK2010 Fath main redah je. tapi si Cherap ni boleh berdebar-debar,gigit jari kaki dibuatnya, rupanya di Brunei mana ada event sebesar AJL. Mana taknya..bila Artis Malaysia turun Brunei , disambut macam artis Hollywood ok.


Sebelum apa-apa terjadi, kami ke salon bersama buat berkali-kali.Balun je salon mana pun, ala...takat nak buat semak atas kepala je.tengok la rambut kami, semak macam dekat stadium.


Sorry Fath tak lalu dekat red carpet ,Cherap kurang selesa. maka ikut tepi pun boleh. Hannah Montena kan...kihkih. Apa yang mendukacitakan semasa kami di pintu depan pintu masuk Stadium, orang berebut-rebut selama 1/2 an hour nak masuk, padahal kami duduk di kerusi yang dah ditetapkan, tapi kena tunggu sehingga penonton VIP lari ke pintu lain. Tak cukup pintu kot.

sangat teruja dengan stage ala TRON, sounds system pun bagus, orchestra superb,lighting mempersonakan & performance fanalis memukau.

siapa ni?? bukan ke U ni..kembar Hafiz AF di stage tadi?? kenalkan Aziz Hazmi .gimik persembahan Hafiz menjadi. tahniah! semua lagu dipertaruhkan tu semua Fath suka. Terutama 'Hanyut' & Drama King'. Tapi 'Tolong Ingatkan aku" tanpa diduga. Tahniah juga walaupun 70% audience bangun tinggalkan tempat duduk semasa juara sedang berucap. Fath saksinya ok.. Tepuk tangan laju-laju untuk persembahan Yuna, Faizal Tahir, API, Black, Hafiz, Meet uncle Hussien, Tomok & Bunkface. Senyum je untuk Shahir, adira & Ana Raffali. *pendapat Fath ,pasti audience pun setuju.

Kami sanggup tak ke post party, semata-mata nak spent time berempat makan diluar. Kami rapat since 2008 lagi macam dah rapat 20 tahun kot.

eh?'jam merah'?

p/s: Ayat 'berkali-kali' digunakan 'berkali-kali' untuk entri ni.

Friday, January 7, 2011