Friday, January 22, 2010

Suri Cruise


Suri Cruise. korang kenal tak? kalau yang tak kenal tu, kanak-kanak comel ini anak kepada Tom Cruise dan Katie Holmes. 1st time Fath tengok budak ni , memamg tak putus-putus memuji beb. Comel gila!!tak pernah Fath tengok lagi anak celebrity secomel ni. Sekarang dia pun dah membesar, terselah kecomelan dia. Fath nak anak secomel macam ni juga!Deng sokong tak?ahaks!! Fath tak minat nak puja artis atau sesiapa kecuali Fath betul -betul tertarik atas kecantikan , attitude,keistimewaan , fashion, lifestyle tak pun kepintaran mereka.Kiranya Fath nak bagi tahu korang la ni , yang Fath minat si Suri ni, so dengan bangga nya..hihi...fath jadi folower blog fashion Suri. singgah wei..jangan tak singgah.

http://suricruisefashion.blogspot.com/






Tak sabar nak tengok Suri membesar...mungkin dia akan jadi icon fashion tak pun pelakon..apa pun dia dah pun digelar celebrity what, sekarang ni...1 dunia kenal dia.Bila la Fath dapat jumpa si Suri secara live.dapat sentuh pipi dia pun jadi lah. impossible kot..haha!ok la wei, Fath nak sambung buat kerja...daaaa....

Thursday, January 21, 2010

wonder girls-nobody



fuh.....akhirnya Fath dapat gak lagu ni, 1st Fath dengar kat radio , tapi terlupa pulak siapa yang nyanyi lagu ni, nak tanya orang , confirm diorang tak paham. ye la...kalau Fath nyanyi kan balik lagu tu , mahu terguling-guling diorang dengar suara Fath yang tak sedap ni.dari diorang tahu lagu tu terus tak ingat.korang nak dengar ke??haha!!. ok la...tak nak merepak meraban kat sini...korang layan la lagu yang Fath suka ni....lagu lama di beri nafas baru.

Tuesday, January 19, 2010

Topic best wei....



19/01/2010(Tuesday)-HAPPY BIRTHDAY JENNY!! sweet and sour...hahaha!!semalam birthday Izzat! Fath tak bagi tahu semalam dalam blog ni tapi wish dalam Facebook dan Blackberry messager(BBM). ramai ye lahir dalam bulan january ni..apa pun , alhamdulillah di panjangkan umur ni.

Sebenarnya nak cerita pasal pagi tadi, masa on the way menuju ke kantor, layan la radio hotfm. Si Farah Fauzana dan Faizal Ismail rancak berborak pasal topic berita hari ni, ramai lah pendengar yang talifon. Korang dengar tak pagi tadi? 'seorang pelanggan melecur 40% disimbah air panas yang tengah menggelegak oleh pekerja restoran'...pergh!!dasyat tu!! bayangkan kalau ia berlaku depan mata korang. Tak ternganga dibuatnya. Fath dengar pun terkejut. mungkin biasa bila kita dengar orang disimbah asid kerana cemburu ataupun dengki, tak pun orang melecur pasal air tertumpah ke...apa ke...tapi yang ini pasal air teh tarik lambat sampai.

Bunyi macam kelakar tapi itu lah hakikatnya. Tidak dinafikan si pelanggan ini mengaku dia meninggikan suara pada pekerja tu. Bagi korang, siapa yang salah?Bagi Fath kedua-duanya. Si pelanggan tak tahu sabar, ikut amarah dan mulut pula main lepas je, si pekerja restoran pula hilang sabar dan ikut amarah. Si pekerja itu patutnya buat bodoh je la, dan si pelanggan itu kalau tidak boleh tunggu, bla je la dari restoran tu. Tengok...seorang dapat sakit , seorang lagi di kenakan tindakan.



Kerana ikutkan amarah, kedua-dua dapat penangan.Kalau seorang yang mengalah , pasti tak akan jadi macam tu kan.Mungkin agak sukar untuk bersabar kerana telinga sudah bingit dengar suara laser tu.Tetapi haruslah belajar bersabar dan control amarah.Paling senang sebenarnya maafkan sahaja. Biarlah pelanggan itu bising-bising, nanti dia akan diam la.Kejadian ini mengajar kita supaya kawal amarah dalam apa pun situasi .

Banyak lagi perkara yang melibatkan emosi boleh jadi kepada tindakan luar kawal....renungkan lah. Sesuatu Yang buruk itu boleh dicantikkan , semua atas kehendak dan keikhlasan. Have a nice day!!!

Sunday, January 17, 2010

Casting Colgate TVC

Bersama Alliya(model fair & lovely)

16/01/2010(saturday)
-OFFDAY!! Bukan senang Fath nak cuti di hari minggu ni, Cuti ini tidak dirancang pun, sebab sudah 8 hari Fath bekerja non-stop dan belum cuti , maka hari ini sesuai lah untuk merehat kan diri sedikit dengan family dan kawan-kawan rapat (yang mana sempat).Kebetulan kelmarin Fath dapat message dari 1 production ni, ada casting untuk TVC COLGATE pada 15 & 16 hb. So , Fath datang lah hari ini..Ditemani oleh jiran yang paling rapat, Engku. Kami sudah lama tidak hang out sama-sama. Engku ni lah orang pertama yang menemani Fath casting dan shooting (GARNIER) dulu.


Muka isi borang


borak sampai ketawa besar.hahahaha!!

ini untuk iklan gigi la...bukan rambut...hahah!!

baca skrip, akhirnya buat skrip sendiri hahah!!

ukur...jangan tak ukur...

Muka tengah tunggu giliran dipanggil...

1....2.....3...action!

memandu untuk cari makan

Seperti biasa kalau nak pergi casting memang tak makan lagi, Dah pukul 3 petang baru nak cari makan. Fath memang selalu macam ni...kami terus ke Bangsar sebab itu lah tempat yang paling dekat nak cari makan dan tidak sesak. Tukar aju dulu, bukan apa, tak selesa la pakai baju office ni, demi casting tadi sanggup je.Mula-mula makan nasi di foodcourt , lepas tu terus pergi Paparich, bukan apa nak minum air fresh milk with longan je...Engku pula yang teruja dengan air tu..hahah!!


Korang mesti kena cuba air fresh milk with longan, dan steam bread di Paparich.

Inilah Engku

Tidak rancang pun untuk turun ke Wangsa Maju , alang-alang sebenarnya, kami lepak minum la dengan Nikman pula, patutnya ada sorang lagi....mana dia???Nahar kau belum balik so...aku kena balik , kawan mama aku datang rumah lah..harus pulang...

muka kenyang semua ni..

Sepatutnya Fath jumpa kawan seorang lagi Liz. Fath rindu sangat nak jumpa dia. Dia lah yang memperkenalkan dunia modelling ni.Thanks to her so much , by the way, dia sudah pulang ke Uitm, dah nak start class sudah.. next time la jawabnya...Apa pun Fath seronok untuk hari ini, dapat jumpa kawan-kawan lama dan spent time dengan family. alamak rindu Deng la. dia bercuti di GentingHighland bersama family nya.Best2! nanti kan post pada hari lain pula ye. selamat berhujung minggu!

Friday, January 15, 2010

Hari putih ku


14/01/2010(Thursday)-sudah hari khamis la...cepat masa berlalu, due date untuk summit system report nak dekat sudah.Nasib baik sudah siap tinggal nak buat double check je lagi.Pagi-pagi dah pergi gym...mari sihatkan badan!!,


Bersenam di waktu pagi memang segar

lepas tu terus pergi kerja dengan memakai baju dan tudung putih.sebelah malamnya Deng datang di kantor, meluangkan masa bersama, terima kasih Deng kerana datang teman, terus pula pergi ke rumah kakak Deng untuk menemui SABTU!!kucing kesayangan mereka yang berwarna putih- siam.menemui Abah dan Emak Deng disana, masa diluangkan bersama amat menyenangkan. Tidak sabar rasanya nak cuti sabtu ni, meluangkan masa bersama keluarga ku yang tercinta di rumah.Sudah jam berapa ni, Fath nak sambung buat kerja la, Nanti Fath cerita lagi ya!have a nice day!!


inilah SABTU, sayang ku yang baru,huhu

santai....

SABTU oh...SATURDAY...