Tuesday, December 6, 2011

purple


26/11/2011(saturday)- kenapa tajuk entri purple? bagus soalan tu, sebab dah tak ada tajuk.sekian.

saja nak cerita pergi kenduri belakang rumah je. bukan setakat masa bersama family, tunang, saudara mara & mahu pun sahabat handai, kini di iratkan lagi bersama-sama jiran pula.hahaha!! hidup bermasyarakat.


make-up setiap kali ke majlis gituww.. kuku hitam tu bukan tak basuh..saja lepas geram, setelah penat bekerja.

nak celoteh apa lagi pun tak tahu, mata dah berpinar asyik menghadap skrin bercahaya terang ni. mohon undur diri.

Monday, December 5, 2011

Shooting Puisi Cinta Rubiah






21/11/2011(Monday)- Sekian lama menyepi dalam dunia drama, akhirnya Fath menjejakkan kaki ke lokasi untuk drama terbaru untuk RTM - Puisi Cinta Rubiah, Drama 26 episode masih dalam pembikinan sehingga january 2012, walaupun Fath hanya terlibat untuk 4 episode sahaja iaitu episode 3-6 ,Fath dapat memahami hampir keseluruhan cerit
a ni. Fath sebagai Nadia iaitu ahli di pusat pemulihan akhlak yang sangat baik ye. haha! watak paling baik yang pernah Fath bawa. kata baik tapi masuk pusat pemulihan akhlak,apa kes? tunggu tayangan nya insyaAllah hujung tahun depan.ahaha!! Drama ini dilakonkan oleh pelakon utama Intan Ladyana sebagai Rubiah, hero -Zizan Nin, Mustafa Kamal, melor Kaza, Ixora Chern dan ramai lagi.

oh ye, ini kali ke-2 Fath lakonkan watak perempuan mengandung, kali ni lebih dramatik.. siap nak ter-bersalin

Air tenaga setiap kali kerja melebihi 8 jam sehari


bekalan wajib setiap kali ke lokasi set drama

p/s: jangan mengharapkan drama ni keluar cepat, setiap drama untuk RTM akan menunggu 'Q' setahun. sangat tak 'fresh'.

cukur jambul






20/11/2011(sunday)- love weekends :) masa bersama dikalangan yang tercinta. Pasti hari minggu korang pun sama, harap ia sentiasa indah pada setiap minggu.amin. Fath senang meluangkan masa bersama sepupu & saudara mara, agenda kali ni lebih kepada ahli baru buat pasangan sepupu tiri Fath, Ayang & hubby die -baby kayla dan juga abang red
ha & isterinya-baby redha.Cukur Jambul pertama buat anak 2 pasangan ni. terserlah kebahagiaan di muka mereka meraikan anak. Nak doa untuk diri sendiri,leh?hihi.amin.



cukur jambul. erm... mengikut kefahaman Fath, mengikut tuntutan islam iaitu aqiqah kambing je. seekor kambing untuk anak perempuan, dan 2 ekor kambing untuk anak lelaki. ini bertujuan untuk dijadikan kenderaan buat anak kita di akhirat nanti , lain pula bagi adat melayu, ada sebahagian dikalangan kita mengikut cara adat melayu dengan pelbagai cara dengan memotong sedikit rambut la, marhaban la, macam-macam....


baby kayla

baby Rauf

kami terkam kudap-kudap ni dulu,hoho


kiri : kak farah(makwe orang), enya (isteri orang), Fath (tunang orang) ;p

p/s: ikut la masing2 nak ikut cara mana, Fath semestinya ikut cara islam tak membazirkan.

Tuesday, November 8, 2011

ASK 2011



With Ixora Chern

04/11/2011(Friday)- Golden Glamour katanya... ok. 2 hari sebelum majlis cari baju. cari dalam almari.hahahahaa!!! Kalau ada masa 2 minggu ,design dan jahit sendiri la. Hati masih tak puas, nak buat dress untuk red carpet sendiri. tapi sekarang ni masalahnya MASA.insyaAllah tiba suatu harinya nanti.

Ramai yang tonton ASK 2011 kan.... ramai komen macam-macam. Fath nak komen.. Fath happy sangat sepanjang majlis sampai la ke post party sebab jumpa ramai kawan & dapat kenalan baru. oh ye, baju Che Ta cantik. :D

Kali ni masuk dewan terus bergerak secara berjemaah bersama-sama ixora chern, Tony Eusoff , Rizal & manager. potpetpotpet non-stop macam selalu. hoho. Antara sebab utama Fath datang majlis. Tak ada lambaian ke arah camera, tapi meriah lambai kawan-kawan. muahhaha!!

50% layan Mr. Tony tahap leleh air mata.. baru tahu dia ni gila lawak. Harap kita dapat berlakon sama. please.please.please.haha! Asyik pandang kiri kanan, toleh je belakang, lagi gila! Liya & Asry duduk betul-betul belakang Fath. Kami bukan kaki cantik gosip hal orang sekeliling. gosip perihal sesama sendiri pun dah tahap nak guling-guling atas red carpet. Rumah kami dekat kot. tapi macam setahun sekali je jumpa.... lagi teruja.. jumpa kembar paling cantik! bukan baru kenal tapi dah 3 tahu lost contact. Syukur alhamdulillah jumpa balik. Kerana Liz (kiri) lah Fath masuk modeling kalau tidak, Fath kerja office je kot sampai sekarang. serious. so excited! Jumpa Kak Kay Maria!! Dia pulak setahun paksa Fath berlakon,akhirnya disini sekarang, bayangkan betapa sayangnya dekat mereka ni. Allah swt akan balas jasa korang.xoxo.




My fav daddy!! Mr.Roslan Salleh! Abah Diana ( Nilai Cinta Diana)


Kesimpulannya.....Janji ada kawan-kawan majlis bosan macam mana pun tetap meriah. orang senyap pun Fath nak ketawa.Para media pun boleh tahan jugak, baru nampak dah gelak-gelak. apakah?!hahahaa!! dear Rotikaya ,korang memang kahkahkah!!! si Simba la yang kecoh tu.

Sorry kalau uolls bosan dan macam tak faham entri ni, Fath memang celotoh hal sendiri semasa majlis , dah bersepah-sepah cerita pasal ASK 2011. Sini bukan ruang gossip uolls.

p/s:malasnya nak edit pic:)

Tuesday, November 1, 2011

blogger & pelakon

01/11/2011(Tuesday)- Punya la berzaman jari jemari tak bersenam atas keyboard, baru tahu ada cerita baru dari blogger. entry yang di tulis pada 29/10/2011 sangat diluarkan kotak otak Fath. Entry oleh hasrulhassan ni secara tak langsung membuatkan Fath nak aktif menulis blog semula, bukan kerana tajuknya tapi Fath tersedar sesuatu yang tak boleh nak dipisahkan. Iaitu antara dunia hiburan (kerjaya) dan dunia blog (hobi). Walaupun Fath bukan penulis yang baik tapi Fath tetap suka nak bercerita dan berkongsi rasa.

Bukan sengaja rehat menulis blog tapi faktor masa dan commitment membuatkan Fath tak dapat bahagikan masa untuk hobi, sehingga apa sahaja yang sempat Fath buat itu, dipanggil hobi.

Fath akui Fath dari seorang blogger kepada seorang pelakon, perjalanan hidup ni memang tak dirancang tapi sudah ditentukan oleh-Nya. Allah swt tahu semuanya. Seperti mana yang Fath katakan sebelum ni Fath rehat dari pelbagai aktiviti kerana 'sesuatu' tetapi dirahsiakan secara umumnya. Memandangkan ada yang dah tahu status Fath sekarang ..bagus la :)

Mulai sekarang Fath aktif semula untuk berlakon dan blogging. cuma tak boleh nak janji sama ada cepat atau lambat setiap entry baru nanti.hihihi.

Sempena bulan november ni , lebih cantik dipanggil (11.11) Fath akan mengubah sedikit imej yang sesuai dengan Fath demi career dan transformasi from SITI FATHIYAH to TIA IBRAHIM. tunggu..

p/s: thanks to hasrul hassan menulis entry tu.

OctTwtFest

22/10/2011(Saturday)- Apakah itu tweet up?join twitter then korang akan faham. Rasanya Fath tak payah nak terangkan panjang lebar pasal tweet up ni, fath percaya ramai blogger diluar sana aktif main twitter. Dah nak masuk 3 tahun Fath dalam dunia di hujung jari ni tak pernah bosan, tempat nak kongsi cerita dengan cepat & pantas sampai terlupa ada blog, sorry.hihi.

Ini bukan pertama kali Fath join tweet up ,tapi yang ni Pertemuan warga twitter terbesar di buat di Malaysia. Sehingga berjaya memecahkan rekod dunia!! iaitu dengan kehadiran tetamu seramai 2654 orang. Syabas !! kepada semua yang menjayakannya. bangga.


Man menemani,thanks. finally jumpa @andyhowt !!hohoho

Ramai rakan artis yang datang, kenalan twitter & facebook juga, tapi sayang, Fath datang malam.. ada la beberapa kerat yang dapat ucap 'hai' . Kita jumpa di lain event ok.

p/s: Bangga jadi tweep & blogger.. sharing is caring bebeh!

World Hunger Relief 2011


29/10/2011(Saturday)- STOP HUNGER!! and i'm always hunger.hahaha!! Makan tu dah jadi kewajipan Fath. Tapi kali ni bukan pasal makan tapi untuk bagi orang makan. Senang nak menolong orang yang memerlukan ,hanya mengeluarkan sedikit wang & luangkan sedikit masa di World Hunger Relief 2011 di Putrajaya. Seriously Fath tak la ada banyak duit nak didermakan, tapi RM25 tu memang ada sangat la untuk diderma ikhlas untuk charity event anjuran Yayasan Bistari ni.

ikutkan Fath jalan pakai kebaya je...hoho

Pada asalnya Fath tak tahu menahu pun pasal Charity event ni, Thanks to my fiancee yang ajak Fath turut serta dengan beribu-ribu peserta/penderma yang lain. Hanya berjalan 5KM sahaja. Thanks to KFC & PizzaHut yang menjadi selaku penaja. Rupanya World Hunger Relief merupakan kali ke-2 diadakan di Malaysia sejak tahun lepas.

Emie, Cikot,Fath & Man

Datang daftar dari pukul1pm, pukul 3pm ambil makanan KFC or Pizza Hut or Rasamas untuk di lahapkan. Lepas tu relax sampai pukul 5.45pm mula berjalan beramai-ramai sampai pukul 7pm. Best tau! jalan lenggang lenggok lepas tu berhenti & bergambar. hahaha! antara aktiviti dating berjemaah ni ;D

p/s: Kalau ada aktiviti charity seumpama macam ni, roger Fath ok!