Thursday, February 11, 2010

Selamat OFFDAY buat ku!




11/02/2010(Thursday)-cuti baby cuti!!!hihi..finally Fath cuti juga, Hari ini adalah hari yang kami sekeluarga hitung..mama akan dibedah tepat jam 9 a.m.Fath lena tidur pagi tadi tetiba ayah datang kejutkan dalam pukul 7.30 pagi..nasib kakak dah gerak ke hospital, Bagai ribut la nak bersiap...Agak lewat juga Fath sampai, mama pun dah masuk bilik bedah 1/2 jam lebih awal.Terus ke cafe la..sarapan sama2 dengan kakak dan Ayah. Tiada sebarang persiapan ,si Dong Dang dan kawannya(5800 xpress music,tak tahu lagi nak bagi nama apa) pun Fath tak sempat nak charge kerana tahu hari ni penantian yang lama punya lah..Lebih kurang jam 10 pagi Kami pergi ke Farmacy berhampiran(luar hospital) beli bekung untuk mama.




Tengah hari pula Ayah harus pulang ambil adik balik dari sekolah dan solat disurau.Kami?anak perempuan tua ini harus setia menunggu.....tunggu kalau boleh sehingga selesai.Dari lepak bawah wakaf ,berpindah pula ke surau..lebih selesa,solat dan boleh charge Si Dong Dang dan kawannya tu..Sampai penuh la tenaga buat mereka,tapi mama masih dalam dewan bedah lagi..tengok la apa yang Fath buat sepanjang berada dihospital...melukis..sejak dua menjak ni tetiba rajin benar nak melukis. Ada notepad dan pensil tekan ,boleh je..

waktu berjalan dengan pantas tetapi rasa macam lama je..'cos biasa sibuk tetiba lapang gila...kaka keluar kejap ,dia memang memahami pergi ke mcD dapatkan apple pie dan ice-cream conetto ..pergh!!!!sedapnya!!Last week Fath kempunan nak makan ice-cream kn..cuba korang ingat(kalau ada baca post yang lepas la)..dah lepas kempunan main pula game monyet dalam laptop kakak ni..kelakar!! Pukul 5 pm dah?! mama masih dalam bilik bedah..kami yang dah berlengas ni balik dulu untuk mandi dan rehat seketika....lepas mandi Fath boleh tertidur ,nasib baik ayah call dari hospital ,syukur mama selamat dibedah, bergegas kami ke sana....Redahkan juga jalan jem..lewat memang lewat.Kakak jaga mama hari ni,tidur dihospital,Fath?esok ye..hihi...

mama separa sedar..

Tapaukan kakak makanan(lunch+dinner) ,balik terus laksanakan tugas dirumah pula, baget nak masak lauk tak pasal2 tertumpah minyak panas!ke tangan Fath!tidakkkkk!!sakit gila!!si Nyempel la ni.....nak gurau sampai minyak dah tertumpah atas tangan Fath.tengokla..nasib baik Fath talakan tangan terus ke paip air...dan terus sapukan ubat gamat dari (mayfair), pedih bukan kepalang ...bukan tak pernah kena dengan benda panas ni,masa study dulu siap bergelembung kesemua jari ditelapak tangan kiri..apa yang meriasaukan esok Fath ada casting!Nasib baik elok je tangan ni..syukur...esok nak buat kuih gulung tau.hihi

tengok jari tu merah....pedih..tahan pedih..

nasi goreng ku hasil mengunakan 1 tangan je..

p/s:Hari dilalui dengan baik kecuali malam, terkena minyak panas...terus tak boleh buat kerja.benda nak jadi ,jadi juga...lepas ni sila lebih berhati-hati ya...selamat malam semua..nantikan post esok!!!

Wednesday, February 10, 2010

postponed


10/02/2010(Wednesday)-Ada sesiapa birthday hari ni ke??saja tanya tanpa niat pun..hihi, Bangun punya la pagi...5 a.m, apa bikin pula??betul tak Fath kata, no.5 ni selalu menjadi saksi bangkit dari tidur ataupun baru nak tidur..semalam tertidur(dalam keadan memegang erat si DONG DANG.Al-kisahnya nak bbm dengan Deng, last2 tertidur jua...Tersedar dalam pukul 5, terus pantas menaip(sambil membuka mata sikit ala sepet) bbm untuk Deng, mak tau, dia tak tidur lagi..then sambung tidur balik dengan lena nya.

Pagi2 dah dapat message dari 1 production ni(bukan calang2 production 'cos ada link dengan astro dan Tv3) bagi alamat office diorang, terkedu macam biasa sebab di Kelana Jaya(Pening berpusing nak ke sana), maklum lah buta jalan (Shah Alam,Klang,Petaling Jaya dan Kelana Jaya),.

pergi la bakar kalori di Gym dan terus ke kantor..macam biasa cari parking bagai nak rak..lebih dari 1/2 an hours juga la...kalau makan+pergi toilet+window shopping +sattle dah kot).
Parking pula jauh sebatu dari kantor, yang paling cemas Deng dah tunggu di Starbucks. Nasib dapat parking, kalau korang dalam situasi Fath macam mana 'cos si dia nak bergegas ketempat lain..mahu rasa macam nak terbang kan?.

Jumpa je Deng terus senyum lebar (mood i selalu ceria tau), terus Deng bangun dapat kan kunci kereta di Vallet Parking, eh?MAU pun ada la...'hi..congratulation!!berjaya masuk ke........(shhhhhh...tak leh bagi tahu..nanti korang akan tau juga).Kami borak la kejap tumpang kerusi Starbucks, kemudian mereka pergi....macam rindu je..(yes!i am!).

Bergegas ke kantor dan mulakan kerja sambil makan...makan je tau...lapar berlari di gym+dari parking tadi+letih beb.Terus print map ke Petaling Jaya,la....tak jauh dari tempat casting hari tu...boleh la ni..tak sampai 10 minit dapat mesej dari mereka lagi, POSTPONED! on friday la....ku terima hakikat dan tak perlu rushing dari hospital ke sana nanti....(plan awal macam tu la).


Macam tu ,Fath decide ambil cuti hari jumaat ...malas nak rushing...maka dengan bangga nya Fath cuti 2 hari berturut2 la....haha!!macam pelik benar je...yang pasti boleh jaga mama di hospital(lepas operate nanti).

p/s:Entah kenapa pening pula ni...migrain datang tetiba, kenapa pun tak tahu, tak boleh nak taip la..nantikan cerita esok ye..mama operate.doakan segala selamat.amin.

Tuesday, February 9, 2010

pirana!!!

09/02/2010(Tuesday)-Selamat hari selasa buat semua...mula lah jadual Fath untuk mama, baru pukul 8 pagi Fath dah bangun sepantas terkedu(apa tu?), muka macam tertinggal flight(apa hal pula ni?)haha!!ingatkan dah lambat nak ikut mama daftar masuk wad. tengok mama relaks je(Fath je yang terlalu risau, Deng pun agak terkanun aka terkanan sikit tengok Fath yang terkanun lebih)..siap borak dengan talifon(bukan cakap sorang2), kakak call. Apa lagi...tidur balik la....pukul 9am bangkit balik mandi an terus ke hospital...

Masa hantar tu rasa macam biasa je...sebab before this pernah hantar juga...tapi masa nak balik tu..tetiba sedih , tak ada sebab pun kot..mungkin kerana macam tak sampai hati nak tinggalkan mama dok sorang2 dengan pesakit2 dekat situ..ye la...suasna hospital memang tak best.dirumah lebih selesa.Tapi mama memang tabah dn tenang je...kalau Fath sure nangis sorang2.hihi...

taip ni pun air mata tetiba berlinang.....tersenyum bila baca BBM dari Deng..(i'll be there on thursday ok...always for u sayang.) thanks Deng.



haaa!!!!inilah kuih yang ku gilakan selama ni dan sengaja bagi member2 facebook terliur bila baca status minah ni..hahaha!!!kuih gulung!sedap beb....buat makan petang.

inilah pirana!!!!ataupun pirana darat. si nyempel ni memang over tau! pantang tengok orang dok senang dia mula la..suka gigit dekat mana saja yang boleh digigit..ajak gurau sama....

ni pula..jealous tahap melampau..kita orang pakaikan rantai baru dekat Kitty dan etam, dia nak juga..dia gigit gelang kaki Fath.ye la..nanti Fath belikan 1 lagi...kau nak warna apa??hihi...


p/s:esok giliran kakak jaga mama dan khamis tu Fath pula...hope everything will be fine.

Mama dan Kris Allen!!!

pukul 12.30pm

08/02/2010(Monday)-Happy Birthday MAMA! sweet 52! alhamdulillah dipanjang kan umur.Tapi sebelum tu Fath nak cerikan dulu sesuatu yang menarik hari ni. Ada sesiapa yang tak kenal KRIS ALLEN? ,dia future husband i tau.haha!!nak termuntah semua orang.Deng dang tetap dihatiku,(takut kah minah?,dia lah satu2nya BF ok.), pendek kan story...semalam sebelum tidur terbaca surat khabar (Kris Allen turun Malaysia) ,paling mengujakan dia turun Mid Valley!dekat teramat dengan mak ni ok.

Pukul 12.30 p.m perut mak dah lapar tahap cipan kebuluran, terus pergi tapau dekat Yo!sushi, nasi goreng 1!ada ke?pergi cuba order pasti tersenyum riang rm4 je.,lalu je dekat center Court...pergh!!ramai yang dah mula beratur ....Kris Allen datang pukul 6 la.Memang semangat tahap power Rangers(mengarut sangat dah minah ni).

pukul 6pm

Paris Hilton ke??

Semangat la pula nak melukis hari ni..bantai je muka siapa yang ada depan mata....minah Paris ni juga jadi mangsa...15 minute je rajin nya...tu je la hasilnya..ada sesiapa mahu tempah??hihijust let me know ok.

routine ku ke gym...ada best nya hari ni..Deng turun gym Bangsar!tapi..minah ni kena pulang awal mahu celebrated birthday mama di.....PizzaHut!!!!!

sementara tunggu 1 family datang, Fath singgah di secret Recipe beli American Brownies!!(fav Fath dan Deng), mama ok je...yang pasti Fath yang lebih2 makan kek tu...

busy nya mama...semua orang wish ke??kakak on the line la..


kembar lain tahun yang suka makan, sorang makan banyak(ynag si tembam tu la) sorang lagi poyo2 je...


hadiah mama!korang mesti tak baget kan?selalu orang bagi hadiah beg la apa la...Fath bagi pokok bunga+pasu!hihi...mama suka tanam bunga(tanam,siram sekali la),tapi lupa la apa nam bunga ni.

lemak yang sedap!!!

gambar exclusive!kenalkan...sebelah Fath tu...Nisah(aka mak lang) dan Afiq (aka pak teh)


bergambar sebelum pulang...kenyang dan mengantuk...



Balik je rumah baget nak tidur la kan...lain jadinya bila para tentera dekat rumah ni tetiba aktif kesana kemari....diorang ni saja je nak tunjuk manja dan sihat la tu...tidakkkkkkk!!!!jangan main dengan pokok tuuuuuu!!!pokok(hiasan) pemberian Deng buat mama.tengok je la gambar si etam tu...si nyempel pula buat muka nak kena tampar.haha!!diorang always comel!!!

p/s:happy sangat hari ni!!Buat mama, keep happy ya sok nak masuk wad kan...stand by before operation on thursday(11/02/2010).

Monday, February 8, 2010

ku Berkemban!!!

Muka bosan tahap cipan

07/02/2010(Sunday)-weekend!!sama je bagi Fath, sebab suka benar kerja hujung minggu ni, Orang cuti Fath kerja..bak kata rakyat jelata 'apa barang kerja on weekend!bangla pun cuti la....." , ha.....sebab bangla cuti la Fath kerja, 'cos saya bukan bangla.haha!!(ayat nak menang juga!), gila kerja ke apa minah ni??, dari tak ada nak buat apa,dari lepak tengok cerita hindustan(minah ni tak minat langsung nak tengok orang main guling-guling atas rumput ni...), dari melilau kesana kemari, dari tidur di siang hari...atau pun melantak yang berbagai..baik eden koje, ongkos pun masuk.Lagi pun weekend Deng bersama family, Family Fath 24/7 ada dirumah,Bila Fath balik rumah itulah masa kami bersama.

Hari ni tiada apa plan,seronok seperti biasa, berborak, searching internet(layan facebook,blog,e-mail dan watching american idol audition 2010) ,dan kurangkan makan, balun roti dari bread story,sedap wok!!!yang tak pernah cuba harus makan ,pasti teruja sampai tak ingat.Al-kisahnya semalam dah makan banyak (birthday party Ani). Petang semangat nak bakar kalori tengok-tengok 1 badan yang terbakar, jalan jem dekat 1/2 an hours!padahal dari jalan depan Abdullah Hukum-Jalan Maarof je..kalau drive ke Kajang dah sampai dah.



mimik muka yang jarang dibuat(selalu buat muncung je)

Macam biasalah layan gym,datang sorang la..leh fokus apa yang nak dibakar, Ahad memang best, boleh lari-lari dalam gym, orang ramai dok rumah goyang kaki dan besar kan punggung je..Fath pun nak besar kan punggung ku yang kecik ni,ahaks!!setahun lebih dah berlari dan pelbagai ,tapi punggung ni tak montok pun, kalau montak+ macam jlo tu confirm banyak berlanjanya....kena beli seluar baru punya lah! biar je la tak besar pun, janji dapat duduk atas kerusi.


Jadi gila ke apa, tetiba snap gambar tengah berkemban ala sopan, haha!!saja je..terus post kat twitter http://twitter.com/sitifathiyah, tak sampai 2 minute 50 view ok...gitu la nya..tu baru kata berkemban belum kata lain lagi.notty ya mereka ni..

berkemban!!!

macam penat la pula, balik terus la...sejak last week balik gym je mesti tak makan dan tak lapar, bagusnya.Routine di Bangsar ni setiap ahad ada pasar malam, saja lalu ternampak orang jual bunga, tak ada motif , tak ada niat jauh sekali teringin..terus beli. Ajaib!, bunga dalam pasu Fath belikan untuk mama, she's love flower so much! tapi bunga yang tanam diluar la.tetiba terpandang white rose! minah ni gilakan warna putih, tak minat bunga pun tapi warna putih membunuh rasa tak suka tadi, Beli juga bunga rose putih ni tapi bukan untuk diri sendiri tapi untuk auntie Fath, Kak ton(gila bunga juga) .

baget macam orang bagi tapi belikan untuk orang.haha!!

Balik rumah Auntie borak bagai nak rak, sambil buka rancangan raja lawak yang tak lawak langsung. come on la guys...gila boring cerita diorang.Orang berborak lepak kat kedai minum lagi lawak.Rancangan CSI lagi best,ada pengetahuan dan uji minda penonton....Anak buah Kak Ton nak layan bola si Arsenal vs Chalsea pula ..tidur la kami sambil dengar tv berbunyi bola..zzzzzzz....

p/s: Habis dah agenda layan diri selama seminggu, bermula lah minggu bersama mama dan family....oh ye..untuk si boyot,etam,anje dan nyempel juga.Tiada siapa boleh buat appoitment on next week ok.kecuali penting bonar.

Sunday, February 7, 2010

Happy Birthday Ani!!sweet 24!


06/02/2010(Saturday)-Happy birthday to Apiz!!sweet 27!, actually birthday Apiz hari ni, tapi Celebrated Birthday Ani.Apa kena mengena entah. Kita join siap yang jemput je..nak suruh kita jemput kan sekali pun boleh..huhu.

Last week lagi Ani dah booking Fath ataupun dah buat appointment dengan Fath ,Terima Kasih jemput.Mak datang bukan tangan kosong ye tapi perut kosong, haha!Tetamu yang pertama sampai ,dan orang pertama yang balun dulu...yummy!hihi...bukan selalu boleh makan banyak ni, mak ni bukan gila makan tapi suka makan ok.excited tau bila mak tengok makanan sedap-sedap, tapi bila bab nak makan je...alahai.......ciput je.......janji dapat makan dan rasa,alhamdulillah masih ada rezeki untuk makan kan...



Apa yang korang tengok?Kek tu sedap tau, butter scotch from secret recipe!sedapnya! walaupun Fath ni nampak je kurus tapi ada lomak di perut(cakap nogori dah eden), workout tapi mak tak kisah!kek,coklat dan ice-cream fav mak.jangan ada yang sibuk nak catu fav i tau.haha!!

eh?anak siapa ni..kembar yang comel ni anak jiran sebelah Ani, tak interview pun nama budak ni..
tengok lah depan tu ada berapa banyak makanan, semua Fath balun..

adegan suap kek dekat birthday girl.

ani dan liza (sepupu)

muka kenyang yang teramat..lepas tu balik la,,buat-buat lupa pula...hadiah mana???

Hadiah Ani!hihi...baju kurung ni warna turqoise tapi kenapa nampak macam purple pula, SI DONG DANG ni rabun warna agaknya..haha!!

p/s: Kenyang tahap melampau ,pandu kereta dalam mengantuk..ish3, teruk betul perangai..sampai rumah Kak Ton terus pot pet pot pet....gosip girl...haha!!borak sampai pecah perut.seronok nya!tiada lagi moody...yahooo!!!

Saturday, February 6, 2010

Semuanya di Bangsar


05/02/2010(Friday)-Happy Friday everyone!!Apa yang happy sangat dik non....kerja seperti biasa, itu lah routine ku yang tidak pernah bosan pun , ditambah adanya appointment dengan member Fath untuk design kan 1 sudut officenya di Bangsar.Terima Kasih kerana mempercayai minah suku jagung dalam bidang desingner ni..Fath akan cuba yang terbaik ya..1st Fath beri opinion dulu lah...takut tak kenan nanti..so..hari ni Fath datang lenggang lenggok ke office member Fath ni untuk tengok sudut yang dikatakan tu...then baru boleh discuss konsep,material,dan costing.Meeting kejap je...Nasib office kecil kalau besar , masak juga nanti.


sudut belakang sofa ruang tetamu ni lah yang dikatakan tu.

ruang meja kerja

Sambil meeting Fath sempat ambil gambar keadaan federal highway dalam pukul 6pm dari tingkat 18 ni..macam ni keadaan jalan raya, tak payah balik la..baik pergi gym atau lepak minum...


motif?

kenapa muka Fath macam sengal je ni...

Selesai sahaja meeting tu..Fath terus ke Bangsar Village, terjumpa auntie(sebelah ayah). Kak Mastura ni dah kahwin ok...dan ada anak pun, tapi dari jauh macam anak dara minah salih!, yang kelakarnya, tengah kami rancak berborak, Deng kebetulan lalu disitu (kata nak pergi gym samakan), dia baget kawan minah salih la...haha!!bila dikenalkan pada kawan-kawan kak Mastura pula,terkejut mereka Fath ni anak buah dia ok...

Meh Fath cerita sedikit sejarah hubungan Kak mastura dengan keluarga Fath, mak dia ada nenek, nenek dia adik beradik dengan nenek Fath sebelah ayah, kiranya mak kepada ayah atau pun nenek Fath la...hahah!!!confirm korang pening..secara ringkasnya, nenek dia dan nenek Fath adik beradik...hahah!!kira kami ni 2 pupu.Sebenarnya dia sepangkat dengan Fath, mak dia sepangkat dengan ayah Fath.Tapi Fath lebih senang anggap dia seangkatan dengan ayah je..sebab perbezaan umur yang ketara, mana taknya..Fath belum lahir dia dah berumur 20-an.

Oleh kerana rumah keluarga dia berdepan dengan rumah atuk dan nenek Fath , ayah boleh berjumpa mama.hihi...dan ayah rajin datang rumah family Kak Mastura,kebetulan ternampak mama dirumah jiran disitu... Kalau tak, tak ada la Fath.korang faham dah kan.???


roti bakar dan hot honey lemon

Lepas tu minum pula di Chawan bersama Kak Mastura dan kawan-kawannya....

workout lepas tu , Deng pun ada sekali. dan Dinner pun sekali...menu biasa kami..Nando's, kemudian Deng terus pulang bersiap pergi Johor!ada weeding maa...huhu...


p/s:tetiba jadual padat tetai kenapa agak moody..sehinggakan terbenggong seketika depan Deng, Sorry Deng...emosi kureng ok.it's not about time,you or somebody else but it's about me.i'll be fine.