Sunday, January 10, 2010

Majlis Doa Selamat...


10/01/2010(Sunday)
-tik tok tik tok....dah pukul 10 a.m, selamat pagi semua!!Bersiap terus untuk pergi ke rumah Abah. Keluarga Abah mengadakan majlis doa selamat untuk Baby Kak Ashfa , yang masih lagi dikandungkan. Majlis yang baik ini diadakan bertujuan mendoakan kesejahteraan ,kesihatan dan segalanya baik untuk baby dalam kandungan itu. Bakal anak yang ke-2.InsyaAllah ...segalanya akan baik.


tadah tangan la...bukan pandang camera.hihi...

Abah tengah baca doa tu....

mari makan!!

azee dan Amat...apa yang korang tenungkan....

Oleh kerana Fath kea pergi kerja di hari ahad ini...maka pukul 1 p.m Fath terus gerak dari rumah Abah terus ke kantor....Ada kerja yang harus Fath siapkan sebelum isnin....

Lagi sikit je nak siap, hal kerja yang sebenarnya dah siap tahun lepas lagi tapi baru dibangkitkan semula...nampak sangat....lain kali bila staff lain sudah bagi Balance report...terus summit la..bila sudah hilang itu report...memang menyusahkan orang lain la.Tolong la...ubah perangai ye...

Janji malam ini kita sama-sama layan itu AJL!


Saturday, January 9, 2010

Apartment's Magazine,2010 january issue

Apartment's Magazine on january 2010


Apartment's Magazine on january 2010

Akhirnya artikal ini keluar juga setelah ditangguh selama 3 bulan, maka gambar ini merupakan gambar pada bulan 0ctober 2009, hahah!!!

new jacket-(Strong Sholders)

Inilah jacket terbaru Fath suka sangat sebab ia adalah trend terkini....Semalam Fath datang di boutique, Bangsar. Saja la pakai ...terus minat...Fath jarang pakai terus minat. Tapi Fath tidak terus beli pun, esok Fath datang balik , dan terus beli....Harganya tidak lah terlalu mahal dan tidak lah murah pun...Rm89. Bagi korang? Kalu ikutkan harga modal sudah tentulah harga yang Fath beli ini di naikkan 3x ganda. percaya tak? tapi memandangkan di topshop dan seumpamanya, berharga rm200++, tidak berbaloikan.....so...pandai-pandai la cari dimana lebih murah....tak payah kira jenama la...apa la sangatkan.Janji cantik, material dan qualiy bagus, serta murah, balun je....

Selain tips untuk hias rumah sewa, disini Fath sertakan juga tips beli pakaian ni...hihi...

Majlis makan-makan!!!

Liya,Fath,Haziq, Asri dan Fizie

08/01/2009(Friday)-Antara hari yang paling sibuk dalam minggu ini...Bayang kan ye semalam punya lah Fath tidak cukup tidur, bangun pagi-pagi untuk pergi kerja, kerja pula banyak. Dalam masa yang sama kena cari dress untuk majlis makan-makan malam( majlis hari jadi Haziq) ini, oleh kerana 'masa itu cemburu kuat' , maka Fath cuba selitkan aktiviti servey semasa waktu rehat, gila rasa macam nak berlari dalam shopping mall,...makan pagi dan tengah hari Fath 1 kan iaitu jam 4 petang baru dapat makan..adeh...mana tidak kena gastrik kan....pulang agak awal untuk bergegas keBangsar, Fath nak beli baju yang telah di servey 3 hari lepas, ditemani Deng.


yummy!!!

Sebelum itu teman Deng makan di Nandos, Fath makan dessert je...sebab sudah makan sandwich dari subway tadi.1st time Deng temankan Fath shopping Baju. huhu....gembira dapat beli baju yang ngam dengan badan. Selepas itu rushing ke Mid Valley , cari aksesori , dan jemput enya dan syira disitu untuk gerak sekali ke majlis malam nanti jam 8.30 pm, terus pula ke rumah Kak Ton seperti mana yang dijanjikan jam 8 pm sampai, masa untuk bersiap!!!! 8.30 kami gerak terus ke destinasi iaitu di restaoran Tanjung Puteri, Sri Hartamas. Kami tetamu yang paling awal sampai, selang 2 minit Tuan punya majlis datang bersama keluarga....

steamboat!!

kami bertiga memang WAJIB bergambar

3 rakan nakal...hahha!!

Gembiranya...

Suzie....'kocok-kocok' beb...siap main tiang ok, antara yang menghiburkan tetamu....hahhaaa!!!

antara yang menghiburkan...

bersama Fizie

aksi Fath...

Enya, Kak Ton dan Fath

Bersama Auntie Raja



Fath dan Liya

Yang pasti majlis ini agak meriah dengan kenalan rapat tuan majlis....meja kami paling best!!hahhahah!!!Mana tidak nya kenalan rapat berkumpul satu meja memang kecoh lah...lagi-lagi bila berjumpa Liya...ketawa je memanjang.

eh?bersama auntie raja lagi....


mari potong pulut kuning!!

Disini Fath ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan punya majlis, sudi menjemput Fath, maaf jika ada tersalah laku ke...sepanjang majlis...yang pasti semuanya berjalan dengan lancar.peace!!





Friday, January 8, 2010

HAPPY BIRTHDAY DENG!!

thanks Deng for this jacket from phuket!

07/01/2010(Thursday)-
HAPPY BIRTHDAY DENG!!sweet 22!!, selamat dipanjang kan umur , murah rezeki, kesihatan yang baik dan pelbagai lagi untuk yang terbaik . Umur sudah meningkat maka perkara lain pun perlu ditingkatkan kualiti nya.

Hari ini Fath cuti! sudah menjadi kebiasaan, birthday Deng , mesti Fath akan ambil cuti, kira cuti umum untuk Fath.hahah!!Bangun pagi sahaja ,Fath perlu bergegas mandi, makan, pergi carwash, kemas kereta ,workout di gym dan pelbagai lagi.Dari jam 10 pagi sehingga malam memang tidak cukup masa! Sepatutnya Fath hendak ke saloon...nak buat sesuatu pada rambut ni sempena 2010, tapi memang benar masa itu memang kuat cemburu!!hahha!!!slogan baru..

Dipendekkan cerita masa di carwash la ,Fath breakfast dengan fresh milk, roti dan coklat. terus bergegas kerumah kemas kereta yang macam almari bergerak ni...barang untuk modelling memang Fath bawa kemana sahaja...senang.

Selesai perkara utama, Fath terus bergegas ke arah KL. tidak sempat lunch pun, tapi sempat jamah masakan mama dan ayah .Singgah di stesen minyak terlebih dahulu, kasi penuh itu tangki, parking kereta di bawah rumah Deng , terus kami pergi bersama ke carwash, kereta dia pula nak mandi ....


Di BHP, Cheras

Selepas itu terus ke Bangsar, bersenam!!!di gym.kami workout bersama.

sempat ambil gambar sebelum bermula bersenam!


Swatch untuk Deng!


Selesai bersenam kami terus ke Restoran Tanjung Puteri di Sri Hartamas. perjumpaan keluarga Deng dan perbincangan majlis makan-makan sempena hari jadi nya di situ esok!, ikuti cerita pasal ini esok ok!

Kemudian kami terus ke rumah Kak Anil , mahu tengok koleksi gambar percutian keluarga Deng di Phuket tempoh hari. Tetapi memandang kan Deng excited sangat nak tengok hadiah birthday nya ydari Fath , dalam kereta tadi Fath sudah tolong buka kan.hahha!!Fath pula yang Happy!sebab dia suka akan hadiah tu. Terima lah hadiah yang tidak seberapa dari Fath ini. Dari dulu lagi Fath teringin sangat nak bagi pada boyfriend, tapi tidak kesampaian , akhirnya!!!, sudah lama Fath usha jam tu.akhirnya dapat juga bagi , alhamdulillah.

Datang rumah Kak Anil dan Abang Zam , ini yang Fath hendak sangat, jumpa kucing kesayang mereka, SABTU!-kucing anak yatim piatu...huhu..

Tengoklah gelagat Sabtu

Fath dan Sabtu


Sebelum pulang ,ucapkan kan selamat tinggal dan terima kasih pada semua.Tengok lah ,manjanya SABTU di bahu Deng, Sekarang korang sudah nampak Deng kan...hahha!!tapi dari belakang dan tidak kelihatan pun wajah nya.masih menjadi tanda tanya kan.......hahah!!!

Ikuti cerita esok pula ya...

Thursday, January 7, 2010

Casting for jack & jill (tv ad)

Wanie,Ellie,Wawa dan Fath

06/01/2010(Wednesday)- Fath kerja pagi pula hari ini, maka bangun pun pagi la...alahai...sengal pula badan, semalam punya pasal la ini, dah lama tak pergi gym, sekali workout....ambik!satu badan sakit. Cerita utama bukan pasal sakit badan ye , tapi mengenai aktiviti hari ini,. Deng sudah pulang ke tanah Air pagi tadi ,WELCOME HOME!! maka WAJIB berjumpa! Apa pun sattlekan apa yang patut terdahulu.

Kerja tetap kerja, makan adalah mesti nanti gastrik lagi , hari ini sengaja makan McD! lemak pun lemak la. Yang pasti tidak kepingin nanti. Lalu pula depan Jusco , nampak pula Rocky!!(biskut kegemaran Deng) beli terus sekali 5 kotak....Semangat jumpa dia nanti, Segalanya rushing hari ini,Oleh itu Fath harus keluar awal sedikit untuk mengelak kan jem , KL memang begini , hari weekdays dikala petang jalan raya memang sesak . Nasib baik Fath sempat sampai sebelum jalan jem, Cari punya cari office production ini di kawasan kilang. Di sunway Damansara. Buat apa pula Fath ke sana?Casting!


Ini adalah casting pertama yang Fath hadir untuk tahun 2010 ini dan casting yang ketiga Fath terima sebenarnya, sebelum ini ada masalah masa dan kesihatan. Fath suka datang untuk uji bakat, mana lah tahu ada rezeki disitu, yang pasti dapat kenalan baru!Dan yang pasti enjoy!

semasa perjalanan sempat tangkap gambar sunset di tengah bandar!

Jalan sesak semasa nak pergi ke arah Cheras/Seremban

Selepas selesai casting , Fath terus pandu ke Bandar Tasik Permaisuri, Cheras, jemput Deng untuk Dating la...Dinner di restoran Bali Feel, Bangsar, terus tengok wayang cerita, "Did you hear about Morgan?" di GSC Berjaya Times Square, boleh tahan sebab relax...minum pula di Oldtown ,Cheras ,pada am 11.50 pm! tiba jam 12am(07/01/2010)....HAPPY BIRTHDAY DENG!!SWEET 22!!!ini merupakann pertama kali, malam hari jadinya kami ada bersama!!!!!!tapi Fath minta maaf sangat sebab tidak prepare apa pun, Fath tidak baget kita jumpa hari ini, i thought esok, ye la ..Deng baru pulang dari Phuket dan takut-takut dia ada surprise birhtday dari orang lain seperti sebelum ini.....apa pun...Enjoy your birthday!!!esok kita jumpa lagi!!!selepas wish dan minum bersama Hantar Deng Pulang.

dinner Fath

santapan kami di oldtown!

Singkat pula cerita Fath kali ini, bukan apa, Fath nak cepat la..haaha!!!!banyak perkara nak buat ni...Dan korang perasan tak? penulisan Fath pun dah semakin santai , untuk 2010 ada lah perubahan kan...dan kerana nak kerja masa.Masa memang kuat cemburu!!hahah!!Sambung lagi cerita esok ya!!!!keep reading!!

Wednesday, January 6, 2010

No limits to success


Whatever you can do or think you can... Just do it! There are no limits to what you believe , you can achieve. Create passion to your dreams. Always seek and discover new challenges. Embrace the richness of each experience. Believe in yourself. Put your uniqueness, talents and dedication in everything you do. Never settle for less than what you can be. You will always find success in all that you pursue!

Tuesday, January 5, 2010

Time for myself

05/01/2010(Tuesday)-Niat malam tadi nak pergi gym, maka harus ditunaikan nanti, hari seperti tidak lengkap. Bangun seawal 10 a.m dan bersiap terus ke Gym, sekian lama tidak bersenam ni..naik lemak ni...hahah!!!tapi berat masih maintain. Kurus tapi tidak sihat buat apa kan...Maka kepada orang ramai diluar sana termasuk lah kawan-kawan, kenalan, followers dan yang tersinggah di blog ini....anda semua jangan lah bersusah payah untuk kurus ok.Hanya amalkan diet yang seimbang, tidur dan rehat yang cukup dan senaman. sudah bermadai.Kalau nak kurus macam bangau...baik tidak payah...kurus tapi tidak sihat.Tidak ada maknanya hidup lagi.hahah!!cakap lepas pula Fath ni.

Itu adalah secara logik dan sahihnya.Fath yang kurus ini ,(tapi berat 48kg-tulang yang berat) pun bila tidak bersenam , sakit memanjang ...Oleh itu harus seimbangkan semua sekali.Fath hanya sempat bersenam di gym sahaja,di Celebrity Fitness ,Bangsar. bukan apa..memang tiada masa, kalau anda diluar sana ada banyak masa boleh la bersenam di taman rekreasi ke...jimat tidak payah keluar duit. Tetapi kena buat betul-betul la ye.

Apa yang lagi menarik hari ini, Tengok gambar diatas ini, potret pelakon Renee Zellweger. Cantiknya!!dan berharga Rm 2500. Okay la tu kan..

Setakat jam 7 p.m tadi , sebanyak inilah ahli atau pun members dalam fans club Fath yang telah ditubuhkan malam semalam.Alamak gambar tidak berapa terang la...938 members.Terima Kasih banyak-banyak!Terima kasih memahami.hihi....