Monday, January 4, 2010

Siti Fathiyah's Fans Club?


04/01/2009(Monday)-Bangun pagi tetapi pergi kerja petang, seronok juga kerja bershift ini...Bersiap terus turun Bangsar yang tidak jauh pun dari rumah auntie..Semalam sudah berniat hendak mencari New arrival for outfit la..sudah lama tidak membeli baju..Fath bukan jenis nampak-terus-beli. Servey dulu, kerana walaupun boutique di jalan Telawi ini semuanya up-to-dated tetapi harus diingatkan ada sesetengah boutique mempunyai outfit yang sama tetapi harga berlainan, boutique apakah itu?Anda sendiri kena turun dan tengok. Harga nya tidak lah mahal sangat, ikut material dan fesyen. Standard lah mereka naik kan sedikit harga dari harga modal, kalau tidak mahukan untung maa......


Tangkap gambar sendiri ,hahah!!!

Fath biasa window shopping seorang diri sebab Fath bukan nya ada masa yang banyak untuk jalan-jalan cari barang ini, Fath window shopping memang pantas tetapi tidak bermakna beli terus ya..kalau Fath berkenan esok Fath datang balik dan terus beli, kalau sudah jual, biarlah cari yang lain , apa susah. hihi...

Curi-curi tangkap gambar dalam salah satu boutique.hihi, siap ada landscape k.

Makan sandwich lagi..tapi sedap woooo!!!Italian B.M.T dari subway pilihan Fath untuk lunch kali ini.

Tiba waktu malam Fath tiba-tiba rasa hendak buat sesuatu. Iaitu perkara yang sudah lama disuruh oleh kenalan facebook Fath, Fans Club!hahah!! sound funny, right?haha!Tetapi jangan terkejut ya dalam masa 3 jam sahaja Fath sudah mempunyai 307 fans , okay..wow!!!!tidak ku sangka. Apa pun terima kasih banyak-banyak yang masuk kelab Fath dan keep in touch ya!

Sambil-sambil itu layan makan makanan ringan ini, Rocky!!teringat dekat Deng yang berada di Phuket sekarang ini.huhu

perempuan cantik @ lelaki hensem?


'Suka tengok perempuan cantik dari lelaki hensem".... petikan dari status Fath didalam facebook dan twitter semalam.Agak panas jadinya...Memang itulah hakikat nya..Mungkin lelaki hensem ini susah untuk diketemui dan menjadi was-was dibuatnya..maklumlah...lelaki sudah ramai yang 'bengkok' payah nak ketemu yang tulen.Nasib baik Fath dapat boyfriend yang sememangnya lelaki tulen.hihi..

Fath memang jenis susah nak suka dekat seseorang lelaki, kawan boleh lah..mahu bercintan....payah lah..Fath memang suka tengok perempuan cantik dan lepas itu Fath akan puji mereka , dalam hati pun jadilah...anugerah dari yang maha Esa tu.Kalau orang perempuan itu berpakaian cantik ,Fath pun nak secantik seperti mereka....termasuklah alat solek dan sebagainya.

Anda pula bagaimana?jangan tengok dan jealous pula ye..salah tu....perempuan memang ada perasaan sebegitu...ala...kalau ada perempuan lebih cantik dari kita , terus mencantikkan diri lebih dari mereka la...apa susah...kan bahagia!....selamat mengamalkan petua Fath ini ya.hahah!!



Tidak sampai beberapa jam status tadi di post kan dalam twitter dan facebook , Fath pulang ke rumah auntie dan pergi keluar bersama untuk makan malam, duduk je Fath ternampak pula jejaka hensem depan mata.hahah!!tergelak seorang diri terus curi-curi ambil gambar mereka dan post kan di ubertwitter...hahaha!!Payah tau mahu ketemu lelaki hensem yang ramai duduk berkumpul direstaurant biasa. siap tengok bola lagi tu...hihi apa pun Fath sudah ada Deng , tidak hairan pun..muka hensem..hati hensem ke??oleh itu kita sudah dapat yang baik hati sudah cukup membuatkan Fath berasa bersyukur.hihi...

Jemput makan.yummy!

long vs short



Hari ini Fath hendak bercerita pasal rambut. Rambut mahkota Perempuan kan. Maka harus lah menitik beratkan lebih terhadapanya. Sepertimana yang anda tengok sebelum ini Fath memang berambut panjang. Rambut paling panjang pernah Fath bela. Mungkin ada di luar sana yang tidak tahu bahawasanya, dahulu Fath memang berambut pendek sejak dari kecil hinggalah berumur 17 tahun. Selepas itu Fath tidak pernah berniat untuk memendekkan rambut lagi.

Tahun ini sebenarnya Fath ingin melakukan sesuatu pada rambut untuk memberi kelaianan pada rambut Fath. Sebelum ini hanya terfikir untuk mengubah gaya sahaja tanpa memotong menjadi pendek. Tetapi apabila Deng tiba-tiba minat tengok perempuan berambut pendek Fath terfikir pula, wajarkah Fath potong rambut? Ini bukan kerana atas dasar minat dia tetapi atas kerana Fath memang ingin mengubah style rambut Fath ini.


Tengok memang cantik , tetapi hendak menjaga rambut pendek ini lebih payah dari rambut panjang. Siapa sokong pendapat Fath? angkat kaki!hahah!! , rambut panjang boleh ikat , tetapi rambut pendek harus disisih dengan rapi kalau tidak , berserabut lah jawabnya.

Kalau nak diikutkan rambut panjang ini banyak kegunaannya..macam-macam boleh dibuat, Dan membuatkan Fath berasa sangat lah feminin gitu... Ia sama rasanya apabila kit aberpakaian juga. Satu lagi , Fath sebagai model sambilan ( commercial) banyak memerlukan Fath berambut panjang. Kalau tidak percaya cuba tengok model-model commercial yang lain mejoriti berambut panjang. Demi style atau kerjaya??

Susah juga untuk membuat keputusan , lagi -lagi mejoriti orang sekeliling Fath menyukai Fath berambut panjang seperti sekarang ini, panjang ikal mayang. Ada juga yang botak ni...haha!! Sayang betul dengan rambut panjang Fath ini sebab rambut Fath memang lambat panjang.Dan Fath cepat kecewa dengan rambut pendek, tidak...tidak dapat ku bayang kan kekecewaan itu yang pernah Fath alami dahulu...waaa.....

Keputuan ditangan anda, eh! bukan! keputusan ditangan Fath. Untuk mengetahui keputusan nya, nantikan ia tidak lama lagi.....see ya!

Sunday, January 3, 2010

my fever day....


03/01/2009(Sunday)-Bangun pagi terus demam ini mesti terkena hujan renyai-renyai semalam. Demam pun demam la, kerja tetap kerja tetapi pergi petang la..sengal betul rasanya.Lapar tapi tidak tahu nak makan apa, dekat meja makan , ada bubur asyura la! pihak surau bagi. Sedap! Bersiap terus ke kantor.

Ini lah branch(breakfast+lunch) Fath

Ini kira santapan Fath untuk hari ini, iaitu Chicken Teriyyaki dari Subway.makanan yang berkhasiat dan sesuai lah dengan Fath yang demam ini.Hendak cari soup tapi bukannya kenyang nanti.

Bersama Izzat

Tidak sangka pula Izzat berada berhampiran dengan kantor, saja je PING! dia dalam Blackberry Messenger(BBM). Rupanya dia baru balik dari casting PromoAstro, Fath dapat mesej dari Kak Kay Maria Tapi Fath tidak dapat pergi kerana demam...Tidak larat untuk menunggu giliran nanti.


Manja tak?hihi, posing nak snap picture buat Deng.

Hari ini Bermula Fath dan Deng tidak berjumpa sehingga lah 6hb nanti kerana dia ada kerja hari ini dan esok dia akan pergi melancong bersama keluarga di Phuket!best tu...Apa pun selamat bergembira dan berehat. Yang pasti Fath nak Deng dan keluarga selamat pergi dan selamat pulang.Itu sahaja.

Jaga diri anda semua ya..
Esok Fath sambung bercerita lagi ya...

my flu day...


02/01/2010(Saturday)-Happy birthday jiranku ,Engku..sweet 25.Tua sudah kamu...hari ini Fath kerja seperti biasa, tetapi entah kenapa kena selsema pula...malam semalam bantai tidur 10 jam.mana tidak nya..masa 31hb, Fath ada photoshoot dan kerja, sambung pula malam tu countdown dekat Genting Highland , last...hari ini dapat selsema. Layan kan sahaja. Sanggup la beli ubat clarityne (ubat flu).

Balik kerja terus dating la dengan Deng. Teman dia main street basketball game di Mid Valley, Dengan Fath sekali pun main. Kalau boleh hendak pecahkan rekod la konon.haha!!Kemudian pergi dinner di Yo!Sushi di The Garden.

Bukan makan seorang tau

Tidur jangan tak tidur...

Punya lah penat berjalan..kami duduk-duduk lah sekejapdi sofa dekat The Garden ini...tergelak seorang Fath bila makcik seorang ini tertidur di sofa.Apa lagi ...ambil gambar la...hihi..siap ada signboard kecil mengatakan dilarang tidur...tidur juga...layan kan sahaja...

Fath kena tunggu Enya hantar adik Fath ,Zimah di Mid tetapi memandangkan masa berjalan dengan pantas , kami pergi sendiri ambil di depan apartment ummi Enya di Mutiara Damansara. Selepas ambil Deng hantar kami di Mid Valley semula dan kami terus pulang dengan kereta comel Fath itu la..Setakat ini sahaja cerita.Sambung esok ya...




Saturday, January 2, 2010

Orianthi-according to you



According to you
I'm stupid,
I'm useless,
I can't do anything right.
According to you
I'm difficult,
hard to please,
forever changing my mind.
I'm a mess in a dress,
can't show up on time,
even if it would save my life.
According to you. According to you.

But according to him
I'm beautiful,
incredible,
he can't get me out of his head.
According to him
I'm funny,
irresistible,
everything he ever wanted.
Everything is opposite,
I don't feel like stopping it,
so baby tell me what I got to lose.
He's into me for everything I'm not,
according to you.

According to you
I'm boring,
I'm moody,
you can't take me any place.
According to you
I suck at telling jokes cause I always give it away.
I'm the girl with the worst attention span;
you're the boy who puts up with that.
According to you. According to you.

But according to him
I'm beautiful,
incredible,
he can't get me out of his head.
According to him
I'm funny,
irresistible,
everything he ever wanted.
Everything is opposite,
I don't feel like stopping it,
so baby tell me what I got to lose.
He's into me for everything I'm not,
according to you.

I need to feel appreciated,
like I'm not hated. oh-- no--.
Why can't you see me through his eyes?
It's too bad you're making me decide.

According to me
you're stupid,
you're useless,
you can't do anything right.
But according to him
I'm beautiful,
incredible,
he can't get me out of his head.
According to him
I'm funny,
irresistible,
everything he ever wanted.
Everything is opposite,
I don't feel like stopping it,
baby tell me what I got to lose.
He's into me for everything I'm not,
according to you. [you, you]
According to you. [you, you]

According to you
I'm stupid,
I'm useless,
I can't do anything right

Siapakah Orianthi ini? dia antara guitarist best in the worl tau. untuk mengetahui perihalnya boleh la layari this link.
www.orianthi.com/


Friday, January 1, 2010

Happy new year!!! 2010!!!


01/01/2010(Friday)-Happy new year!!!welcome 2010! selamat tinggal 2009. Bermulanya tahun baru , hari baru dan matlamat baru. Hari pertama ni Fath sudah tidak cukup tidur..mana tidak nya, semalam pergi count down di Puncak Genting Highland bersama Deng , jumpa pula Enya dan Aziz di situ.. Turun sudah jam berapa, sampai rumah jam 4 a.m ,tidur pula? lebih kurang ja 4.30 a.m, bangun? jam 8 a.m, kerja la....mana tidak out of service, tapi macam biasa Fath paksa diri Fath untuk bertahan. antibodi sudah la low dan selalu senang kena sakit.Pergi kerja pula bawa adik bongsu Fath bersama, kemudian Enya akan pick up adik untuk pergi swim. Setiba Enya di kantor kami luangkan sedikit masa bersama, dan membuatkan happy sangat!!!kenapa??jawapan nya akan diketahui dalam post yang akan datang.bersabar ya.hihi....

Tahun 2009 banyak mengajar Fath pelbagai perkara dalam semua segi, membuatkan Fath lebih bersabar, tabah, berusaha, reda dan bersyukur.

Diri sendiri

Hargai diri ini yang telah dikurniakan cukup sifat dengan akal fikiran yang waras.Bakat yang ada jangan dipersiakan. Perlu serlahkan dengan lebih usaha. Gilap kan ia selagi boleh. Jaga kesihatan diri (sebab ada migrain dan gastric) , perbaiki kelemahan.cayok Fath!!!

Keluarga

Keluarga segalanya, tanpa mereka Fath tidak ada didunia ini, mereka yang menjaga Fath sejak di lahirkan sehingga sekarang Fath menjadi orang. Keluarga banyak menyedarkan Fath dalam apa perkara pun, secara tidak langsung Fath selalu beringat dalam apa perkara pun, Fath membawa nama keluarga. Fath perlu meluangkan lebih masa, ongkos dan tanggungjawab terhadap mereka. Jangan menjadi anak yang derhaka dan sentiasa menghormati mereka.Love them forever!!muah!!!!

Kerjaya

Seperti mana yang kalian tahu, Fath mempunyai 2 kerjaya dan mungkin akan bertambah.hihi.. insyaALLAH. Design and sales consultant adalah kerjaya tetap Fath iaitu mata pencarian Fath sejak tamat mengaji kolej dulu. Modelling pula adalah kerjaya tambahan Fath yang lebih kepada minat, seronok dan business. Fath tidak akan berhenti untuk kerjaya ke-2 ini, walau macam mana pun. Selagi ia halal, tidak salah dan dibenarkan keluarga, Fath akan sapu apa sahaja tawaran, dan Fath akan expose diri untuk tahun 2010 ini lebih dari tahun sebelumnya. Terget Fath tahun 2010 ini Fath ingin memulakan business bekaitan modelling dan fesyen. doakan segalanya berjalan dengan lancar.Startegi dalam tangan sudah.amin.

Cinta

Seperti mana sudah dimaklumkan Fath sudah berpunya, cuma 'siapakah'??biarlah la rahsia, kalau ada jodoh dan umur masih panjang, Fath akan beritahu juga bila sudah tiba masanya.hihi.. Cinta yang masih bertahan selama 1 tahun 3 bulan ini, banyak cabaranya dari segi psikologi, comitment, hati dan perasaan. Banyak mengajar dari kelemahan kepada keutuhan hubungan. Masih dalam mengenali hati budi masing-masing. Kami sudah mula kerap berjumpa untuk mengeratkan lagi hubungan ini selagi di izinkan masa untuk berjumpa dan bersama.Kesimpulannya Fath akan buat yang terbaik mungkin untuk cinta yang diterima ini sehingga ditakdirkan.Sebarang kekurangan harap di perbaiki dan di terima. we know's each other.Love u ,Deng!

Sahabat

Fath tidak lah mempunyai sahabat yang ramai, tetapi mereka berkualiti disisi Fath. Fath maksudkan disini termasuklah saudara mara, kawan baik dan kelurga angkat Fath.Fath akan cuba sebaik mungkin untuk luangkan masa bersama mereka.sayang mereka.muah!!

Hobi

Fath banyak hobi sebenarnya. apa yang Fath suka untuk lakukan itu lah hobi, dulu Fath gemar bermain tennis, tetapi tiada masa mak digantikan dengan akitiviti di gym. Tetapi kadang-kadang itu pun tidak sempat. Maka hobi Fath adalah apa sahaja yang sempat dilakukan.haha!! kereta pun boleh kira berapa kali dihantar car wash. Itulah almari bergerak..hihi..


Masa

24/7 adalah tidak cukup bagi Fath untuk semua perkara. Mesti ada sahaja yang tergadai. Rushing dan tidak cukup tidur sudah menjadi kebiasaan buat Fath.Teringin rehat lebih lama, tapi selalu menjadi angan-angan...


Kerja amal

Derma darah adalah rutin Fath dalam setiap 3 bulan sekali. fath sudah pun mendaftar sebagai volunteer persatuan menyelamat haiwan, tapi masih mencari masa untuk itu.


Kesimpulan untuk azam tahun 2010 ini adalah lebih kepada target dalam kerjaya tetapi dalam masa yang sama Fath perlu seimbangkan dengan keluarga, cinta dan sahabat.Harap segalanya baik belaka dan berjalan dengan lancar.Hanya takdir menentukan , Fath hanya usahakan sahaja.amin.