05/11/2009(Thursday)-HAPPY BIRTHDAY Kak Anil!! sweet 26, maaf ye lambat cerita dan lambat upload gambar ini, baru dapat gambar ini dan memang tidak sempat untuk bercerita disini, maklumlah terlalu sibuk dengan pelbagai akitiviti selama 2 minggu , adanya Ashraff di Malaysia ini.Hari cuti yang teramat padat aktivitinya. tidur lambat bangun pun lambat la, mana tidaknya celebrated Birthday Khai semalamnya..pergi car wash dan terus ke putrajaya untuk ambil kek hantaran. bukan hantaran untuk Fath ya. tapi untuk kawan kak anil. terus pula ke rumah Deng ambil Ashraff untuk dibawa jalan-jalan. Dating!!hahha...demi kawan jauh ini...
Bawa dia pergi makan malam di Naili's Sentul, ternyata benar Ashraff menyukainya.Kemudian terus gerak ke downtown , Danau Kota. Ashraff nak shopping baju. Kemudian minum sebentar bersama di Oldtown berhampiran , adanya Enya, Maton dan Tapok. Kemudian terus ke downtown , Cheras sebab baru Fath tahu birthday Kak Anil la...Deng bagi tahu lewat benar. Tolong belikan Teddy bear paling besar sebagai hadiah dari Deng buat kakaknya.Nasib baik sempat tiba dirumah tepat jam 12 a.m.Tidak sangka juga Fath diajak sekali, segan sebenarnya kerana semalam nya terbangkit beberapa cerita kurang enak yang ada kena mengena. Fath tolak rasa itu sejauh boleh dan menjalani seperti biasa.Apa pun Fath ingin berterima kasih kepada keluarga Deng yang melayani Fath dengan baik.Semoga mereka bahagia dan dicurahkan rezeki selamanya.amin.
12/11/2009(Thursday)-
HAPPY MONTHLY ANNIVERSARY!!!! for me and Deng.Hampir terlupa sebenarnya,hihi...Aktiviti hari ini memamg padat dari jam 10 pagi hingga lah jam 2 pagi keesokkannya. Penat memang tidak terkata tapi itu tidak menjadi masalah pun. Selepas balik kerja jam 6 petang, harungi pula keadaan jem dijalan raya dan tiba seperti waktu yang dijanjikan jam 7 petang di bawah rumah Deng untuk menjemput Ashraff ke beberapa destinasi tertentu sebelum melengkapkan agenda utama dia iaitu photoshoot!!
Destinasi pertama iaitu mengambil baju di dobi , tidak jauh pun dari kawasan rumah kemudian membeli contact lens dan saloon. Ashraff memang penting kan gaya rambutnya dan dia mempunyai citarasa tersendiri untuk menjadikan segalanya sebaik mungkin.
Seperti yang Fath aturkan , iaitu tiba sebelum masa photoshoot, tepat jam 8.40 malam kami selamat tiba di destinasi iaitu Bukit Bintang!! sementara menunggu Tapok , Enya dan Maton tiba kami menikmati some snack at Secret Recipes -Oreo milkshake!!Ashraff pula green apple kasturi juices.yummy!!
Photoshoot bermula jam 10 malam di depan maybank terlebih dahulu. Memang hasilnya adalah terbaik. Memamng senang bekerja dengan photograher iaitu Tapok ini. Dia tahu apa yang terbaik untuk model dan dia tahu apa yang dia inginkan .
Fath sebagai selaku manager, PA, make-up artist dan second photographer(personal camera and V.camera) memang berbaloi-baloi..hihi...ini antara gambar yang diambil dengan menggunakan camera digital sebagai kenangan.
Tanggungjawab Fath menjaga segalanya berjalan dengan lancar.Alhamdulillah semuanya bagus. Ini pertama kali Fath menjaga seseorang , untuk photoshoot, tengoklah Fath touch up muka Ashraff, first time make-up kan lelaki.huhu...alat solek ada, semuanya beres.
Antara yang paling happy di tempat shooting adalah Maton!!she's is my cousin too...dia memang baik, lurus fikirannya, jujur dan cute juga. Memang kelakar apabila merekodkan tingkah lakunya disitu...
Lihat lah mereka memang sibuk menguruskan segalanya untuk terbaik buat Ashraff.Tapok memang profesional, Maton memang membantu, Enya memang buat terbaik dari sebelum, semasa dan selepas ,walaupun dia amat letih sekali semasa photoshoot dijalankan. Sayang sekali Deng tidak ada sepanjang photoshoot berlangsung atas urusan belajar dia. Good luck for exam and everything ya!Terima kasih kepada semua yang menjayakan segalanya!!Memang puas hati.Love you all guys!!
07/11/2009(saturday)-Hari yang dipenuhi pelbagai aktiviti dari pagi hingga la lewat malam. Semuanya adalah penting. Kerja dan kerja demi hidup yang sekali ini.Rehatkan minda seketika dengan beriadah menonton wayang di GSC signature, Garden. bersama yang terapat.Kemudian business and business. Minggu ini yang amat bermakna buat Fath dalam semua perkara termaksuk lah yang berlaku disekeliling. Kehadiran orang jauh yang memeriahkan, lunch bersama rakan sekerja, Kemmy selama seminggu amat menyenangkan. Isu-isu yang berbangkit amat memeranjatkan, Masa di isi dengan baik, tawaran business di luar jangkaan, Hati ini di uji dan fikiran berkerja selama 24 jam sehari.Apa yang ingin dikongsikan disini adalah sesuatu realiti dan selalu terlepas pandang oleh semua orang.-Tahukah anda perilaku anda sebenarnya tidak diterima orang? kemudian apa yang anda rasa akan perkara tersebut?-Tahukah anda bahawasanya, orang berkata tentang anda dibelakang anda? Terima kah anda?-Tahukah anda orang tidak akan menegur ataupun memberitahu anda perihal sebenar tentang anda?Apa yang anda tahu sebenarnya?-Tahukah anda bagaimana untuk menghadapi situasi ini dengan baik?Terima atau tidak?Pernah atau tidak anda mengalami situasi ini, bunyi nya seperti biasa sahaja tetapi apabila terkena pada batang hidung sendiri , tersentap juga la. Tidak lah remeh mana pun tetapi kalau melibatkan banyak pihak, berpusing juga kepala. Memang benar Jadi diri sendiri adalah lebih baik. Memang betul perlu ada identiti sendiri. Memang benar perlu sentiasa dalam permikiran positif. Memang betul perlu terima teguran dan kritikan yang membina untuk kearah yang lebih baik. Tapi bagaimana pula sebaliknya yang terjadi? Mahu mengikut kehendak sendiri ataupun kehendak orang lain? Mana yang lebih utama?Senang cerita , lain orang lain cara. Lain yang diberi , lain pula yang dapat. Serba serbi bertentangan. Sama juga lah Fath. Jika tidak kenal mahukan tahu Fath ini macam mana. Lumrah pula apabila orang menilai seseorang dari luaran sahaja, ataupun yang mereka nampak secara kasarnya. pekak kan telinga ke apabila ada yang mengata? ye la...kalau cakap belakang itu mengumpat dan mengata lah. Manusia macam itu lah. Hendak tutup mulut mereka memang mimpi lah. Hendak ikut kehendak mereka , sakit hati lah. Mengapa perlu ketepikan perihal sendiri? ala...sikit-sikit itu boleh lah...tapi kalau sudah melibatkan perihal utama , bagaimana pula?Ada perkara harus diterima dan ada perkara perlu dipertimbangkan. Hidup ini sekali sahaja. Hidup ini untuk apa pula? untuk diri sendiri atau untuk orang lain? Letakkan diri ditangga ke berapa sebenarnya?memang hidup ini berkait dengan orang lain tetapi tidak bermakna perlu memenuhi kehendak itu? kita boleh berfikir secara terbuka tetapi bukan bagi mereka. Kita boleh jaga kain sendiri tetapi bukan bagi mereka. Kita boleh mengambil berat akan perihal orang lain tetapi bukan membeban orang lain pula ye...Kesimpulannya , apabila kepercayaan itu terusik secara automatik nya peratusan kepercayaan itu menurun sedikit demi sedikit ataupun secara mendadak. Masa diperlukan untuk membaiki keadaan tetapi tidak bermakna terima secara bulat-bulat. Manusia biasakan. Tidak suka cara ini, tidak mengapa , tidak salah pun. Tetapi jangan impikan kehendak mereka itu dituruti , hanya boleh dipertimbangkan dan perbaiki sahaja yang mana boleh memberi impak yang baik kepada semua pihak, kalau satu pihak sahaja, minta maaf banyak-banyak la ye...Kehendak sendiri yang paling utama sebenarnya.Bukan hendak menyalah kan orang lain kerana mengata mahupun tidak bersuara dengan baik cuma fikirlah sendiri apabila terkena pada diri sendiri pula. tak kisah ke?Layan je hidup ini....ujian hidup nama nya....


04/11/2009(Wednesday)-
The best day like another before, i think.Dimulakan dengan aktiviti harian iaitu kerja seperti biasa di sebelah pagi dan pulang jam 6 p.m. Dalam tempoh waktu tersebut harus fokus dengan kerja dan perlu cari jacket atau seumpamanya.Penting bagi Fath untuk memenuhi perihal penting sebegini dengan baik dengan sebolehnya. Bangun pagi sahaja dapat sms dari Fizie dan Deng supaya memakai pakaian bertemakan merah. what's???? merah????oh no...i'm really no idea for 1st think but i must to. because i haven't got red outfit. so...servey and shopping-faster and faster. only at mid valley mega mall- no time. My own Style Yang dicari dan ia adalah up-to-dated so memang la mahal sehingga mencecah 500++, out for budget. Don't spent a lot money, Fath. so.. I'm keep search and finally got it !!still nice and comfortable in me.yeay!!more chiper than 500++ jacket.Tepat jam 6 p.m pulang terus ke Bangsar berjumpa dengan Abang Halem untuk mengucapkan selamat jalan dan selamat pulang nanti. Bandung destinasinya. Best!!dan Thanks to Abg Halem, pasal 4 tiket wayang-Michael Jackson's movie at GSC signature at Garden. Yeay!!!i'm happy!
Dalam hujan renyai lebih kurang Jam 7 p.m Deng datang bersama Cherap!!jemput Fath di Bangsar dan kami terus ke Station Petronas Taman Melati, Gombak untuk menjemput Enya dan Maton di situ. Terus gerak menuju ke GENTING!!! So happening in car, ketawa memanjang tetapi awas, ada sesuatu yang tidak kena sebenarnya. Apakah ia??ermmmm.....
Kabus agak tebal sehingga menyukarkan penglihatan kami semua, musim hujan membuatkan kami rasa amat sejuk membeku. Sebelum memulakan perjalanan lagi tadi Fath sudah mula rasa pening mungkin kerana lewat makan tengah hari , angin naik ke kepala. Rasa seperti mahu muntah, kawal sahaja migrain ini. Tetapi ada yang tidak dapat dikawal di dalam hati dan di dalam kepala ini.
Ashraff,Maton, Enya, Fath, Aliff, Ekin, Haziq dan Saari. Ye Fath akui ada buat salah secara berdepan tetapi tidak tahu pula di belakang. Apa pun Fath minta maaf banyak jika ada yang sakit hati dengan perilaku Fath ini. Kalau tidak ditegur manakan tahu. Fath terima segala teguran secara profesional dan privasi. Berubah untuk kebaikan adalah harus tetapi berubah untuk seseorang adalah pengorbanan. Selagi ia tidak salah dan memberi keuntungan kedua-dua pihak.Pertimbangkan sebelum kata putus.Terima kasih atas keperihatinan orang sekeliling yang masih menyanyangi Fath yang serba serbi sederhana ini.
Secara tidak sengaja Fath melakukan sesuatu diluar jangkaan semua dengan terus bertindak menyuarakan yang kurang enak melanda di hati pada masa itu dan menganggu permikiran otak yang makin serabut. Tidak pernah Fath bertindak sebegitu di depan khayalak ramai tanpa menghiraukan keadaan sekeliling dan yang pasti perasaan menguasai segalanya. Bagus juga sebenarnya kerana dapat menyelesaikan sesuatu itu dengan pantas walaupun panas secara mendadak dan sejuk dengan baik. Rupanya banyak yang Fath tidak tahu selama ini berlaku di belakang Fath. dan Fath akui ia amat mengecewakan tetapi Fath terima secara hati terbuka dan ikhlas kerana menyuarakan ia dengan baik dan jujur demi hati Fath.Fath sangat hargai.
Selesai perbincanagan selama hampir sejam, kami semua makan dan bergurau senda seperti sebelum. tepat jam 11 p.m kami semua gerak ke Theme Park Hotel. Fizie amat terkejut adanya Ashraff Rannil @ Cherap , datang dari brunei ni. Lupa pula nak ucapkan selamat datang kembali Cherap!!!! Dia yang tiba pada hari isnin lepas sangat mengujakan kami semua.
Fizie yang merancang semua ini bagi mengujakan Khai!! Surprise birthday party!! HAPPY BIRTHDAY MR.KHAI!! SWEET 30!! Terima kasih Fizie dan semua yang bagi komitment dan mengajak Fath sekali untuk menjayakan majlis ini.Fath happy seperti biasa. Tapi harus berhati-hati dan ada perkara yang harus dipertimbangkan.
Meriah! dan berbaloi, lebih kurang jam 2 a.m kami pulang ke arah Kuala Lumpur. Allah s.w.t sahaja yang tahu bertapa sakitnya kepala ini. migrain datang balik sekian lama ia menyepi. Ubat pula tiada dan tiada pilihan Fath harus memandu ke rumah juga. Berhenti pula di hentian kawasan rehat Serdang selama 45 minit. Tepat jam 5.30 a.m Fath tiba dirumah dengan selamat. Tidur dengan lena jam 8 a.m setelah ubat tahan sakit dan pain killer ditelan dan bangkit jam 2 p.m. Apakah aktiviti Fath keesokkanya?Nantikan Post berikut nanti.