Thursday, July 16, 2009

Busy and busy



Sejak pertengahan bulan June lagi Fath sudah mula sibuk dengan pelbagai perkara, dari segi kerja, komitmen, sosial dan sukan. 24 jam sehari (24/7) memang tidak mencukupi bagi Fath untuk melengkap kesemuanya . Maka banyak perkara yang tertinggal dan terpaksa dikorbankan...contohnya meluangkan masa bersama komputer amat terbatas.Jarang sudah Fath untuk sentiasa 'keep in touch' bersama kalian . pembaca blog Fath ini...Oleh itu ada nya masa yang singkat ini , Fath akan mencerita sedikit kesibukan Fath dikala ini, Dihari-hari Fath bekerja sebagai Design Consultant , disusuli juga kerja modeling yang menjadi kerja ke-2 selama ini, gambar diatas ni bukan lah posing semata-mata..tetapi ia diambil selepas meeting bersama pihak FINAS pada june,21st untuk penglibatan Fath dalam video clip (muzik aktif-RTM) yang bakal Fath membintangi pada june, 25...


Gambar ini pula diamabil semasa casting dengan FINAS untuk profile.

25/06/2009 (khamis)- Hari yang dinantikan untuk shooting clip video (muzik aktif-RTM). Apa yang lucunya, Fath sendiri tidak tahu video clip untuk artis apa.yang pasti artis vateran...Fath hanya lakukan apa yang disuruh oleh director..and more fun sepanjang shooting berlangsung..gambar ini pula diambil semasa shooting bersama assistant director dan kawan merangkap free-manager Fath,hahaha!!


Terima Kasih kepada kakak Baby yang telah menyolek Fath pada hari tersebut.

11/07-2009 (sabtu)- Antara hari yang sibuk dengan kerja (design consultant) dan aktiviti sosial, Gadis comel sebelah Fath ini adalah kenalan Fath semasa wheelchair tennis event tahun lalu, Fifi yang Fath maksudkan ini juga adalah part time model. May 2008 adalah hari pertama dan kali terakhir kami berjumpa dan berkenalan. Buat pertama kali kami meluangkan masa bersama dan kali ke-2 berjumpa. memang seronok apabila bergembira bersama-sama dengan aktiviti karaoke di Redbox ,The Curve.


Selain aktiviti yang telah dinyatakan Fath juga kerap workout di gym tetapi oleh kerana hari-hari padat dengan aktiviti wajib maka workout di gym terpaksa Fath tangguhkan buat sementara waktu. Pada july,13 Fath sempat pergi casting untuk telemovie (1st time) di Ampang dan casting tvc colgate di Pandan Indah. Keputusan belum diketahui. Jikalau itu rezeki Fath . akan dimaklumkan kelak..insyaAllah Fath akan cuba post kan buletin terkini Fath.Have a nice day!

Wednesday, July 15, 2009

Perempuan's Magazine issue July 2009


Cover story







Nantikan pula kemunculan Fath bersama Majalah Perempuan lagi dibulan akan datang dalam ruangan 'Gadis' . Menanti hari untuk photoshoot .

Saturday, June 20, 2009

Kak Anil's wedding


20/06/2009-Majlis kenduri kahwin Kak Anil @ kakak Haziq..Fath dan sekeluarga termasuk juga Enya sepupu rapat Fath turut serta.kami gerak dari rumah keluarga Fath di Kajang terus ke rumah pengantin yang dimaksudkan di Kampung Bukit Piatu,Ayer Keroh ,Melaka.Perjalanan mengambil masa selama 1 jam 10 minit,agak laju juga la.Kami dijemput sebagai tetamu berbesar hati menghadirkan diri secara langsung mengeratkan lagi hubungan kami bersama.Tiba tepat jam 2.10 pm..makan dan temui kenalan disana termasuk lah saudara mara tuan rumah serta rakan-rakan nya.Pulang jam 4 p.m,singgah sebentar di pantai nikmati durian sekeluarga..akhir sekali kami gerak pulang terus ke kajang.Fath dan Enya pula terus ke Gombak..Terima kasih teramat kepada seluruh keluarga Haziq kerana menjemput kami.wasalam.


gambar ke-101 agaknya buat kami..haha!!


Fath dan Enya

Tuesday, June 16, 2009

Perempuan's Magazine-June 2009


cover story


Fathiyah & Kak Shafnie


Nantikan keluaran Majalah Perempuan issue Julai pula nanti pula ya.

Monday, June 8, 2009

Fever

0


08/06/09-Cuti hari ini...Perkara pertama yang wajib dilakukan hari ini adalah service kereta ditemani ayah dan adik ke wakil perodua service center di Bandar Teknologi ,Kajang.first time hantar kereta untuk service bagi 5000 km pertama.Habis kan masa 5 jam semata-mata untuk service kereta bukan apa.tunggu Q je lama.Than balik terus kerumah bersiap untuk dating pula.Janji dengan Deng mahu tengok wayang cerita Jangan pandang belakang congkak.hahhaha!!ada juga la yang kelakarnya.Walaupun ada kelemahannya.Actually semasa drive menuju ke KL mata sudah blur sebab asyik bersin je..demam sudah makin menguasai badan.Niat untuk dating harus diteruskan nanti Deng mula busy susah mahu dating nanti.


Walaupun dating tidak lama tapi memadai.makan dan tengok wayang.KemudiannyaDeng workout di gym,Fath?tak larat.Dalam panggung tadi asyik tahan selsema.Apa pun dapat mengisi masa di hari cuti dengan baik amat bermakna dan puas hati secara tidak langsung terlupa sebentar akan demam.Baik lah Fath sudah mahu masuk tidur ke kamar.Esok mahu kerja pula walaupun demam...daaaa.

Thursday, June 4, 2009

Tired......

No picture for this topic....saja-saja hendak bercerita...sejak dua menjak ni Fath terlalu sibuk dengan pelbagai aktiviti.Penat yang dari bulan lepas tak habis lagi..sambung tak berhenti hari-hari...Bukan kerja semata-mata..harus perah otak cari pelbagai idea..ditambah dengan pelbagai aktiviti luar yang wajib dilakukan..membuatkan badan tidak mampu tanggung penat.Ditambah pula tangungjawab Fath yang pelbagai..Serabut tu sudah pasti.Harung dan tempuh sahaja.Telan apa pun rasanya.Kadang-kadang tu hampir menitiskan air mata pabila bersendirian melayani perihal sendiri.Tiap hari Fath perlu ketawa dalam apa pun situasi untuk tangani stress.hari ni Fath tak ketawa kot yang membuat kan Fath nak menaip blog ni.Mengatok la pula.Good Night and morning!!

Monday, June 1, 2009

%^&&%$#@!%&??,>&***(&^&^%$$!!!



31/05/2009-Marah tidak terkata apabila computer showroom rosak tiba-tiba.Masuk sahaja kerja showroom-mate maklumkan computer ada masalah.Huh?how could be happend?virus la apa lagi.Disaat showroom-mate tengah download lagu dari limewire.Marah dekat virus itu la..semua kerja tergendala.jadual jadi lintang pukang la..apa pula nak jawab dengan manager dan kakitangan dari admin sure mereka bising tidak benarkan guna internet untuk searching.Dalam kepala otak ini terfikir seorang je..adalah seorang umat ni .confirm dia kata Fath antara punca nya.Mentang-mentang la Fath satu-satunya staff tetap dalam showroom itu.Berserabut pula bila fikirkan.computer itu harus di format semula.Hari selasa ni confirm disoal siasat sebab isnin cuti.Apa pun hari cuti ini Fath hendak tenangkan diri,relax kan minda dari pelbgai perkara mengenai kerja.cuti adalah cuti jadi tiada siapa boleh ganggu Fath.Bangkit pagi nanti layan lagu-lagu gamelan..dan lagu-lagu bali dari Midori..waduh...tenang jiwa....sambil kemas rumah,tolong mama masak,beres kan segala bill,bawa adik-adik jalan semperna cuti sekolah ni...jikalau 'si dia' free..boleh keluar dating...hihi..jikalu tidak pergi sahaja rumah abah jenguk keluarga angkat pula.Itu sahaja yang Fath hendak kongsi disini untuk hari ini.sekian.