Sunday, July 5, 2009

Hurriyyah & Safuan's wedding

Selamat Pengantin Baru (Hurriyyah dan Safuan)

03/07/2009(jumaat)-Hari yang dinantikan iaitu hari pernikahan diantara Hurriyyah Al-Husna dan Ahmad Safuan disatukan seperti yang ramai harapkan.Alhamdulillah majlis pernikahan ini berjalan dengan lancar di masjid wilayah persekutuan Jalan Duta,Kuala Lumpur.Pertama kali menjejaki kaki di masjid yang cantik walaupun masih ada proses pembinaan lagi.Persiapan yang bermula dari awal bulan june (kalau tidak silap) lagi dilaksanakan dengan baik walaupun masa dan pelbagai rintangan yang mereka (pihak pengantin) hadapi dapat ditempuh dan harus ditempuh dengan tabah dan sabar.Apa pun Fath berpuas hati dapat menghulurkan sedikit bantuan walaupun tidak banyak dari segi tenaga dan masa.Di samping tu Fath dapat rehat dari kerja tetapi sibuk yang teramat bagi majlis pernikahan dan majlis resepsi berlangsung selama 2 hari bertutut-turut

Majlis dijadualkan berlangsung jam 8.30 pm dilaksanakan dengan baik oleh pihak semua pihak.Kami dari pihak pengantin perempuan mengenakan pakaian bewarna hitam sebagai tema majlis akad nikah.Dengan sekali lafaz sahaja pasangan pengantin selamat di ijab kabulkan.Kemudian Majlis diteruskan dengan bacaan doa,penukaran hantaran,sesi bergambar dan akhir sekali makan.

Selesai semunya Fath,Anis dan Nahar gerak terus ke Danau Kota. Nahar selaku MC masih tidak mempunyai baju bewarna ungu bagi seragam dengan tema majlis keesokkan hari pula.Malam yang penuh dengan gelak tawa.Memori manis.hahaha.




Keadaan semasa bermulanya majlis akad nikah.


Wajah seri pengantin

hantaran bewarna ungu(daripada perempuan), hantaran bewarna hijau (daripada lelaki)


terpancar kecerian kami semasa majlis akad nikah berlangsung

bergambar beramai pula selepas selesai majlis berlangsung

Berserinya wajah sepupu ku Hurriyyah, semoga bahagia hingga ke akhir hayat.Fath bila pula ya??hihi...insyaAllah..suatu hari nanti.

Bergambar sebagai kenangan.



04/07/2009(sabtu)-Majlis Resepsi @majlis makan diadakan di Felda Villa, Jalan Semarak,Kuala Lumpur.Konsep taman yang dipilih sebagai tema majlis yang nampak santai dan tenang.Warna ungu adalah warna kegemaran pengantin perempuan menjadi keutamaan dalam semua segi bagi menampakan lagi majlis seindah dan secantik sama seperti pasangan sejoli ini.

Majlis yang bermula seawal jam 12 pm lagi telah dikunjungi para tetamu dan dijemput baik dari pihak tuan rumah dengan hidangan enak yang sedia terhidang.Fath dan Anis tiba lewat pada jam 1.30pm kerana melaksanakan tugas yang telah dipertanggungjawabkan untuk dilunaskan secepat mungkin.Alhamdulillah kami berjaya menjalankan kewajipan.Setiba sahaja terus melaksanakan tugas utama Fath sebagai selaku pembantu MC ,akan tetapi tiada sesiapa pun yang menjaga di kauter DJ maka terus Fath mengambil alih sebagai selaku pembantu pengurus DJ dan MC. Berlari kesana kemari bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar seperti mana yang di kehendaki.

Ketibaan keluarga pengantin lelaki mengiringi pengantin lelaki diluar felda villa disambut oleh tuan rumah dengan penuh meriah diikuti paluan kompang yang mengagumkan.



kawasan majlis yang dihiasi indah.



Kumpulan kompang.

Meriahnya!!


Saat dimana akan disatukan.

Bagai pinang dibelah 2,3,4....
cantiknya payung tu padan dengan warna tema.lega...



Makan beradap.


acara potong kek


acara suap menyuap.


eh?!tak habis-habis 3 orang ni mesti dan wajib bergambar bersama.Terima Kasih Haziq kerana sudi datang.


Fath dan Nahar pasangan yang sengal dan kecoh dengan ketawa memanjang.


Oleh kerana tidak jadi pasangan MC bersama seperti yang dirancang kan bergambar pun jadilah..
Gila pelamin....hahah!!


Disini Fath sebagai selaku daripada keluarga pihak pengantin perempuan ingin mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada semua yang terlibat dan para tetamu yang hadir kerana menjayakan majlis Kahwin ini dengan baik sekali.Nantikan pula majlis Kahwin sepupu sebaya lagi satu, Fira pada bulan oktober ini.Fath??xoxo...

2 comments:

isabelle said...

wah...meriahnya!!!
x lama lagi, org tu kena la tempias pulak.hihihi

:: Husniyyah Alhusna :: said...

wah. nya pon takde koleksi gambo2 nih! nakkkk!!